Thursday, June 30, 2016

BERPUASA TAPI BERDOSA??

# Situasi 1: Selepas appoinment di hospital

Anak: Ibu!! Cepat lah. Lambat la ibu ni. Duduk la betul2, orang nak tolak ni.

Ibu: ye... (sambil berusaha dengan sepenuh tenaganya untuk membetulkan duduk di atas kerusi roda)

Anak: Ni bulan depan nak kena bawak lagi datang sini. Penat la ibu, nak kena ambil time off, nak redah jammed, nak kena rushed balik pergi office.............. (dan macam2 la leteran si anak ni, tak sanggup pulak rasanya nak tulis)


# Situasi 2: dalam talian telefon

Ibu: Angah apa khabar? Sihat ke?

Anak: Sihat. Kenapa ibu telefon ni?

Ibu: Angah.. Lusa boleh tak hantar kan ibu pergi hospital, ibu ada apoinment di Jabatan fisioterapi?

Anak: Ala... Ibu. Tak boleh la, lusa sibuk, banyak kerja. Ibu pergi la sendiri. Telefon teksi ke, suruh makcik milah sebelah rumah tu hantar ke. Jangan la asyik2 nak tunggu angah je yang bawak. Dah berapa bulan da asyik angah je yang kena bawak mentang2 angah duduk dekat............. (dan macam2 la leteran si anak ni, pun tak sanggup rasanya nak tulis)


So.. Apa pendapat anda??

Hati2... Hanya berkata 'ah' kepada ibubapa pun da berdosa. Ni kan pula berbakul2 leteran.

Jom muhasabah.

p/s: Balik mana raya ni? =)


Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Wednesday, June 29, 2016

Senaman COPD

TARIK NAFAS…HEMBUS NAFAS… TARIK NAFAS…HEMBUS NAFAS…

Hai, ingatkan saya nak share esok, tapi tak jadi pulak, saya share sekarang jela ye. Oklah, saya akan share tentang senaman pernafasan untuk pesakit COPD, siapa belum baca ape itu COPD boleh baca kat sini.

Tapi sebenarnya orang biasa – biasa macam kita ni pun boleh buat, nanti bolehlah cuba ye.

Saya akan kongsikan 3 senaman je ye…

# 1: Breathing Control (kawalan pernafasan) – Ok, sekarang anda duduk tegak, sandar pada kerusi, kemudian tangan kanan letak betul-betul bawah tulang dada, atas sikit dari perut.

Dah ke belum? Ok, sekarang cuba tarik nafas ikut hidung, dan hembus ikut mulut. Buat perlahan-lahan ye. (Lupa pulak, pastikan tangan yang letak bawah dada tu ada pergerakan turun naik, kalau masa tarik nafas dia masuk kedalam maknanya salah tekniklah tu)


# 2: Thoracic Expansion Exercise – Teknik ni lebih kurang macam breathing control, kaedahnya macam ni ye

Duduk tegak dan sandar pada kerusi bagi relaxkan bahu, tangan kanan letak betul-betul bawah tulang dada, atas sikit dari perut. Ok, dah ye? Sekarang cuba tarik nafas dalam2 ikut hidung, kemudian tahan 3 saat. 1…2…3… dan hembus ikut mulut.

Buat perlahan-lahan ye. (pastikan 3 saat tau, kalau kurang maka sia2lah usaha anda nak kembangkan peparu anda)


# 3: Pursed Lip Breathing – Kaedah ni pada saya paling senang nak buat, cuba anda bayangkan anda nak hembus lilin kek, anda mesti buat mulut bentuk ‘O’ dan hembus kuat2 kan? Ha, tapi kaedah ni tak perlu hembus kuat2, just hembus sepoi2 bahasa.

Kalau anda terror cuba hembus selama mungkin, ada tak dapat 7 saat?

Ok, kita cuba sama2 ye…ready, mulut bentuk ‘O’, ok, hembus…..1…2…3…4…5…6…7…

Ha, siapa dapat hembus 7 saat angkat tangan..!!!! Hmm…bagus2, nice try, good job;p


Ok, bagi pesakit COPD yang kena attack banyakkan buat teknik # 3 tau, bagi buang semua udara basi dalam peparu tu dan bagi masuk udara segar, baru badan lebih relax.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

COPD

Apa benda COPD ni? Macam cop mohor je? Taklah, COPD ni nama penuh dia Chronic Obstructive Pulmonary Disease. Istilah tu dipendekkan jadilah COPD sebab senang nak sebut.

Mesti anda tak pernah dengar kan? Tahu tak apa kebenda ni sebenarnya? COPD ni sejenis sindrom sakit peparu. Haa…!!! Anda mesti tahu penyakit asma kan? Asma ni termasuk dalam kategori COPD ni lah.

Kasihan orang yang kena COPD ni bila kena attack. Anda bayangkan anda sedang mandi kolam ke mandi laut ke, lepas tu anda tenggelam, susah nak naik untuk ambil nafas, agak-agaklah kan macam mana perasaan anda masa tu?

Ataupun cuba anda bayangkan anda sedang sedap-sedap tidur tiba-tiba ada orang tekap muka anda dengan bantal, mesti susah nak bernafas kan? Pesakit COPD ni lagi teruk, diorang kena hadapi situasi tu dalam 2 – 3 hari, kadang-kadang sampai 2 minggu.

Jadi…bersyukurlah dengan nikmat dapat bernafas dengan tenang sebelum Allah tarik balik nikmat tu.

InsyaALLAH saya akan kongsikan apa jenis senaman untuk pesakit COPD ni nanti.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Tuesday, June 28, 2016

BAHU JATUH…?!!!!

Siapa kenal orang ada bahu jatuh?
Eh, kejap, anda tahu ke bahu jatuh?
Ops..sorry, lupa nak cerita apa benda bahu jatuh tu.

Dalam bahasa inggeris orang kata Shoulder subluxation, kalau orang kita kata bahu jatuh. Bagi orang yang bahu jatuh ni akan nampak bahu dia pelik sikit, tak bulat cantik, ada macam tangga sikit, macam dalam gambar ni.





Seram tak tengok? Anda tengok pun menyeramkan, betul tak?

Sebenarnya, kesian kat orang yang kena bahu jatuh ni, sakit tu..
Nak buat kerja pun susah.

Selalunya orang yang kena strok yang kena. Mula-mula kena strok tak de lagi, tapi kalau salah pegang bahu ke, salah tarik ke, atau biar bahu yang lemah tergantung je memang mengundang bahu jatuh.

Selalunya orang beli shoulder support, tak pun orang beli kinesiotape, tapi jangan main beli je, nanti bahu tak ok, duit melayang.

Dia ada cara nak ukur dan nak pakai, bukan main belasah je.. dan yang paling penting kena buat senaman, kalau tak sampai bila-bila pun takkan sembuh.

So… boleh serahkan pada yang pakar, kalau kereta ke motor ke boleh hantar bengkel nak repair, kenapa badan sendiri nak bersakit-sakit taknak dapatkan rawatan kan? Dapatkanlah rawatan yang terbaik ditempat anda.

p/s: sebenarnya orang biasa pun boleh kena. Saya bagi contoh ek..atlet ragbi boleh kena, suri rumah boleh kena, siapa angkat barang berat pun boleh kena, tunggu masa je nak kena (seram tak?)


Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Monday, June 27, 2016

BERITA BAIK UNTUK PENGHIDAP ASMA DAN PESAKIT JANTUNG…!!!

Sebenarnya nak buat senaman ni senang je bagi pesakit asma dan pesakit jantung, lebih-lebih lagi pesakit yang beragama islam.

Saya nak berkongsi dengan anda yang menghidap asma dan sakit jantung dan beragama islam ni bagaimana untuk melakukan senaman pernafasan pada entry kalini.

Tahu tak kita digalakkan untuk mengaji al-quran setiap hari. Lagi banyak anda baca al-quran lagi banyak faedah yang anda dapat. Tapi saya cuma nak share kebaikan mengaji dari sudut pernafasan.

Dalam al-quran kita perlu baca panjang, pendek, tahan nafas sebentar, berhenti, kemudian ambil nafas untuk sambung bacaan. Kita tak boleh curi nafas semasa mengaji, betul tak?

Tahu tak sebenarnya dah complete (lengkap) latihan pernafasan semasa kita mengaji. Mari kita tengok, exercise  apa yang sebenarnya kita dah lakukan semasa mengaji:

# 1: Breathing Control (kawalan pernafasan) – senaman ni untuk melatih kita bernafas menggunakan otot pernafasan utama iaitu otot diaphragm.

# 2: Deep Breathing Exercise – kaedah ini melatih kita untuk menggunakan otot pernafasan utama dan otot sinergi untuk mengambil nafas yang panjang.

# 3: Thoracic Expansion Exercise – kaedah ini digunakan bagi mengembangkan peparu yang collapse (tertutup), apabila kita tarik nafas perlu tahan sebentar baru hembus kembali.

# 4: Pursed Lip Breathing – kaedah ini membantu relakskan minda dan fizikal setelah penat bekerja seharian. Caranya dengan menghembus nafas panjang, contoh dalam al-quran baca alif…..lam…..mim……

So, apa lagi, tinggal berapa hari je lagi Ramadhan nak tinggalkan kita, baik kejar sebelum anda menyesal dikemudian hari, tak rugi pun mengaji al-quran.

Psst..bagi sesiapa yang tak tahu mengaji, boleh belajar teknik mengaji haraki, insyaAllah anda boleh MASTER mengaji dalam 40 hari.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Sunday, June 26, 2016

8 ke 20???

Siapa solat tarawih 8 rakaat angkat tangan…!!??

Siapa solat tarawih 20 rakaat angkat tangan…!!??

Siapa tak solat tarawih pulak angkat tangan…!!??

Hmm...mesti ada yang cakap ni mesti nak cerita masa zaman nabi, masa zaman sahabat nabi solat berapa rakaat, atau nak cerita pendapat ulama zaman dulu. Saya kalau ada ilmu pasal tu nak jugak share, tapi disebabkan ilmu cetek so tak jadilah nak bincang pasal ni.

So, saya nak share kebaikan solat 20 rakaat berbanding 8 rakaat dari sudut kesihatan fizikal sebab yang ni saya expert;p

Ok, anda bayangkan anda solat 2 rakaat 10 minit, jadi kalau 8 rakaat 40 minit, 20 rakaat 100 minit (1 jam 40 minit).

Ok, dari sudut masa nampak beza kan? Lebih sekali ganda kan?

Ok sebenarnya solat ni umpama exercise, kalau lama buat exercise otot makin kuat tak? Kalau buat exercise banyak kali pulak macam mana?

Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? Ok, sekarang lebih ilmiah sikit, bila kita berdiri semasa solat kita akan dapat  kuatkan "core stability muscle" so kita akan nampak lebih tegak berdiri, nampak lebih segak dan tegap.

Bila kita ruku' dengan betul, kita dah buat stretching (regangan) pada otot hamstring (otot peha belakang).

Apabila kita sujud, kita akan strengthen (kuatkan) otot leher anda dan stretch (regangkan) otot dada (pectoralis major).

Semasa duduk antara dua sujud pula kita stretch otot jari kaki dan betis. Disamping itu, kita juga akan squeeze (picit) salur darah pada kaki untuk tingkatkan aliran darah kembali ke jantung.

Last sekali, apabila anda duduk tahiyat akhir, anda akan stretch otot quadratus lumborum kiri anda. Otot ni membantu semasa berjalan.

Fuh, banyaknya bahasa medic, dah boleh jadi doktor ni;p Anda bayangkan ketika anda jumpa orang diorang kata, wah…segaknya kau, nampak tegap. Bila berjalan pulak nampak bergaya, fuh…bestnya saat tu.

Anda bayangkan anda dapat percepatkan moment2 (saat2) tu. Kalau nak dapat cepat kenalah exercise 20 rakaat, dapat cepat sikit;p

Bagi yang tak solat lagi tu belum terlambat lagi, ada lagi lebih kurang 9 hari lagi. Boleh kejar lailatulqadr sekali. Oklah, tu je perkongsian panjang pada entry kalini, selamat beribadat.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Friday, June 24, 2016

5 Peranan Alquran

Salam malam 20 Ramadhan..

Alhamdulillah kita dah masuk chapter terakhir Ramadhan.

Chapter yang paling menarik dan ditunggu2 kerana terdapat 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan..

So, dalam mengejar kebaikan di 10 malam terakhir ni, saya nak kongsikan sikit, something yang saya baru belajar.

Iaitu tentang 5 PERANAN ALQURAN

Peranan #1: untuk DIBACA

Ni mesti ramai da tahu kan dan alhamdulillah ramai yang betul2 manfaatkan peranan ni.

Peranan #2: untuk DIHAFAL

Untung besar bagi penghafaz alquran ni, macam2 ganjaran yang Allah dah janjikan.

Peranan #3: untuk DIFAHAMI

Kalau kita betul2 faham dan tadabbur Alquran banyak sebenarnya perkara yang kita akan dapat pelajari.

Peranan #4: untuk DIAMALKAN

Hah, ni ramai sangat yang terlepas pandang. Sebenarnya akhlak yang terbaik adalah akhlak Alquran.

Peranan #5: untuk DISAMPAIKAN

Yang ini rasa nya mudah sikit kan? Kita belajar je apa2 tentang Alquran walaupun sedikit, kita sampaikan kepada seramai yang kita mampu.

So.. Jom kita sama2 tanamkan sifat cintakan Alquran. Semoga Alquran ini mampu menyelamatkan kita semua di alam kubur dan di akhirat sana. Amin..

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Thursday, June 23, 2016

TULANG ANAK PUAN BENGKOK???

Biar betul? Cam mana bengkok tu?

Hah, bengkok atau dalam bahasa perubatan nya adalah scoliosis. Adalah keadaan dimana tulang belakang seseorang itu menjadi bengkok atau melengkung.

Scoliosis
Sumber google

Selalunya berpunca daripada kanak2 yang bawa beg sekolah berat sebelah, tak pun duduk dalam posisi yang salah dalam jangka masa yang lama, dan pelbagai punca2 lain.
Tapi ada juga yang tak  dapat diketahui puncanya.

Cuba anda tengok tulang belakang anak anda atau minta sesiapa tengokkan tulang belakang anda, lurus ke bengkok ye?

Sebenarnya bagi sesiapa yang ada anak yang tulang belakang dia bengkok, elok lah cepat-cepat dapatkan rawatan fisio.
Tahu tak kenapa?
Mari sini saya share kenapa kena dapatkan rawatan fisio a.s.a.p

Sebab # 1:
Kalau dibiarkan lama-lama, tulang tu akan semakin membengkok, jadi bayangkan nenek kebayan yang bongkok, tapi versi bengkok ketepi, nampak senget. Kalau anak perempuan dah besar nanti jatuh saham.

Sebab # 2:
Kalau dibiarkan lama-lama, nanti jantung dan peparu anak anda akan dihimpit, jadi cuba bayangkan anda dihempap di bahagian dada, senang tak nak bernafas?

