Friday, October 6, 2017

KENALI LUTUT ANDA

Anda pernah sakit lutut tak?
Bagi yang belum pernah tu alhamdulillah.
Tapi yang dah pernah tu mesti rasa susahkan nak buat kerja kan?
Nak kemas rumah susah, nak pergi kerja susah.
Sebab boleh dikatakan semua kerja kena guna lutut.
Kalau lutut sakit, apa pun tak boleh nak buat.


Nak tahu tak apa yang ada dalam lutut kita ni?
Lutut kita ni nampak je kecik, tapi macam2 ada dan sangat kompleks sebenarnya dalam tu.
Dan kalau ada sikit je pun komponen yang tak normal, kita akan terus rasa tak selesa.


Okey, hari ni saya cerita 4 komponen penting yang ada dalam lutut dan fungsinya.


1. Tulang Rawan:
Bertindak sebagai kusyen untuk absorb shock, tapi bukan absorber kereta ek.

2. Cecair synovia:
Bertindak sebagai pelincir dan memberi khasiat kepada tulang rawan.

3. Tendon:
Struktur yang hubungkan otot dengan tulang.

4. Ligamen:
Struktur yang beri kestabilan pada sendi, kalau tak nanti lutut akan rasa longgar je.
Macam tendon dan ligamen tu bukan satu je yang ada dalam lutut ni, ada banyak sangat.


Jadi kita kena la jaga lutut ni elok-elok.

Kalau dah rosak, dah tak de ganti lagi.

Fisioterapi ke rumah anda
>>> 0132935318
>>> 0132935318
>>> 0132935318

Wednesday, October 4, 2017

3 TIPS UNTUK BAGI ANAK ISTIMEWA SERONOK BUAT SENAMAN

Semua orang pasti seronok menimang cahaya mata
Tapi.. hanya yang hebat akan dikurniakan anak ‘istimewa’.
.
Macam mana ye nak jaga anak ‘istimewa’ ni
Sedangkan kita tak pernah ada pengalaman mengahadapi situasi ni sebelumnya.
.
Macam mana nak didik?
Macam mana nak ajar mereka berdikari?
Macam mana nak beri pendidikan?
Dan macam mana nak pastikan yang anak ni buat senaman yang sepatutnya setiap hari supaya perkembangan mereka seperti anak-anak normal yang lain???
.
Hah, hal-hal lain tu mungkin anda boleh rujuk pada yang pakar.
Tapi hari ni sebagai fisoterapi, kami nak share sikit beberapa tips untuk menjaga dan memastikan anak istimewa ini membuat senaman setiap hari.
.
1. Tukar Persekitaran
.
Kadang-kadang kita sebagai ibubapa ni terlalu atau terlampau ‘protective’/takut sesuatu yang buruk berlaku pada anak kita.
Sebenarnya, kita patut biarkan anak istimewa ni buat aktiviti macam anak2 lain.
Biarkan mereka berkawan dengan anak-anak normal yang lain supaya mereka tak rasa terasing. (Tapi kita perlu pantau dan berjaga-jaga)

2. Jadi Budak kecik Semula
.
Ibubapa kena jadi macam ‘anak’ jugak, jadi budak kecik.
Kena sama-sama buat senaman dengan anak. Kalau nak mereka merangkak, ibubapa pun kena merangkak, kalau nak mereka melompat, ibubapa pun kena melompat.
Anak-anak ni akan tiru apa orang yang rapat dengan mereka selalu buat, sebab tu kalau ibubapa asyik duduk je, anak pun jadi tak aktif.

3. Jangan Terlampau Rigid
.
Kita ni kena lah flexible sikit. Tahu la anda tu jenis berdisiplin, ikut jadual.
Tapi anak istimewa ni perlu tunggu mood dia nak buat senaman.
Jadi, kalau dia tak nak buat senaman waktu pagi, tak pe, biarkan. Nanti dah tengah hari ke petang ke, dia dah ada mood barulah ajak dia buat senaman.
Jangan ikut mood kita pulak. Kang lain jadinya.
Tapi seelok-eloknya, biarlah kita dan anak ada mood yang baik semasa buat senaman tu. Baru la hasilnya pun baik jugak..
.
.
Apa2 pun tahniah untuk anda sebab anda sebenarnya sangat hebat, sebab tak semua orang mampu melalui fasa ni.
InsyaAllah, banyak ganjaran yang bakal menanti anda jika anda
terus bersabar dan redha.
Jika perlukan bantuan atau khidmat fisioterapi ke rumah anda boleh hubungi no kat bawah ni.
>>>0132935318
>>>0132935318
>>>0132935318

Sunday, October 1, 2017

Menggeliat


SELAMAT PAGI!!!!
.
Cuti2 hujung minggu ni sedap betul kalau bangun lambatkan.
Hehehe…
Tapi, tak elok taw bangun lambat2. Nanti rezeki lari.
.
Okey, hari ni admin nak tanya,
Siapa kat sini bangun pagi tapi tak pernah menggeliat, angkat tangan??
Hah.. jangan tipu.
Admin susah la nak cari orang yang bila bangun pagi-pagi tak pernah menggeliat.
.
Tahu tak, sebenarnya menggeliat ni adalah salah satu teknik senaman regangan jugak.
.
So, kalau anda ni masa tengah sakit-sakit lutut atau rasa tegang otot sana sini, bangun pagi-pagi tu rajin-rajin la buat senaman regangan sekejap.
.
Tak sampai seminit pun.
Masak maggi kari lagi lama, 2 minit. Hahaha…
.
Happy weekend.
Fisioterapi ke rumah anda
>>> 0132935318
>>> 0132935318
>>> 0132935318