Tuesday, September 27, 2016

TAK SAMA tapi SERUPA

TAK SAMA tapi SERUPA
.
Situasi 1:
.
Di malam yang hening, ketika si A tengah syok makan, tiba - tiba rumah si A 'black out'.

Puncanya daripada TNB.

Tapi penyelesaian yang si A ambil adalah menukar wiring di seluruh rumah si A.
.
.
Situasi 2:
.
Di malam yang hening, ketika si B tengah syok makan, tiba - tiba si B 'black out' dan rebah. Disahkan terkena stroke.

Puncanya daripada otak (brain)

Tapi penyelesaian yang si B ambil adalah mengurut satu badan nya.
.
.
Anda rasa betul ke tindakan si A dan si B ni ye?
.
Tak pe...anda fikirkan ye..
.
Fisioterapi ke rumah
0122998620
Fb page: Big Heart Physio
.
#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi #kajang #putrajaya

Tuesday, September 20, 2016

Kenapa HIGH HEELS/Tumit TIinggi bahaya??

SANGGUP SAKIT UNTUK BERGAYA???


Pernah tak anda jumpa orang macam ini? Ke anda lah orang tu?

Hmmm... Sebenarnya bergaya tu tak salah, tapi kalau dah sampai badan sendiri pun sakit tak ke naya tu.

Seronok bergaya sekejap, tapi nak menaggung sakitnya lama.


Baru2 ni saya ada jumpa sorang preggy mommy ni, dia tengah pregnant sekarang.

Tapi every week kena pergi buat rawatan fisio sebab mommy ni menghadapi sakit belakang yang teruk.

Dan puncanya adalah daripada pemakaian kasut tumit tinggi yang kerap.


Mommy2 and Sister2 semua tahu tak kenapa kasut tumit tinggi ni tak bagus untuk tulang belakang?

Meh nak cerita sikit...

Setiap kita ni ada pusat graviti taw, pusat graviti kita ni kat tengah2 pusat kita.

Tapi, bila kita pakai kasut tumit tinggi, pusat graviti kita automatic akan berubah sebab kaki kita dah tak sekata, so otot2 dan sendi2 akan berada dalam keadaan yang tidak normal.

Senang cakap alignment dah lari la. Patut tegak je, bila pakai kasut tumit tinggi terus berubah.

So, tulang belakang kita pun kena adjust position sebab nak maintain supaya badan kita tegak dan kita tak jatuh.

BIla tulang belakang ni berubah position, maka otot2 belakang kita pun terpaksa la bekerja lebih dan buat kerja2 yang tak sepatutnya dibuat.

Sebab tu la bila lama2 pakai kasut tumit tinggi, kita akan start sakit belakang.


Tapi sebenarnya bukan kita akan sakit belakang je, kita akan sakit kaki, sakit tumit, sakit lutut, sakit tengkuk, sakit bahu.

Hah, jangan main2 taw, puncanya pakai kasut tumit tinggi je, tapi sakitnya boleh sampai ke tengkuk dan bahu.

Nasihat saya, nak pakai boleh, tapi elakkan untuk pakai terlalu lama dan lasak. Cukup la sekadar 2-3 jam sahaja sehari.

Fisioterapi ke rumah
012-2998620
Fb page: Big Heart Physio



#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi #kajang #putrajaya

Monday, September 12, 2016

Raya! Raya! Raya!!!

Selamat Hari Raya AidilAdha

Raya kat mana kali ni?

Dah selesai ke korban?

Berapa ekor tahun ni?

Hehe.. Apa2 pun yang paling penting adalah Allah menerima amalan korban kita. Berapa ekor tu tak penting pun.

Berkorban masa tolong orang selesaikan korban pun okey ape. ☺

p/s: selalunya 'kerjakan' otot manusia. hari ni kita 'kerjakan' otot lembu pulak. sado lembu ni... hehehe.

Fisioterapi ke rumah
012-2998620
Fb page: Big Heart Physio

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya

Wednesday, September 7, 2016

Aku pun boleh buat

Ada seorang kapten kapal tidak dapat berlayar kerana kapalnya bermasalah. Puas dia mencari apakah punca sebenar masalah kapalnya itu tapi tidak berjumpa.

Akhirnya kapten kapal ini memanggil tukang ketuk untuk membaiki kapalnya.

Tukang ketuk ini datang dan dengan sekali ketuk, kapal tersebut terus elok.

Kapten kapal ini kemudian bertanya kepada tukang ketuk tersebut berapakah bayaran yang perlu dibayarnya?

Tukang ketuk tersebut menjawab RM20,000

Kapten kapal sangat terkejut kerana apa yang dilakukan oleh tukang ketuk itu boleh dilakukan oleh orang2 biasa malahan dia sendiri boleh melakukannya.

Kemudian tukang ketuk menambah.
- upah mengetuk: RM20
- upah mengetahui dimana perlu diketuk: RM19080

nota kaki: semua orang boleh bagitahu tentang senaman, encik google pun boleh bagitahu. Tapi kalau nak tahu senaman yang betul2 sesuai untuk seseorang kena lah tanya fisioterapi.

Fisioterapi ke rumah
012-2998620
Fb page: Big Heart Physio

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya