Friday, October 6, 2017

KENALI LUTUT ANDA

Anda pernah sakit lutut tak?
Bagi yang belum pernah tu alhamdulillah.
Tapi yang dah pernah tu mesti rasa susahkan nak buat kerja kan?
Nak kemas rumah susah, nak pergi kerja susah.
Sebab boleh dikatakan semua kerja kena guna lutut.
Kalau lutut sakit, apa pun tak boleh nak buat.


Nak tahu tak apa yang ada dalam lutut kita ni?
Lutut kita ni nampak je kecik, tapi macam2 ada dan sangat kompleks sebenarnya dalam tu.
Dan kalau ada sikit je pun komponen yang tak normal, kita akan terus rasa tak selesa.


Okey, hari ni saya cerita 4 komponen penting yang ada dalam lutut dan fungsinya.


1. Tulang Rawan:
Bertindak sebagai kusyen untuk absorb shock, tapi bukan absorber kereta ek.

2. Cecair synovia:
Bertindak sebagai pelincir dan memberi khasiat kepada tulang rawan.

3. Tendon:
Struktur yang hubungkan otot dengan tulang.

4. Ligamen:
Struktur yang beri kestabilan pada sendi, kalau tak nanti lutut akan rasa longgar je.
Macam tendon dan ligamen tu bukan satu je yang ada dalam lutut ni, ada banyak sangat.


Jadi kita kena la jaga lutut ni elok-elok.

Kalau dah rosak, dah tak de ganti lagi.

Fisioterapi ke rumah anda
>>> 0132935318
>>> 0132935318
>>> 0132935318

Wednesday, October 4, 2017

3 TIPS UNTUK BAGI ANAK ISTIMEWA SERONOK BUAT SENAMAN

Semua orang pasti seronok menimang cahaya mata
Tapi.. hanya yang hebat akan dikurniakan anak ‘istimewa’.
.
Macam mana ye nak jaga anak ‘istimewa’ ni
Sedangkan kita tak pernah ada pengalaman mengahadapi situasi ni sebelumnya.
.
Macam mana nak didik?
Macam mana nak ajar mereka berdikari?
Macam mana nak beri pendidikan?
Dan macam mana nak pastikan yang anak ni buat senaman yang sepatutnya setiap hari supaya perkembangan mereka seperti anak-anak normal yang lain???
.
Hah, hal-hal lain tu mungkin anda boleh rujuk pada yang pakar.
Tapi hari ni sebagai fisoterapi, kami nak share sikit beberapa tips untuk menjaga dan memastikan anak istimewa ini membuat senaman setiap hari.
.
1. Tukar Persekitaran
.
Kadang-kadang kita sebagai ibubapa ni terlalu atau terlampau ‘protective’/takut sesuatu yang buruk berlaku pada anak kita.
Sebenarnya, kita patut biarkan anak istimewa ni buat aktiviti macam anak2 lain.
Biarkan mereka berkawan dengan anak-anak normal yang lain supaya mereka tak rasa terasing. (Tapi kita perlu pantau dan berjaga-jaga)

2. Jadi Budak kecik Semula
.
Ibubapa kena jadi macam ‘anak’ jugak, jadi budak kecik.
Kena sama-sama buat senaman dengan anak. Kalau nak mereka merangkak, ibubapa pun kena merangkak, kalau nak mereka melompat, ibubapa pun kena melompat.
Anak-anak ni akan tiru apa orang yang rapat dengan mereka selalu buat, sebab tu kalau ibubapa asyik duduk je, anak pun jadi tak aktif.

