Tuesday, September 20, 2016

Kenapa HIGH HEELS/Tumit TIinggi bahaya??

SANGGUP SAKIT UNTUK BERGAYA???


Pernah tak anda jumpa orang macam ini? Ke anda lah orang tu?

Hmmm... Sebenarnya bergaya tu tak salah, tapi kalau dah sampai badan sendiri pun sakit tak ke naya tu.

Seronok bergaya sekejap, tapi nak menaggung sakitnya lama.


Baru2 ni saya ada jumpa sorang preggy mommy ni, dia tengah pregnant sekarang.

Tapi every week kena pergi buat rawatan fisio sebab mommy ni menghadapi sakit belakang yang teruk.

Dan puncanya adalah daripada pemakaian kasut tumit tinggi yang kerap.


Mommy2 and Sister2 semua tahu tak kenapa kasut tumit tinggi ni tak bagus untuk tulang belakang?

Meh nak cerita sikit...

Setiap kita ni ada pusat graviti taw, pusat graviti kita ni kat tengah2 pusat kita.

Tapi, bila kita pakai kasut tumit tinggi, pusat graviti kita automatic akan berubah sebab kaki kita dah tak sekata, so otot2 dan sendi2 akan berada dalam keadaan yang tidak normal.

Senang cakap alignment dah lari la. Patut tegak je, bila pakai kasut tumit tinggi terus berubah.

So, tulang belakang kita pun kena adjust position sebab nak maintain supaya badan kita tegak dan kita tak jatuh.

BIla tulang belakang ni berubah position, maka otot2 belakang kita pun terpaksa la bekerja lebih dan buat kerja2 yang tak sepatutnya dibuat.

Sebab tu la bila lama2 pakai kasut tumit tinggi, kita akan start sakit belakang.


Tapi sebenarnya bukan kita akan sakit belakang je, kita akan sakit kaki, sakit tumit, sakit lutut, sakit tengkuk, sakit bahu.

Hah, jangan main2 taw, puncanya pakai kasut tumit tinggi je, tapi sakitnya boleh sampai ke tengkuk dan bahu.

Nasihat saya, nak pakai boleh, tapi elakkan untuk pakai terlalu lama dan lasak. Cukup la sekadar 2-3 jam sahaja sehari.

Fisioterapi ke rumah
012-2998620
Fb page: Big Heart Physio



#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi #kajang #putrajaya

No comments:

Post a Comment