Sebab # 3:
Kalau dibiarkan lama-lama, nanti tulang tu secara automatik akan mengeras dan akan jadi betul-betul senget, masa tu dah terlambat dah nak buat rawatan fisio, nak tak nak kena buat operation yang makan kos ribu-riban dan sambung dengan fisio intensif, bukan ke dah bazir duit dan masa macam tu.

Sebab # 4:
Lama-kelamaan akan timbul masalah lain seperti sakit pinggullah, sakit lututlah, sakit bahulah, sakit tengkuklah. Bayangkan anda tak tukar minyak hitam kereta bertahun-tahun, agak2 kereta tu cepat jahanam tak? Samalah dengan badan anak anda kalau tak dapatkan rawatan secepat mungkin

Jadi ingat,  anak tu anugerah tuhan, jadi sayangilah mereka, jangan disebabkan kecuaian anda buatkan mereka merana dikemudian hari.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Wednesday, June 22, 2016

Surat Cinta

Yay!!! Dapat Surat Cinta!

Awak2 yang tengah baca post ni pernah tak dapat surat cinta??

Best kan perasaan dia??
Rasa diawang-awangan je,
Rasa nak senyum je setiap masa.
Rasa nak baca je surat tu banyak2 kali kan??
Betul tak??

Sebenarnya kan setiap dari kita ni pernah dapat surat cinta tanpa kita sedar.
Tapi... Yang sedih nya. Tak semua orang hargai surat cinta tu.
Ada yang tak pernah bukak dan baca pun surat cinta tu, buat tak tahu je walaupun dah depan mata.

Rasanya mesti ramai yang dah dapat agak apa surat cinta ni kan?
Surat cinta yang saya maksudkan adalah AL-QURAN.
Sebuah kalam yang Allah kirimkan khas untuk kita hambanya sebagai panduan dalam melayari hidup ni.

Istimewakan kita sebenarnya, Allah begitu sayangkan kita.
Tapi kita.... (Tepuk dada, tanya iman)

So... Jom baca surat cinta ni hari2 mulai sekarang!

Salam Nuzul Quran dari kami. Semga Allah menerima segala amalan kita di bulan Ramadhan ni. Amin...

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Tuesday, June 21, 2016

(sambg.) 5 KESILAPAN YANG DILAKUKAN PESAKIT / KLIEN KETIKA BERJUMPA FISIOTERAPI

Hai semua, hari ni nak sambung sikit yang semalam punya. Siapa belum baca boleh la intai entry ni.

Okey, ada lagi 2 lagi kesilapan.

******
# 4: Ingat jumpa fisio cuma sebulan sekali atau tak payah jumpa lagi. Situasi: sakit belakang yang teruk.

Fisio: Baik puan, rawatan sudah tamat, nanti balik rumah kena buat senaman yang saya dah ajar ye, kita akan jumpa lagi 2 hari lagi.

Klien: Eh, ye ke, saya ingatkan tak payah datang lagi.

Fisio: Begini puan, selepas saya bagi rawatan, puan kena buat senaman yang saya ajar di rumah, kemudian jika sakit dah kurang saya akan tukar senaman ikut perkembangan puan. Kalau puan semakin sakit saya akan kurangkan dos rawatan saya.

Klien: Owh..yeke..baik saya dah faham dah. Terima kasih.


# 5: Ingat setiap kali datang jumpa fisio akan dapat rawatan yang sama.

Fisio: Encik, nanti saya akan bagi rawatan pek panas untuk lutut encik ye untuk melancarkan peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Klien: Eh, kenapa 2 minggu lepas saya kena letak ais tapi kali ni kena pek panas, tak bahaya ke? Tak makin panas ke?

Fisio: Encik sekarang dah takde bengkak lagi, bila saya sentuh tadi tak panas, maknanya sekarang ni dah habis fasa inflammation (bengkak), jadi rawatan yang paling sesuai sekarang adalah pek panas.

Klien: Owh..yeke..baik saya dah faham dah. Terima kasih.

*****
Hah.. Itu lah antara kesilapan2 atau salah anggap yang sering terjadi bila seseorang pesakit berjumpa fisio.

Tapi yang paling silap sekali, bila pesakit tahu dia kena datang buat rawatan tapi tak datang, daripada sakit tu dah nak baik dah terus jadi makin teruk.

Jadi, nasihat kami, seelok2 cuba la cari masa untuk datang temujanji tu. Tapi kalau xdapat jugak, try cari alternatif lain cam pergi fisio center swasta ke tak pun cari fisioterapi yang boleh datang ke rumah.

p/s: Dont take thing for granted.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Monday, June 20, 2016

5 KESILAPAN YANG DILAKUKAN PESAKIT / KLIEN KETIKA BERJUMPA FISIOTERAPI

Tahu tak anda sebenarnya banyak juga kesilapan pesakit (klien) lakukan ketika berjumpa ahli fisioterapi (fisio). Saya akan share pengalaman saya tentang isu ini untuk manfaat kita bersama.

*****
# 1: Tak tahu kenapa kena jumpa fisio

Fisio: Kenapa encik datang jumpa saya? Apa masalah encik?

Klien: Doktor suruh saya datang jumpa, jadi saya datanglah, saya pun tak tahu kenapa doktor suruh datang


# 2: Jumpa fisio sebab nak dapat ubat

Fisio: Baik puan, rawatan sudah tamat, nanti balik rumah kena buat senaman yang saya dah ajar ye…

Klien: Eh..takde ubat ke? Kenapa pergi jumpa doktor dapat ubat tapi sini tak dapat?

Fisio: Puan, saya sebagai fisio kita memang  tak bagi apa-apa ubat, tugas saya mengajar puan macam mana untuk buat senaman dirumah dan buat modifikasi aktiviti ikut keperluan puan.

Klien: Owh..begitu rupanya, terima kasih terangkan pada saya.


# 3: Mula-mula sakit lain, bila dah jumpa doktor jadi sakit lain. Situasi: Sakit lutut

Fisio: Encik sakit apa ye? Boleh saya bantu?

Klien: Saya sakit Knee osteoarthritis, doktor kata cecair dalam lutut dah kurang

Fisio: Begini encik, Knee osteoarthritis tu sebenarnya nama penyakit, apa yang encik rasa tu yang sakit encik sebenarnya.

Klien: Owh…ha, sebenarnya saya rasa teganglah kat lutut, rasa cucuk2, bila nak solat tak boleh sujud, nak bangun dari sofa pun susah.

Fisio: Ha…itulah masalah encik sebenarnya, nanti saya check ye…

*****
Huh...cam dah panjang je. Lagi dua kita sambung esok ye.
Boleh ke boleh? =)

So kepada yang nak taw sambungan kisah ni tunggu taw esok.

Okey. Selamat bekerja di hari isnin.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Sunday, June 19, 2016

Bomoh tulang / Bomoh patah

[PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI]

Ini peribahasa ke, kata2 hikmah ke, pepatah ke apa ye?

Takpe2, tak payah pening2. Saya nak cerita pasal pesakit yang patah tulang sebenarnya. Saya ni boleh dikatakan macam "bomoh" tulang jugak la.

Tahu tak, kenapa orang suka pergi kat bomoh patah/ bomoh tulang dari jumpa doktor?

Pernah tak anda tengok doktor ke, sesiapa yang bekerja di hospital yang tolong urut pesakit patah tulang selain ahli keluarga pesakit sendiri? Mesti tak pernah jumpa kan?