3. Jangan Terlampau Rigid
.
Kita ni kena lah flexible sikit. Tahu la anda tu jenis berdisiplin, ikut jadual.
Tapi anak istimewa ni perlu tunggu mood dia nak buat senaman.
Jadi, kalau dia tak nak buat senaman waktu pagi, tak pe, biarkan. Nanti dah tengah hari ke petang ke, dia dah ada mood barulah ajak dia buat senaman.
Jangan ikut mood kita pulak. Kang lain jadinya.
Tapi seelok-eloknya, biarlah kita dan anak ada mood yang baik semasa buat senaman tu. Baru la hasilnya pun baik jugak..
.
.
Apa2 pun tahniah untuk anda sebab anda sebenarnya sangat hebat, sebab tak semua orang mampu melalui fasa ni.
InsyaAllah, banyak ganjaran yang bakal menanti anda jika anda
terus bersabar dan redha.
Jika perlukan bantuan atau khidmat fisioterapi ke rumah anda boleh hubungi no kat bawah ni.
>>>0132935318
>>>0132935318
>>>0132935318

Sunday, October 1, 2017

Menggeliat


SELAMAT PAGI!!!!
.
Cuti2 hujung minggu ni sedap betul kalau bangun lambatkan.
Hehehe…
Tapi, tak elok taw bangun lambat2. Nanti rezeki lari.
.
Okey, hari ni admin nak tanya,
Siapa kat sini bangun pagi tapi tak pernah menggeliat, angkat tangan??
Hah.. jangan tipu.
Admin susah la nak cari orang yang bila bangun pagi-pagi tak pernah menggeliat.
.
Tahu tak, sebenarnya menggeliat ni adalah salah satu teknik senaman regangan jugak.
.
So, kalau anda ni masa tengah sakit-sakit lutut atau rasa tegang otot sana sini, bangun pagi-pagi tu rajin-rajin la buat senaman regangan sekejap.
.
Tak sampai seminit pun.
Masak maggi kari lagi lama, 2 minit. Hahaha…
.
Happy weekend.
Fisioterapi ke rumah anda
>>> 0132935318
>>> 0132935318
>>> 0132935318

Friday, September 29, 2017

Solat dan Sembuh

THE AMAZING OF SOLAT
.
Salam Jumaat, penghulu segala hari.
.
Untung betul orang islam ni sebenarnya.

SEBAB

Senaman yang terbaik untuk legakan sakit-sakit ada pada solat.

Tak percaya boleh tengok gambar kat bawah ni.





Yang penting kena buat dengan cara betul dan sempurna.
.
.
Tapi…. Kalau ada yang sakit lutut sampai susah nak solat, boleh hubungi kami 0132935318, insyaAllah kami sedia membantu.
.
#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #solatitujugasenaman#jomsolat #solatdengansempurna

Thursday, September 28, 2017

Ransangan deria

AIK TEPUK-TEPUK JE
Hah, tepuk apa pulak ni? Tepuk amai-amai ke?
Hehehe… Tak de la. Hari ni nak throwback sikit pasal klien kami semalam.
.
Semalam kami ada klien kat Puchong Utama (PU), bukan pencetus ummah ye. 🙊
.
Klien ni merupakan pesakit strok, untuk klien ni fisio kami asingkan sehari untuk latihan tangan dan sehari lagi untuk latihan kaki. Hari ni turn latihan tangan dia.
Kata orang tua-tua tangannya dah kaku sebab strok, tapi kami yakin tangan klien ni sebenarnya boleh berfungsi lagi.
.
So, apa lagi, mula-mula kami gerak-gerakkan tangan tu, pastu ‘kepak-kepak’ (joint mobilization) sikit tangan dia. Settle tu baru kami buat stretching sikit bagi lembut dan continue dengan senaman-senaman khusus untuk pemulihan tangan beliau.
Mula-mula tangan klien ni dapat gerak sikit, pastu kami pun tepuk-tepuk lah tangan dia. Sekali Nampak lagi banyak gerak, mengagumkan 😍. Klien pun happy je nak buat senaman sebab nampak perubahan.
.
Nak tahu tak macam mana boleh jadi macam tu?
.
Sebenarnya pesakit strok ni memang sangat memerlukan ransangan deria ketika rehabilitasi mereka untuk meransang semula sel-sel otak mereka untuk berhubung.
.
Ada 3 deria yang perlu diransang:

1. Deria Penglihtan:
Iaitu pesakit perlu melihat pergerakan tangan atau kaki yang dilakukan sewaktu latihan dijalankan.

2. Deria Pendengaran:
Hah kalau anda perasan, fisio kalau rawat pesakit strok ni selalu cakap kuat-kuat. Sebenarnya bukan nak kurang ajar atau marah pesakit ni. Tapi untuk meransang deria pendengaran mereka.

3. Deria Sentuhan:
Ini la sebab fisio kami tadi tepuk-tepuk tangan klien PU tadi. Bila tempat yang perlu digerakkan tu teransang baru lah lebih banyak input yang sampai ke otak untuk buat pergerakan.


.
So sesiapa yang ada family members yang kena strok ni boleh la try ransang deria-deria ni sambil buat senaman.

InsyaAllah lagi cepat pesakit boleh pulih.
.
Fisioterapi ke rumah
0132935318

Wednesday, September 27, 2017

ADUH SAKITNYA TERSELIUH!!!!!

Semua orang mesti pernah rasa terseliuh kan?
Ke ada yang belum pernah rasa terseliuh?
Sakit wooo…
.
Hah, jadi apa yang kita perlu buat kalau terseliuh ni??
.
Hari ni kami nak kongsikan teknik RICE. (tapi ni bukan nasi taw, jangan pulak anda pergi letak nasi kat tempat terseliuh tu, kang lain yang jadi)
Teknik ni digunakan untuk merawat terseliuh.
.
Okey, RICE ini adalah singkatan kepada:
.
R- REST : Iaitu rehatkan bahagian yang sakit tu, jangan gatal-gatal nak gerak banyak2.
I- ICE : Tuam dengan ais di bahagian yang sakit tu selama 20 minit. Kalau dapat ais yang jenis macam ais cendol tu lagi bagus, sebab dapat tuam secara menyeluruh kawasan yang sakit tu. (Tapi kalau dapat makan ais cendol tu lagi sedap..=p)
C- COMPRESS: Pastu balut bahagian yang sakit tu untuk elakkan bengkak. Tapi jangan balut ketat sangat, nanti darah tak jalan pulak.
E- ELEVATE: Tinggikan bahagian yang sakit tu supaya darah senang balik ke jantung, tak de lah terkumpul je kat bahagian yang sakit tu, pastu bengkak jadinya.
.
Hah..ni ada pesanan yang paling penting.
Kalau terseliuh tu, tolong lah JANGAN URUT!!!!!
Kalau anda degil jugak, rasakanlah bahagian yang sakit tu akan besar macam gajah sebab makin bengkak. So baik dengar lah cakap mak ni ek…. 🙊
.
Fisioterapi ke rumah anda
>>>0132935318
>>>0132935318
>>>0132935318

Monday, September 25, 2017

3 TIPS UNTUK KEKAL CERGAS BAGI PENJAGA PESAKIT

Okey, biasa kami bagi tips untuk pesakit kan, hari ni nak bagi tips untuk PENJAGA pesakit pulak.
.
Kita ni memang tak dapat lari daripada sakit.

Kadang-kadang ahli keluarga kita sendiri sakit dan perlukan penjagaan intensif/penuh dari kita.
.
Tapi, pada masa yang sama kita juga tidak berapa larat nak jaga suami/isteri/anak/ibubapa kita yang terlantar sakit tu.
.
Jadi, kat sini ada 3 tips untuk kita kekal cergas:
.
1. Think Positive
.
Kita kena sentiasa optimis. Pernah tak anda buat sesuatu tapi tak terasa pun penat, tak terasa pun masa tu berlalu??
Hah..tu sebab anda benar-benar ikhlas dan fokus pada pekerjaaan anda. Anda juga seronok buat benda tu sampai tak sedar pun apa yang berlaku disekeliling.
So…sentiasa think positive and be optimist.

2. Plan/Rancang Aktiviti Harian Anda
.
JIka anda tahu anda tahu apa yang perlu dibuat pada hari ini. InsyaAllah minda anda akan lebih bersedia.
Jadi, anda akan lebih bersemangat dan hanya mengambil masa yang sedikit untuk siapkan tugasan harian anda.

