Jika anda pernah patah kaki, anda patut baca artikel ini
sehingga habis.
*****
*****
*****
Pernah tak anda ukur panjang kaki anda selepas sembuh dari
patah kaki?
Cuba ukur sekarang, sama tak dua2 belah?
Hah.. Mesti tak sama kan? Risau tak???
Tapi tak kan setakat
0.01 cm tak sama dah kira pendek sebelah kan?
Hehehe.. tak de lah. Sebebnarnya, kalau beza antara dua kaki
ni kurang dari 2cm, tu tak jadi masalah.
Yang jadi masalahnya, kalau perbezaan tu lebih dari 2cm dan
anda tak buat apa2 untuk betulkan nya.
Sebenarnya, ada banyak cara untuk betulkan nya sama ada
melalui pembedahan tak pun dengan memakai kasut yang disarankan. Semua ni doktor
yang akan tentukan. So, boleh la berjumpa dengan doktor untuk rundingan.
sumber: google |
Tapi.. Tahukah anda apa yang akan berlaku sekiranya anda
buat tak kesah je dengan masalaah ni?
Hah.. kesannya, bukan sahaja pada masa sekarang, tapi sampai
waktu tua nanti.
Antara kesan2nya adalah:
- Sakit belakang: disebabkan tulang pinggul tinggi sebelah
- Skoliosis: iaitu tulang belakang menjadi senget.
- Sebelah kaki yang panjang akan bergerak kedalam sewaktu anda berdiri dan berjalan
- Akhir sekali akan meningkatkan risiko untuk radang lutut (osteoarthritis) apabila umur meningkat.
Jadi, lakukan perubahan. Ingat lah, bahawa badan kita saling
berkait antara satu sama lain. Contohnya, kalau selalu tengok laptop dalam
postur badan yang tidak betul, anda mungkin akan mengalami simptom kebas tangan
kemudian hari.
Okey, itu saja untuk hari ini. Selamat menjalani ibadah di
bulan Ramadahn.
p/s: sekejap je masa berlalu, dah nak masuk fasa kedua
Ramadahan da. Tak cukup markah lagi
rasanya ni… =(
Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)
Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)
#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang
#putrajaya
No comments:
Post a Comment