Tahu tak apa yang ada pada bomoh patah/bomoh tulang yang tak ada pada doktor?

Jawapan dia senang je, ada pada soalan saya tadi sebenarnya. Jawapannya adalah URUTAN atau nama glamour yang fisioterapi panggil "SOFT TISSUE MANIPULATION"

Gah tak nama dia? Tapi jangan main2 ye, penat tu nak belajar soft tissue manipulation ni dan bukan semua ahli fisioterapi pandai buat sebab kalau tangan kaku tu memang kalau urut macam kena cubit kena torture je;p

Ha, tapi urutan untuk pesakit patah tulang ni bukan urutan biasa, dia ada macam2 teknik untuk masalah yang berbeza. Macam nak buat kek, kalau ikut resepi memang nampak senang tapi bila buat tu kena ada seni dan ilmu yang mendalam nak buat kek sedap. Samalah macam urut pesakit patah tulang

Saya taklah kata lepas ni pergi cari bomoh tulang untuk sambung balik, jangan ambil risiko,  sebab nanti elok2 tulang tu boleh cantum dah tak cantum. Cara paling senang dan selamat adalah pergi dapatkan rawatan dengan doktor kemudian pergi jumpa fisio cepat2.

Lagi cepat, Lagi bagus. Peluang untuk sembuh lagi cerah. Cukupalah perkongsian pada hujung minggu ni, selamat beribadah.


Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Saturday, June 18, 2016

Sebab bayi perlu FISIOTERAPI

Anda pernah tengok bayi kena menjalani rawatan fisioterapi?

Mesti ada yang pernah tengok dan ada yang tak pernah tengok kan?

Agaknya, kenapa ye kecik2 lagi dah kena buat rawatan fisioterapi?

Sebenarnya ada banyak sebab, tapi antara yang paling kerap ialah:

1. Bayi tu mempunyai masalah pada jantung atau paru-paru

2. Bayi tu lambat berkembang atau dikenali sebagai 'global developmental delayed'. Contohnya lambat merangkak, lambat berjalan.

3. Bayi tu di diagnosis sebagai 'cerebral palsy'

4. Bayi itu mendapat 'Congenital Talipes Equinovarus' iaitu kaki bayi tersebut menghadap kedalam sejak lahir.

Dan berbagai lagi keadaan yang memerlukan bayi tersebut mendapatkan rawatan fisioterapi.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Friday, June 17, 2016

Rahsia Kejayaan

JANGAN BACA KALAU ANDA NAK BERJAYA!!

Bila saya berada dikelilingi orang yang berjaya ni, auranya dan semangat nya memang lain.

Tapi.. Banyak benda yang saya belajar dari mereka.

1. Bermula dari keadaan yang mendesak

√ kebanyakan dari mereka ni mesti ada atleast 1 kisah yang sangat tragis sebelum mereka bermula.

√ kesempitan hidup yang teramat sangat sehingga tinggal rm20 dalam poket, ditipu hampir rm15k, dibuang keluarga kerana perkahwinan yg tak direstui dan macam2 lagi kisah.

2. Keluar dari zon selesa dengan tindakan luar biasa

√ mereka bangkit dan terus membuat sesuatu perkara yang mereka belum pernah buat sebelum itu.

√ memberanikan diri berjumpa dengan pihak2 atasan, mencuba pekerjaan yang baru yang digeruni oleh ramai orang, berfikir dan bertindak lebih dari rakan seusia mereka dan berbagai lagi usaha dilakukan untuk keluar dari rutin biasa.

√ bukan sekadar bangun tidur,gosok gigi,pergi kerja, balik dan tidur

3. Sentiasa merancang dan melaksanakan tindakan tersebut

√ ramai antara kita yang merancang. Kadang2 tu checklist sampai tak cukup 1 muka surat. Tapi, satu pun tak jalan.

√ tapi..mereka bukan begitu, mereka rancang dan akan betul2 melaksanakan apa yang dirancang dan sentiasa menambah kualiti hidup mereka hari demi hari.

Sebenarnya, kalau nak disenaraikan lagi, banyak sangat sebenarnya persamaan kisah orang2 yang berjaya ni. Tapi, pada saya ni lah antara perkara2 asas yang menjadi momentum kepada kejayaan mereka.

Semoga kita semua pun dapat berjaya seperti mereka.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya #MMMMei2016

Thursday, June 16, 2016

Tips sihat Ramadhan

Jom sihat dibulan puasa!!!

Hah, kali ni kami bawa khas mesej dari KKM sempena bulan puasa ni.


Sebenarnya, kunci kesihatan adalah pada kesederhanaan.

Sebab tu makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Konsepnya sama iaitu bersederhana ketika makan.

Tidur pun sama juga, kalau tidur banyak sangat,
Pening sangat kepala. Kan?

Tapi.. Apa yang kena lebih??
Mesti la AMAL IBADAH =)

So, jom jaga kesihatan untuk terus dapat melakukan amal ibadah.



Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Wednesday, June 15, 2016

BAHAYA KAKI PENDEK SEBELAH

Jika anda pernah patah kaki, anda patut baca artikel ini sehingga habis.

*****
Pernah tak anda ukur panjang kaki anda selepas sembuh dari patah kaki?

Cuba ukur sekarang, sama tak dua2 belah?

Hah.. Mesti tak sama kan? Risau tak???

*****
Tapi tak kan setakat 0.01 cm tak sama dah kira pendek sebelah kan?

Hehehe.. tak de lah. Sebebnarnya, kalau beza antara dua kaki ni kurang dari 2cm, tu tak jadi masalah.   
Yang jadi masalahnya, kalau perbezaan tu lebih dari 2cm dan anda tak buat apa2 untuk betulkan nya.

*****
Sebenarnya, ada banyak cara untuk betulkan nya sama ada melalui pembedahan tak pun dengan memakai kasut yang disarankan. Semua ni doktor yang akan tentukan. So, boleh la berjumpa dengan doktor untuk rundingan.

sumber: google


Tapi.. Tahukah anda apa yang akan berlaku sekiranya anda buat tak kesah je dengan masalaah ni?

Hah.. kesannya, bukan sahaja pada masa sekarang, tapi sampai waktu tua nanti.

Antara kesan2nya adalah:
  1.  Sakit belakang: disebabkan tulang pinggul tinggi sebelah
  2. Skoliosis: iaitu tulang belakang menjadi senget.
  3. Sebelah kaki yang panjang akan bergerak kedalam sewaktu anda berdiri dan berjalan
  4. Akhir sekali akan meningkatkan risiko untuk radang lutut (osteoarthritis) apabila umur meningkat.  

Jadi, lakukan perubahan. Ingat lah, bahawa badan kita saling berkait antara satu sama lain. Contohnya, kalau selalu tengok laptop dalam postur badan yang tidak betul, anda mungkin akan mengalami simptom kebas tangan kemudian hari.

Okey, itu saja untuk hari ini. Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadahn.

p/s: sekejap je masa berlalu, dah nak masuk fasa kedua Ramadahan da.  Tak cukup markah lagi rasanya ni… =(

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya


Tuesday, June 14, 2016

4 TIPS MENJADI LELAKI SUPER POWER… !!!

Ha.. hari ni saya post awal sikit, semalam busy dengan si kerja dan si kecil, tu yang post lambat. Hari ni dah masuk mode bertenang dah.

Semalam saya ada janji something, jadi hari ni saya akan tunaikan insyaALLAH. Saya akan share tips bagaimana untuk menjadi lelaki super power.

Bukan minum tongkat ali dan bukan jadi macam kartun dragon ball jadi super saiya, tapi lebih power dari tu.