3. Berehat Sebentar
.
Jika anda dah penat bekerja seharian, berhenti sekejap.
Jika boleh, ambil masa 30 minit untuk mandi (segarkan badan), ambil wudhuk dan solat 2 rakaat serta baring/tidur sebentar. InsyaAllah anda akan lebih bertenaga untuk meneruskan hari anda.
.
So, rasanya cukup lah dulu 3 tips ni. Kami harap tips-tips ni dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

Hargai setiap peluang bersama insan yang kita sayangi kerana mungkin ia akan menjadi asbab kita mendapat rahmat dan kasih saying Allah di Akhirat nanti.
.
Nak lebih lagi tips?? Anda boleh follow FB page kami dan set kan sebagai ‘see first’.
.
Fisioterapi ke rumah anda
>>>0132935318
>>>0132935318
>>>0132935318

Saturday, September 23, 2017

BOLEH BUAT KE???

Cuba genggam tangan anda. Senangkan?
.
Tapi bagi sesetengah pesakit strok, susah sangat.
Sebab…bahagian otak mereka yang bagi input untuk pergerakan tu telah musnah.
.
Kalau tak percaya, anda boleh tengok video kat bawah ni.


Puan tu sampai tak tahu sebenarnya beliau mampu untuk menggengam tangannya semula.
.
Sebab tu lah pentingnya rehabilitasi selepas strok ni, sebab pesakit strok ni sangat memerlukan ulangan untuk otaknya menyimpan semula input yang dah musnah tu.
Dan lagi cepat pesakit tu mulakan rawatan, lagi tinggi peluang untuk sembuh semula. Sebab tak banyak bahagian otak yang sempat musnah.
.
p/s: kalau anda perasan, fisio dalam video ni banyak gunakan ransangan deria pendengaran. (nak tahu pasal ransangan deria ni, anda boleh baca post semalam.)
Fisioterapi ke rumah
0132935318

Friday, September 22, 2017

SATU PERGERAKAN TAPI BANYAK MANFAAT

Hah, anda pernah buat tak PLANK EXERCISE??
Atau pernah dengar ke? Pernah tengok ke?
.
Owh.. Tak pernah ek?
.
Okey, sebenarnya senang je buat plank exercise ni, anda cuma perlu:
Meniarap macam nak push up tu, pastu bengkokkan siku 90 darjah, tegakkan jari kaki dan angkat badan ke atas. Pastikan badan anda lurus daripada kepala sampai kaki. (Hah, macam dalam gambar kat bawah tu)


Senang kan nak buat?
.
Okey, sekarang cuba anda tengok berapa lama anda mampu bertahan dalam posisi ni?? 🙊
Kalau tak biasa buat, selalunya percubaan pertama tu akan dapat kurang dari 30 saat.
Tapi yang terbaik sebenarnya ialah 2 minit.
.
Walaupun senaman ni nampak mudah tapi manfaatnya banyak sangat. Antaranya:
1. Menguatkan otot teras (otot perut, otot belakang)
2. Mengurangkan risiko kecederaan pada tulang dan otot belakang badan.
3. Meningkatkan metabolisma
4. Memperbaiki postur badan
5. Meningkatkan koordinasi tubuh
6. Meningkatkan fleksibiliti tubuh
7. Memperbaiki mood
Banyak kan? So apa lagi. Jom kita mulakan hari ni.
.
Lebih2 lagi untuk orang yang selalu sakit belakang, senaman ni bagus sangat untuk anda. Dah la senang pulak tu.
.
Fisioterapi ke rumah
0132935318
.
#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #plankexercise

Thursday, September 21, 2017

5 TIPS CEPAT SEMBUH BAGI PESAKIT STROK

Kalau orang cakap pasal fisioterapi, mesti anda akan terfikir untuk pesakit strok kan? Jangan risau, bukan anda sorang je. Ramai lagi yang fikir macam ni.

Memang kami ni selalu dikaitkan dengan pesakit strok dan hampir 70% dari klien kami pun adalah pesakit strok. Jadi, betul la tu apa yang anda fikirkan tu. 

Zaman sekarang ni, tak kira tua atau muda, aktif atau kurang aktif, semuanya berpotensi untuk kena strok.

Dan bila da kena tu, macam-macam cara berubat yang orang akan cuba. Contohnya mengurut la, bekam la, lintah la dan macam-macam lagi. Tapi hasilnya tak seberapa juga.