Tips #1

Banyakkan istighfar, tapi bukan macam keretapi ekspres dan bukan macam touch n go tapi dengan penghayatan. Cuba dengan 100 x dulu, dah biasa nanti boleh tambah.

Tips #2

Banyakkan selawat keatas nabi Muhammad s.a.w. Yang ini pun jangan laju macam bullet train kat Jepun, kena faham maksud baru lagi SYIOK…

Tips #3

Mengaji, bukan mengaji kat universiti ke kat sekolah tapi mengajji al-quran, feeling dia lain giler, pelik tapi best….

Tips #4

Bangun Qiamullail. Hah, ni bila da bangun malam2 tu jangan bangun nak pergi toilet je, tak pun jangan bangun pagi2 buta tengok bola je, nak power kenalah berkorban sikit.

Ok, simple je kan, tak payah nak buat benda pelik2. Tapi serius, saya tak tipu, cubalah, anda akan rasa badan anda macam super saiya lepas tu, bukan sekejap tapi lama bertahan. Tapi lepas tu janganlah buat benda tak baik, nanti aura (kuasa super saiya) anda akan turun balik.

Baca je tak guna, kena amalkan baru nampak hasilnya. Jangan percaya, tapi buat je. Anda akan lebih mudah lembut hati dan akan senang je nangis kerana Allah.

p/s: wanita2 pun boleh cuba taw. =)

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Monday, June 13, 2016

Lembut ke lembik?

Ah ha…mesti anda tertanya2 apa benda yang lembut, apa benda yang lembik? Lembut macam taufufa ke? Lembik macam jeli ke?

Hahaha…taklah, saya sebenarnya nak share tentang lelaki. Agak2lah kan, kalau ada seorang lelaki ni menangis, apa pandangan anda terhadap dia? Adakah dia seorang yang lembik macam "sotong"? Boleh ke lelaki menangis?

Kalau anda seorang lelaki cuba anda tanya diri sendiri bila kali terakhir anda menangis? Kalau anda seorang perempuan cuba anda tanya ayah ke suami ke adik lelaki anda bila kali terakhir mereka menangis. Ini assignment untuk anda sebab takkanlah nak baca entry ni je, cubalah praktikkan sikit.

Ok, kalau anda nak tahu sebenarnya lelaki yang menangis kerana Allah ni bukanlah lelaki "lembut " atau lembik tapi mereka ni mempunyai HATI YANG LEMBUT. So, kalau nak cari calon suami cari orang macam ni tau.

Tapi kalau dah kahwin lelaki yang susah giler… nak nangis macam mana? Tinggalkan je dia, cari lelaki lain, taklah gurau je;p (ala, gurau pun tak boleh)

Kenapa nak cari lelaki macam tu? Apabila seorang lelaki tersebut selalu menangis kerana Allah, dia takkan buat benda2 yang kita tak sukalah senang cerita. Contohnya, insyaAllah dia takkan buat kita sakit hati sebab dia tahu nanti Allah murka kat dia, pendek cerita dia akan cuba sedaya upaya layan anda dengan baik.

Wow, bestnya dapat lelaki macam tu. Untungla…

Bagi lelaki yang tak tahu macam mana nak menangis kerana Allah, insyaAllah esok saya akan kongsikan tips2 nak menangis;p

Tunggu……!!! (kena sebut macam melodi tv3) hehehe...

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Sunday, June 12, 2016

Betul ke magik?

Apa tajuk kali ni? Macam apa ntah. Tapi percayalah saya tak tipu, kisah kali ni macam magik je, macam nak percaya pun susah.

Begini ceritanya, nak dijadikan cerita, saya ada 1 kes ni saya sepatutnya berikan rawatan fisioterapi sebanyak 8 sesi untuk bulan ini. Tapi klien saya ni busy, so kalau ikut appointment cuma boleh buat 3x sahaja. Pendek cerita saya short 5 sesi.

Semalam hari jumaat, bulan ramadhan, saya dah cakap dalam hati nak derma duit paling besar dalam dompet saya. Saya pun tak tahu berapa yang ada sebab dah lama tak guna cash dalam dompet sejak kebelakangan ni.

Sekali bila buka dompet masa nak masukkan dalam tabung masjid, sekali tengok duit yang paling besar ada rm100. Masa tu terkedu sekejap sebab dah niat nak sedekah duit paling besar dalam dompet. Masa tu small little voice (suara kecil) menjerit kat saya kata "ko giler pe, banyak tu, macam2 boleh buat"

Tapi memandangkan saya dah niat, so saya sedekah dan terus keluar masjid sebab tak nak rasa menyesal. Agak2 berjaya tak? Mestilah TAK…!!! Sepanjang balik tu saya ber"zikir" menyesalnya. Tapi saya sedapkan hati mungkin ini latihan Allah untuk saya supaya bila saya jadi multijutawan nanti saya tak kedekut.

Sekali, semalam masa saya jumpa klien saya untuk sesi ke—2 tiba2 dia buka cerita minta saya buat rawatan fisioterapi straight 4 hari. Wow…!!! Alhamdulillah ya Allah. Macam tak percaya je, Allah balas cash kat saya, dapatlah extra rm600. Alhamdulillah, ini betul2 diluar jangkaan. Memang lepas tu dalam hati berbunga2 dan bersyukur sangat2.

So, siapa nak bagi pinjaman kat Allah angkat tangan…!!! Ha, apa tunggu lagi, cepat pergi sedekah, kalau de kat masjid tu pergilah masukkan duit kat tabung masjid. Kalau dalam bas, pergi bagi orang sebelah tu duit, senang je.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Saturday, June 11, 2016

Cuti-cuti Malaysia

Hai, apa khabar semua? Macam mana puasa hari ke 6 ni? Berjaya harungi dugaan di bulan penuh cubaan ni? Semoga Allah terima segala amalan kita, amin…

Ha…mesti ada yang tertanya—tanya kenapa nak cuti pulak bulan pose ni kan?

Taklah…kan semalam saya nak share pasal apa benda yang kita nak buat nak hargai isteri/ibu kita kan? Kalau belum, boleh baca kat sini.

So inilah jawapannya, bawaklah diorang pergi bercuti, cuti2 Malaysia orang kata ;p

Nanti mesti ada yang tanya, takkan bawa pergi bercuti, kan mahal tu. Nak bawa tiap2 bulan ke? Hello…jangan risau, tak luak pun duit gaji tu (bagi yang bergaji besarlah ;p).

Oklah, bagi yang rasa tindakan tu amat radikal, tak masuk akal, ini contoh ke—2, apa kata anda ambil cuti sehari sebulan n then bagi isteri anda/ibu anda rehat, jangan bagi apa2 kerja kat diorang, even basuh pinggan pun jangan, saya ulang JANGAN BAGI DIORANG BUAT KERJA SEHARIAN.

Percayalah, esoknya nanti diorang sendiri tak keruan tak tahu nak buat apa;p

Tapi kalau esoknya diorang demand lagi pandai2lah anda settlekan,hahahah…

Okla, nanti ada lagi suara2 kecil kat telinga anda kata, habislah cuti aku macam ni. Jangan risau, ada penyelesaian yang lain, anda hanya tunggu weekend, masa tu andalah yang kena jadi khadam sementara, buatlah kerja2 rumah, kemaskan rumah ke, basuh baju ke, bersihkan lalang depan rumah ke apa ke.

Nanti ada kata, aku ni kerja 7hari seminggu, mana ada masa nak jadi khadam sehari pun. Jangan bagi alasan, ada jalan untuk masalah ni. Yang ini lagi senang, anda just setkan setiap hari apa yang anda kena buat.