Okey.. Hari ni admin nak share 5 tips untuk cepat sembuh daripada strok.( Selalu kita bagi 3 tips je kan, hari ni kita bagi lebih sikit..hehehe)

1. KERAP MANDI

Selalunya pesakit strok ni akan rasa lemah dan tak bertenaga je. Kalau dulu waktu sihat, bila rasa macam tu, lepas mandi mesti akan rasa lebih segar dan bertenaga balik.

Tapi bila dah sakit ni kadang-kadang ada penjaga yang hanya lap-lap je badan pesakit ni guna kain basah. Mungkin ada yang kata, banyak risiko kalau angkat atau alihkan pesakit.

Hakikat sebenarnya, kalau penjaga gunakan teknik yang betul, risiko pesakit jatuh atau penjaga sakit belakang tu dapat dikurangkan. Pesakit pun akan lebih segar dan bersemangat selepas mandi.


2. LAKUKAN SENAMAN FIZIKAL

Selalunya pesakit strok ni walaupun tak de temujanji khas dengan fisioterapi selepas keluar hospital, tapi mesti fisio dah ada ajar senaman ringkas masa dalam wad dulu. Jadi, jangan malas untuk buat senaman tu walaupun anda rasa susah.

Macam bayi kecil yang baru nak belajar berjalan la, asyik jatuh je dan tak balance, tapi selepas usaha dan usaha akhirnya mereka dapat berjalan dengan hebatnya.


3. LAKUKAN SENAMAN MENTAL

Macam mana nak buat tu? Hah..mudah je dengan cara berimaginasi.

Contoh kalau anda rasa susah nak berjalan. Jadi, tutup mata anda dan bayangkan macam mana nak berjalan macam yang fisio ajar tu. InsyaAllah senaman ni pun membantu untuk penyembuhan anda.


4. LAKUKAN AKTIVITI HARIAN TANPA BANTUAN

Cuba sehabis baik, mungkin anda akan rasa susah, tapi..ini lah masa nya untuk anda mencabar diri.

Kecewa pada permulaan tu biasa, tapi jangan putus asa, usaha lagi dan lagi. Usaha anda tu pasti berbaloi, percayalah.


5. AMALKAN PEMAKANAN SIHAT

Jika anda rasa tak berselera, anda kena makan juga untuk dapatkan tenaga untuk lakukan senaman dan aktiviti harian.

Tapi, kalau asyik makan je tu, kena kurangkan sikit, takut nanti berat badan bertambah makin susah pulak nak buat senaman.

Selain tu kena lah rajin-rajinkan diri minum air kosong ye, jangan minum air manis pulak.
.
.
Okey, setakat ni dulu perkongsian pada hari ni, boleh follow kami untuk pelbagai lagi tips-tips yang menarik.

Kalau nak dapatkan rundingan percuma atau buat temujanji boleh hubungi kami di talian 0132935318.

Tuesday, September 19, 2017

BERSENAM TU BAIK ATAU BURUK YE???



Ada orang sakit lutut tanya saya, boleh ke bersenam waktu sakit-sakit lutut ni?
.
Nak tahu tak apa jawapan saya?
Ofcourse la boleh. Siapa kata tak boleh. Meh nak luku kepala orang tu.. 🤣
.
TAPI….. kenalah tengok senaman apa yang nak buat tu, jangan main belasah je, nanti makin teruk, kata saya tipu pulak.
.
Okey, nak tahu tak senaman apa yang paling bagus sebenarnya?
.
Shhh…. Jangan bagitahu sesiapa taw, ni rahsia kita-kita je. Siapa suruh diorang tak baca post ni. Hehehe..😉
Eh.. tak baik la macam tu. Diorang pun nak tahu jugak.
Okey la, nanti korang sharela post ni banyak-banyak taw bagi satu dunia tahu.
.
Hah jawapan soalan tadi ialah KAYUH BASIKAL.
Lagi cantik kalau dapat pakai basikal yang statik tu, kayuh lama-lama tak pergi mana-mana pun, ada tang tu jugak (bak kata orang utagha).
Sebab apa basikal tu bagus? Sebab kita boleh set kan rintangan kat basikal tu.
Nanti korang naik, korang letaklah rintangan tinggi sikit, tapi janganlah sampai korang tak boleh kayuh pulak, ikut kemampuan masing-masing.
Pastu kayuhlah dalam 30 minit je.
.
Hah, jangan tanya saya basikal jenama apa pulak nak beli ek, saya tak jual basikal taw.
Tapi, kalau nak tahu jugak boleh PM saya atau hubungi 0132935318. Nanti saya share jenis basikal camne nak beli.
.
Okey, selamat mengayuh basikal.