Contoh, hari isnin basuh baju, hari selasa tolong sapu sampah, hari rabu mop lantai, hari khamis basuh pinggan, hari jumaat lap tingkap, hari sabtu sapu sawang n bersihkan kipas, hari ahad gosok baju. Ha, kan senang tu.

Nanti mesti ada lagi yang tak puas hati cakap rumah besar macam mahligai, bila nak ada masa nak buat semua tu. Oklah, ni last, kalau banyak lagi alasan tak tahulah saya anda dari planet mana.

Anda setiap hari just tanya isteri/ ibu anda ada apa2 nak anda tolong? Ha, kan senang. Kalau anda busy pun just cakap nak tolong apa2 tak. Itu je, kadang2 diorang ni bukan nak anda tolong sangat pun, diorang nak perhatian anda je pun, diorang tahu kalau anda tolong akan buat kerja lebih teruk.

So…apa lagi, mulakan sekarang share kerja rumah tu, jangan biarkan diorang buat kerja sorang2. SHARING IS CARING;p


Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Friday, June 10, 2016

HARGAI MEREKA

Apa maksud tajuk kat atas ni ye? Apa yang nak dihargai? Harga kat pasar borong ke?

Hehe.. Taklah, sebenarnya tajuk kali ini adalah tajuk tentang hargai ibu dan isteri yang tersayang. Kenapa nak bincang tajuk ni pulak?

Tajuk ni khas untuk mereka yang mempunyai isteri dan yang mempunyai ibu. So senang cerita untuk semua orang sebab mesti semua orang ada ibu. Cuma 2 orang je kat dunia ni tiada ibu. Ha,cuba teka siapakah mereka? Nabi Adam dan Hawa lah, dua2 takde ibu ;p

Ok, kembali kepada topik, kenapa nak bincang benda ni, kan ada banyak lagi topik lain nak dibincangkan. Saya sebenarnya tengah bercuti jaga anak sebab isteri saya kena pergi berkursus untuk 3 hari. Ini kali ke—3 saya bercuti untuk jaga anak selama 3 hari. Maknanya baru 9 hari saya full time jaga anak.

Bayangkan penatnya jaga anak. Saya kali ini pun nasib dah get ready mental dan fizikal nak jaga anak 3 hari. Dulu saya terkial2 nak jaga anak, tapi insyaAllah kali ini semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang saya submit pada Allah.

Sepanjang saya jaga anak 6 hari yang lepas, memang tempoh yang sangat mencabar. Penatnya hanya Allah yang tahu. Bangun awal pagi, kemas rumah, mandikan anak, siapkan sarapan anak, kalau anak makan bersepah kenalah kemas semula.

Lepas tu nak berehatlah kononnya, tapi jangan harap, anak nak ajak mainlah, mengadu sakitlah, terjatuh dari kerusilah, main lompat2 sampai saya cakap dalam hati bila dia ni nak berhenti ni, tak reti penat ke?

Tapi bukan tu je, kita ni dahlah berpeluh2 membersihkan rumah, ingatkan nak basuh baju dan mandi. Cuba teka berjaya tak misi saya? Mestilah TAK…!!!

Baru sempat basuh baju anak dah mintak dilayan. So dengan berpeluh2 kenalah layan si kecil. Tu baru cerita sampai pukul 10 pagi. Cuba bayangkan kepayahannya yang ditanggung nak jaga anak sampai pukul 12 malam. Dipendekkan cerita hidup saya tak terurus semata2 nak jaga anak yang kecil lagi.

Saya lebih rela penat kerja di pejabat dari penat jaga anak. Patutlah nabi kata utamakan ibu sebanyak 3x sebelum kata berbakti pada bapa. Pengorbanan ibu/isteri kita ni jauh beza dengan pengorbanan kita.

So tak payah tunggu hari ibu ke hari apa nak ucap terima kasih. Kalau dah baca ni cepat2 cakap terima kasih kat isteri dan ibu anda. Kalau ibu de kat kampung, call je. Kalau de depan mata cakap depan2.

Ha…Nak tahu tak apa antara perkara yang anda boleh buat untuk hargai mereka? Nantikan esok insyaAllah…


Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya



Thursday, June 9, 2016

Terhantuk dan Tak Nampak

Hai semua.. Hari ni big heart physio nak ajak semua untuk bedah otak..

Anda tahu tak apa fungsi otak yang sebenarnya?

Jom tambah ilmu sambil mengagumi kebesaran Allah. =)

Otak manusia

Okey, secara ringkas otak terbahagi kepada 4 bahagian

1. Frontal lobe: ni adalah kawasan otak yang mengawal pergerakan fizikal kita. Kebiasaan nya, pesakit stroke yang lemah sebelah badan selalunya berpunca dari kecederaan di bahagian ini.

2. Parietal lobe: ni pulak adalah kawasan untuk deria sentuhan, tekanan, sakit, suhu. Kalau bahasa sains nya di panggil 'somatosensory' dan juga kawasan untuk simpan semua memori2 atau ingatan kita.

3. Temporal lobe: kawasan ni pula secara umum nya untuk pendengaran

4. Occipital lobe: ni pulak kawasan penglihatan. Kalau anda perasan, kalau kepala anda terhentak di bahagian belakang, mesti penglihatan anda akan gelap tak pun kabur sebentar. Hah, sebenarnya sebab ni la.

Itu la, serba sikit pasal otak. Cantik je susunan  yg Allah aturkan. Setiap bahagian, mempunyai peranan masing2.

Macam tu juga kita sebagai manusia, setiap dari kita mempunyai peranan masing2. Peranan sebagai ibu, sebagai bapa, sebagai anak, sebab majikan, sebagai pekerja dan macam2 lagi peranan. So, jadi lah seorang yang bertanggungjawab dan bersungguh2 dalam melaksanakan setiap peranan kita.

Setiap perlakuan kita, walaupun sebesar zarah akan dihitung di Akhirat nanti.


Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya


Wednesday, June 8, 2016

Trigger finger

[JANGAN BIARKAN JARI ANDA TERSANGKUT DAN TIDAK BOLEH LURUS LAGI]

Pernahkah anda berada dalam situasi dimana anda membengkok jari, tapi kemudian jari anda tidak dapat diluruskan semula?

Eyh, selamat petang semua. Sorry la. Lambat sungguh kami bersiaran hari ni. Xpe, sambil masak, tak pun sambil2 nak tunggu masa berbuka tu boleh lah kita tambah2 ilmu sikit.

Hari ni saya tak nak cerita pasal puasa, hari ni saya nak cerita tentang suatu keadaan yang pada sesetengah orang di anggap biasa, tapi sebenarnya luar biasa.

Anda pernah tak mengalami perkara yang saya sebut kan di atas? Bengkok kan jari, tapi bila nak luruskan balik tak boleh. Tahap yang teruk, anda terpaksa menggunakan tangan satu lagi untuk meluruskan jari tersebut.

Tahukah anda bahawa anda telah terkena penyakit 'trigger finger'??

Ape benda tu ye? Trigger finger ni sebenarnya adalah keadaan dimana saluran tendon di dalam jari anda telah menjadi sempit di sebabkan oleh inflamasi.

Persoalan nya sekarang, macam mana boleh jadi sempit ye?

Sebenarnya banyak faktor yang boleh menyumbang kepada perkara ini. Tapi, yang paling utama adalah disebabkan oleh pegerakan menggengam yang berulang kali dan kerap pada jari tersebut.

So bila dah jadi macam ni, apa yang patut kita buat ye?

Apa lagi, kena terus jumpa doktor ataupun fisioterapi sebab untuk peringkat awal terdapat pelbagai teknik yang dapat di lakukan bagi menghilangkan penyakit ini.

Tapi... Kalau dah lambat, selalunya, doktor akan sarankan untuk suntikan steroid sahaja. Sebab selalunya pada peringkat ni pesakit akan berasa sangat sakit dan jari tersebut menjadi sukar untuk diluruskan semula sekiranya telah tersangkut.

Jadi, sentiasa lah perhatikan kesihatan kita dan ambil tindakan segera.

Fast action, fast result.

Salam 3 ramadhan.


Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Tuesday, June 7, 2016

Keindahan Ramadhan

Throwback waktu berbuka semalam.

Suami: hah, u dah mengaji berapa juzuk hari ni?

Isteri: hahahaha... Ala... Baru 2 muka surat.

Suami: (sambil geleng kepala) dunia, dunia jugak. Akhirat kita kena kejar.

Isteri: baik. U dah mengaji berapa juzuk?

Suami: alhamdulillah, hari ni dapat 1 setengah juzuk.

Isteri: wahh alhamdulillah bagus. Ni u makan yang i masak untuk berbuka ni, i pun dapat la pahala u mengaji 1 setengah juzuk tu. =)

Indah kan islam? Indahkan bulan Ramadhan? Ada macam2 sangat cara untuk kita dapatkan pahala.

So, apa lagi.. Cepat2 fikir nak masak apa untuk bagi keluarga makan petang ni.

Tapi.. Saya nak pegi belajar akaun dulu petang ni. Maklum la, rasa macam tunggang langgang je akaun company ni. Nanti balik baru fikir nak masak apa.

Okey. Selamat mengejar pahala. =)


Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Monday, June 6, 2016

5 peristiwa Ramadhan

Salam 1 Ramadhan semua..

Selalunya bulan Ramadhan ni orang banyak bercerita pasal kebaikan, kelebihan dan fadhilat Ramadhan.

Tapi hari ni kami nak ingatkan kita semua tentang 5 peristiwa penting yang pernah berlaku dibulan Ramadhan.

1. Peperangan Badar Kubro (17 Ramadhan, 2 Hijrah)

2. Pembukaan Kota Mekah (10 Ramadhan, 8 Hijrah)

3. Sebahagian daripada peristiwa Perang Tabuk (tahun 9 Hijrah)

4. Tersebar luas Islam ke Yaman (tahun 10 hijrah)

5. Khalid al-Walid menghancurkan berhala al-Uzza (tahun 8 hijrah)

Jika kita perhalusi, terdapat persamaan antara kesemua peristiwa ini. Iaitu, Allah memberikan ujian dan akhirnya memberikan kemenangan hasil dari kesabaran itu.

So, jom kita sama2 lalui setiap ujian yang berlaku kat kita sepanjang Ramadhan ni dengan sabar. Mesti sebenarnya Allah dan sediakan sesuatu yang indah untuk kita didepan sana.

Jom SABAR..

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Sunday, June 5, 2016

Checklist Ramadhan

1 hari lagi!!!!!!

Fuhhh... Bahang Ramadhan kian terasa. Tak sabarnya nak masuk ke bulan yang penuh keberkatan dan keampunan ni.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak Big Heart Physio berbesar hati ingin memberikan checklist Ramadhan PERCUMA kepada anda.


So.. Siapa2 yang nak boleh la tinggal kan email di bahagian komen, tak pun PM je kami.

Semoga dengan adanya checklist ni kita dapat sama2 istiqamah dalam melakukan amal ibadah.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan semoga semua amalan kita dibulan itu nanti diterima. Amin... Ikhlas dari Big Heart Physio. =)

p/s: softcopy akan diberi dalam bentuk PDF

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio
#fisioterapirumahkerumah

Saturday, June 4, 2016

3 KESILAPAN ketika menjaga pesakit STROK

Seperti yang diketahui pesakit strok mempunyai sebelah anggota yang lemah dan sebelah anggota yang elok.

Jadi kesilapan yang sering dilakukan oleh penjaga pesakit adalah

1. Menarik anggota yang lemah.
= Selalunya tangan. Perkara ini boleh menyebabkan dislokasi bahu.

2. Meletakkan pesakit di lantai
= Selalu terjadi di rumah yang tidak mempunyai katil. Pergerakan pesakit akan terbatas apabila berada di lantai lalu menyebabkan kadar pemulihan pesakit menjadi lebih perlahan

3. Membiarkan pesakit di sesuatu posisi yang sama dalam jangka masa yang lama
= Sepatutnya pesakit yang terbaring perlu dialihkan posisinya setiap 2 jam untuk mengelakkan berlakunya kudis tekanan. Contohnya pesakit yang terlentang, selepas 2 jam, pesakit perlu dialihkan mengiring.

Anda boleh menonton video penuh tentang isu ini di sini. Selamat menonton.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio
#fisioterapirumahkerumah

Friday, June 3, 2016

TELAH DIPUKAU!!!

[PERNAH TAK ANDA RASA MACAM KENA PUKAU??]

Awas!!! Post kali ni sangat panjang. Jangan baca kalau anda tidak mempunyai masa.

Saya pernah rasa macam tu pada awal bulan 5 hari tu. Selepas je Dr.Azizan Osman offer untuk MMM Mei 2016 saya terus je rasa nak pergi. Masalahnya, terus nak pergi untuk seat super supreme. Sebab pada saya kalau nak belajar, biar belajar betul2 and ada hasil. So, terus minta izin dari suami utk pegi. Lama juga kami bincang, ye la.. Seat super supreme ni bukan murah n kami akan kena guna duit simpanan kami yang dah lama kami simpan tu untuk pergi sini. Tapi.. Demi hendak melihat perubahan dalam hidup dan membahagiakan insan2 disekeliling saya beranikan diri memgambil keputusan ni. Suami memberikan syarat, dalam tempoh 3 bulan, saya mesti dapatkan balik duit yang saya dah keluarkan untuk ke MMM ni.

Bila dah nak daftar baru saya tahu MMM ni akan diadakan di De Palma ampang. Saya ingatkan kat IDCC jugak. Saya call suami tanya macam mana. Alhamdulillah, suami kata tak pe, teruskan.

Tapi...bila dah  bayar baru saya sedar tarikh MMM ni clash dengan tarikh birthday anak saya yang kami dah rancang dan tempah hotel di Port Dickson. Buntu sangat time ni sebab staf richworks kata kalau nak tangguhkan tak pasti lagi bila diorang akan buat MMM ni. Saya takut kalau tangguh kan lama-lama momentum tu hilang. Lagipun fast action, fast result. Saya menangis waktu solat dhuha pagi tu, saya sungguh2 doa dan saya serahkan segalanya pada Allah. Saya call suami sekali lagi, suami saya pun buntu. Tapi akhirnya, beliau hantar massage dan izinkan saya pergi. Saya betul2 bersyukur.

Alhamdulillah, hari yang ditunggu2 telah tiba. Saya sangat excited. Segala kelengkapan anak2 dan suami saya dah sediakan. Stok susu anak saya yang 7bulan pun dah bersusun dalam peti ais. Maklumla, MMM ni program dia sampai tengah malam. So, banyak la stok susu yang saya kena sediakan walaupun sebelum ni saya hanya duduk rumah je dengan anak2. Jadi kena la invest sikit beli pam susu, storage bottle, cooler bag, ice pack. Tapi saya betul2 bersyukur dikurniakan suami yang sangat2 supportive dan sudi nak jaga anak2 waktu saya kursus.