Sunday, September 17, 2017

BANYAKNYA KAHAK

Hai, sorry lambat pulak post arini,
.
Actually tak de la plan nak buat physio arini, tapi regular customer call request nak mintak buat tepuk (percussion) kat adik dia.
.
Memandangkan kami dah de program pagi, so terpaksa la datang rumah klien petang ni.
.
So lepas guna stetoskop untuk dengar bunyi peparu klien, terkejut sangat, banyak betul bunyi kahak sedangkan baru doktor kata lung clear masa medical check-up last week.
.
Apa lagi, kami pun jalankan tugas dengan penuh dedikasi (masuk bakul angkat sendirila pulak🙊)
Mula2 buat tepuk2 (percussion), sambil tu kami tonggengkan sikit klien (modified postural drainage).
Last sekali baru sedut kahak (suction) guna mesin suction.
Fuh…banyak bukan main, tak terkata, pekat pulak tu. Kesian giler kat klien tu, dah dekat seminggu tak dapat tidur malam sebab banyak kahak.
.
Alhamdulillah, klien satisfied dan siap cakap nasib baik kami datang tolong, katanya lagi, bukan semua orang reti buat suction ni. Apa lagi, Kembang kempis we all kena puji;p Tapi apa2 pun semuanya kuasa Allah, we all ni “asbab” je.
Hopefully klien kami ni dapat la tidur nyenyak malam ni dan cepat sembuh.
.
Doakan klien we all ye, thanx u all 😍.
.
Fisioterapi ke rumah
0132935318

Saturday, September 16, 2017

3 KOMPONEN PENTING DALAM SENAMAN

Anda kat sini biasa tak bersenam?

Anda tahu tak apa 3 komponen yang penting dan wajib anda lakukan ketika bersenam?


Hah, kira kalau tak buat ni tak lengkap la senaman tu.

Okey, jom kita tengok apa 3 komponen tu dan sebab apa komponen tu wajib:
.
1. WARM-UP

🏆🏆Objektif:
a) Meningkatkan ‘cardiac output’. Cardiac output ni adalah jumlah darah yang keluar dari jantung setiap minit. Ianya penting sebab bila darah banyak, banyak la oksigen boleh disalurkan kepada otot yang nak buat senaman tu. Jadi, performance kita pun akan meningkat
b) Meningkatkan suhu otot. Bila suhu otot meningkat, enzim dalam otot dapat bekerja dengan lebih baik. Jadi, otot dapat bekerja pada tahap yang optima.
c) Mengurangkan kadar kecederaan otot.

🏆🏆 Jangka Masa:
5-20 minit bergantung kepada persekitaran.


2. WORK-OUT
Tempoh dan aktivitinya bergantung kepada sukan yang kita nak jalankan.


3. COOL-DOWN

🏆🏆 Objektif:
a) Membantu darah yang berkumpul pada otot yang digunakan semasa ‘work-out’ untuk kembali kepada jantung.

🏆🏆 Jangka Masa:
10-30 minit bergantung kepada persekitaran
.
.
Hah, jadi bila dah tahu ni pastikan anda buat semua komponen ni dan lakukan secara berturutan. Sebab setiap komponen ada sebab dan objektif tersendiri, bukan saja2 je kena buat.

Lagi satu, kena la buat betul-betul baru lah dapat kesannya. Kalau buat pun ala kadar, kesannya pun ala kadar lah..

Fisioterapi ke rumah anda:
>>>0132935318
>>>0132935318
>>>0132935318