Hari pertama MMM, banyak sangat yang saya belajar. Dan submission suami saya berjaya, suami saya doakan saya dapat kongsikan masalah perniagaan kami ketika slot my story. Alhamdulillah, Allah perkenankan hajat suami saya. Lepas sesi tu, ramai orang approach saya untuk tanya pasal perkhidmatan saya. Alhamdulillah.

Tapi.. Allah nak uji saya, waktu saya kat parking kereta untuk balik. Kereta saya di block dengan 3 motor besar di belakang dan 2 motor ditepi. Saya takut sangat waktu tu sebab saya sorang diri dan kat kawasan tu memang macam tak de orang. Tiba2 saya jumpa sorang pak guard, saya minta tolong padanya untuk panggilkan pemilik motor tersebut. Tapi pak guard tu buat tak tahu je. Macam nak menangis saya waktu tu. Kemudian saya teringat krew2 richworks, so saya patah balik ke De palma dan minta tolong dari mereka. Alhamdulillah mereka sudi datang membantu. Mereka bantu saya mengalihkan motor tersebut dan saya dapat keluarkan kereta.

Ingatkan, semuanya sudah selesai. Tapi Allah masih nak uji saya. Bila saya nak bayar parking, mesin parking tu tak nak terima duit saya. Sekali lagi saya terpaksa mencari orang untuk menukar duit dengan saya. Alhamdulillah, walaupun Allah memberi saya ujian, Dia turut mengirimkan saya insan yang dapat membantu. Saya berjumpa dengan insan yang sudi menukar duit dengan saya dan akhirnya saya dapat membayar parking dan keluar dari situ.

Alhamdulillah pukul 12 lebih saya sampai bangi, siapkan kerja semua dan tidur. Esoknya pukul 7.10 pagi saya keluar rumah untuk MMM hari ke 2. Memang berasap kepala saya hari ke 2 ni. Macam2 strategi saya belajar dan macam2 idea jugak timbul waktu tu. Rasa macam nak balik sekarang jugak jalankan semua strategi tu. Hehehe.. Penat sangat rasa. Tapi hidup perlu diteruskan, malam tu saya drive balik telok panglima garang sebab suami dan anak2 saya tidur rumah mertua saya malam tu. Time saya sampai semua dah tidur, tapi suami saya bangun dan dengar saya berkongsi strategi2 yang saya nak gunakan untuk letupkan perniagaan kami lepas ni. Terima kasih suamiku..

Pagi esoknya pukul 6.30 saya dah gerak keluar memandangkan telok panglima garang ke ampang ambil masa dalam sejam ke sejam lebih. Seperti biasa, waktu MMM ni input TERLALU banyak dari segi online nya, offline nya. Boleh terbakar otak. Hehehe.. Tapi cabaran hari ke 3 saya agak berbeza, saya terpaksa drive dari Ampang ke Port Dickson yang diketahui mengambil masa lebih kurang 2 jam. Memang penat, memang letih dan mengatuk sangat tapi saya gagahkan diri untuk suami dan anak2. Sebab saya dah janji nak potong kek sempena birthday anak saya malam tu. Alhamdulillah tercapai jugak hajat anak saya.
Hari ke 4 merupakan hari terakhir, hari ni special untuk seat super supreme je. Kami boleh bertanya apa2 soalan tentang marketing dan dr.azizan akan jawab secara on the spot. Pagi ni saya bangun seawal pukul 4 lebih dan bersiap untuk sekali lagi ke Ampang. Masuk je subuh, saya terus solat then gerak dari Port Dickson. Mengantuk sangat waktu drive dan kereta pun agak banyak, maklum la hari isnin. Tapi Alhamdulillah saya telah sampai dengan selamat dan berpeluang bertanya 5-6 soalan kepada dr.azizan. Saya dah lebih berasa yakin dengan apa yang saya lakukan sekarang. Ni lah masa nya, ilmu da ada, so jom bertindak!!!!

Apa yang saya belajar selama 4 hari ni, kita perlu yakin dengan Allah. Walaupun Dia bagi kita ujian, tapi Dia juga yang akan bagi kita jalan penyelesaian. Yang penting kita mesti sentiasa bersangka baik.

Okey la, saya nak ucapkan terima kasih banyak2 pada semua yang sudi membaca cerita saya dan terima kasih juga kerana telah banyak menyokong Big Heart Physio selama ini. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama anda. Amin...


Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio
#fisioterapirumahkerumah

Thursday, June 2, 2016

5 KELEBIHAN BERENANG

Hai semua.. Ada tak yang tengah cari nak buat apa cuti sekolah ni? Hah.. Saya cadangkan anda bawa anak2 anda dan anda sekali untuk berenang.


Tahukah anda, terdapat banyak kelebihan yang boleh diperolehi dari berenang ni. Antaranya ialah:

1. Membakar kalori
= seperti yang diketahui umum, berenang dapat membakar banyak kalori. Dan jumlah ini bergantung kepada berat badan dan cara anda berenang. Secara asasnya, lebih berat badan anda, lebih banyak kalori yang dibakar. Dan lebih kompleks cara anda berenang (contohnya kuak kupu2), lebih banyak kalori yang dapat dibakar.

2. Meningkatkan koordinasi tangan dan kaki
= kalau anda perasan, bila kita berenang, mesti kita akan gerakkan tangan dan kaki secara selang seli. Hah, tu latihan koordinasi la tu. Cuba anda gerakkan tangan kanan serentak dengan kaki kanan, tengok boleh tak?

3. Menguatkan jantung
= kesemua anggota badan kita akan bergerak ketika berenang. So, jantung akan terpaksa mengepam darah keseluruh badan dengan kadar yang lebih cepat untuk memastikan darah dan oksigen sampai ke seluruh badan, sekaligus latihan ni meningkatan kekuatan jantung.

4. Menjadikan pernafasan bertambah baik
= hah perasan kan, kita kena bernafas dengan baik ketika berenang. Kalau tak kita boleh lemas. Pernah dengar pernafasan 2,4,8? 2 saat tarik nafas, 4 saat tahan dan 8 saat hembus. Ni teknik bernafas yang bagus taw, sebab teknik ni buat kita tenang. Sebenarnya tanpa kita sedari kita memang gunakan teknik ni waktu berenang. Kita akan tarik nafas dengan cepat, tapi kita akan slowly hembus nafas.

5. Meningkatan kekuatan otot
= waktu kita berenang ni sebenarnya otot2 badan kita tengah berlawan dengan rintangan air. Cuba anda berlari dalam air, susah kan? Hah, sebab rintangan air tu kuat sebenarnya dan otot badan kita terpaksa berusaha keras berlawan dengan rintangan tu. Tu yang kalau kita berenang cukup2, esoknya badan kita akan lenguh2 dan sakit2.

Hah...banyak kan kelebihan dia. Ada lagi sebenarnya, tapi nanti kang tak larat pulak anda nak baca sebab dah rasa macan nak terjun kolam sekarang jugak. ;p

Hehehe.. So lepas ni boleh la ajak anak2 berenang ye. Selain daripada boleh meningkatkan kesihatan badan, berenang juga merupakan sukan yang digalakkan oleh Rasulullah selain memanah dan berkuda.

Jom berenang.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio
#fisioterapirumahkerumah

Wednesday, June 1, 2016

3 tips untuk meransang sensory anak kecil

Sensory sangat membantu dalam perkembangan si kecil. So jom kita belajar, apa perkara yang boleh membantu meransang sensory ni.



Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio
#fisioterapirumahkerumah