Wednesday, December 28, 2016

Yay!! dah boleh solat dengan baik..


Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.
.
Alhamdulillah, hari ni berjaya 'apply' teknik yang baru belajar dari kursus hari tu kat klien. 
.





Salah satu immediate efect yang boleh nampak ialah:

Sebelum ni klien ni tak boleh untuk duduk antara dua sujud, dia akan rasa sakit sangat yang memang tak boleh nak tolerate.
Tapi, lepas try buat senaman guna Flossband, sakit tu dah kurang 80%.
Alhamdulillah.
.
Semua pun kuasa Allah. Yang penting kita manusia ni terus berusaha.
.
Ada lagi yang mencari fisioterapi ke rumah?
0122998620
FB page: Big Heart Physio

nota kaki: yang biru tu Flossband, yang oren tu Sanctband.

Friday, December 23, 2016

TIPS MEMANJANGKAN MASA

Ada tak siapa2 kat sini yang rasa 24 jam tu tak cukup?
.
Nak tak kalau saya kongsikan macam cara nak panjangkan masa tu?
.
Mudah je..
.
Caranya adalah dengan membaca Al-quran.
Bila kita membaca Al-quran, masa kita menjadi berkat.
Bila berkat, kita akan rasa masa tu panjang dan macam2 kita boleh buat.
.
Ape? Tak percaya?
.
Kalau tak percaya, try la buat dan rasa sendiri.
.
Tapi... Kalau nak tambah lagi, tambah dengan mengajar orang membaca Al-quran. Tu lagi akan berkat masa kita.
.
Fisioterapi ke rumah
0122998620
FB page: Big Heart Physio

Wednesday, December 21, 2016

Pilihan di tangan anda!!!

Puan M: H, esok boleh tak datang pukul 10 pagi. Saya takut husband saya penat sebab malam ni kami nak hantar anak di airport.
H: boleh puan. Tak de masalah.
.
Sebenarnya ni adalah regular klien kami.
Biasanya tiap2 sabtu dan ahad saya akan datang ke rumahnya pada pukul 8 pagi untuk merawat suaminya.
Tapi esok puan ni request lambat sikit.
Tu la untungnya buat rawatan dengan kami. Klien bebas untuk memilih masa rawatan.
.
Seronokkan dapat buat pilihan??
.
Jom memilih
0122998620
FB page: Big Heart Physio

Monday, December 19, 2016

[Testimoni] Fisioterapi ke Rumah

A happy client, a happy me.



.
Terima kasih kerana mempercayai Big Heart Physio.
.
Insyaallah setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati. 
.
Fisioterapi ke rumah
0122998620
FB page: Big Heart Physio

Saturday, December 17, 2016

HERO BARU

Alkisahnya semalam lutut saya sakit sebab siang tu terlanggar pintu. Berdenyut2 sakitnya, kuat betul saya langgar pintu tu sebab nak cepat.
.
So bila suami balik, apa lagi, mengadulah si isteri kat suaminya.
.
Nak tahu suami saya buat apa?
.
.
Suami saya keluarkan Flossband dan lilitkan kat lutut saya yang sakit tu.
.
Lepas gerak2kan lutut tu selama 2 minit, suami saya pun bukak balik lilitan Flossband tu.
.
Bila da bukak tu memang rasa macam magic sangat. Lutut yang tadinya sentuh pun sakit, sekarang ni tekan kuat2 pun steady je.


.
Berkesan betul teknik guna hero baru ni. =)
.
Jom try si Hero ni
0122998620

Tuesday, December 13, 2016

Pernah dengar tak??

BIAR BETIK…!!!
.
Apa benda betik pulak? Kan ke buah tu...
.
Biasalah nak glamour sikit, sebenarnya nak cakap BIAR BETUL…
.
Hah, ni nak tanya sikit ni. Anda pernah dengar tak istilah2 kat bawah ni?
.
#1. Baker's cyst
.
#2. Popliteus tendinopathy
.
#3. Gastrocnemius tandinopathy
.
#4. Deep venous thrombosis
.
#5. Claudication
.
#6. Biceps femoris tendinopathy
.
#7. Refered pain
.
#8. PCL sprain
.
#9. Semimembranosus
.
#10. Plantaris
.
Adoi…ape tu? berbelit2 rasanya lidah ni nak menyebut. Dah la tak pernah dengar.
.
Hah, kalau anda nak tahu, nil ah antara punca orang sakit lutut kat bahagian pelipat (belakang lutut).
.
Tapi sebenarnya ada banyak lagi punca sakit belakang lutut tu.
Ha, tu baru kat belakang lutut, belum depan lagi, sebelah dalam, sebelah luar lutut, bahagian dalam dan…
Opps.. rasanya tak yah la terang kat sini kan, kang anda semua lari pulak.
.
So, ni lah kesinambungan dari cerita yang sebelum ni pasal upah mahal giler, sampai RM20,000 tu.
Siapa belum baca, boleh baca kat sini
https://m.facebook.com/story.php…
.
Nampak simple tapi sebenarnya complicated. So, kalau korang SAYANGKAN LUTUT korang jangan kedekut sangat nak jumpa fisio dapatkan rawatan, nak urut sendiri lagi jimat KONON, nanti dah teruk jangan salahkan fisio ek.
.
Fuh…panjangnya entry kali ni, rasa gian nak menaip sebenarnya. Sabar jela ye, mentang2la lama tak update panjang2. Jangan marah ye, nanti kena jual;p
.
Fisioterapi ke rumah
012-2998620

Sunday, December 11, 2016

JAMBATAN ROBOH

Waktu saya tengah mengajar klien saya senaman semalam,
.
Fisio: makcik, cuba makcik tarik kaki untuk tegakkan lutut.
Klien: tak pe ke ni? nanti kang roboh pulak jambatan makcik
Fisio: jambatan???
Pastu baru saya teringat, isnin hari tu saya ada cakap. Fasa penyembuhan selepas patah tulang ni umpama bina jambatan.
Mula2 rangka jambatan kena dibina, lepas tu baru susun2 batu untuk kukuhkan jambatan, lepas tu baru la letak tar untuk cantikkan jambatan.


Tu yang klien saya ni nak jaga betul2. Dia kata tak larat dah nak bina lagi jambatan kalau roboh. hehehe. Comel je makcik ni.
Fisioterapi ke rumah
012-2998620
FB page: Big Heart Physio

Friday, December 9, 2016

HADIAH KASIH SAYANG SEORANG ISTERI

Ada sorang klien kami ni (Puan R), suaminya (Encik H) telah terkena stroke sejak 3 bulan yang lepas.

Rakan kongsi Encik H yang telah memperkenalkan kami kepada beliau.

Selepas 4 kali rawatan, Puan R rasa lebih yakin untuk teruskan sesi fisioterapi di rumah bersama dengan Big Heart Physio.

Katanya kalau nak buat sendiri memang Puan R tak larat sebab tangan & badan nya pun dah mula sakit2 selepas kerap kali mengangkat dan memindahkan Encik H.

So, Puan R telah mengambil inisiatif untuk `booking’ slot fisioterapi kami sebanyak 60 SESI.
Setiap minggu 3 sesi, maksudnya lebih kurang 20 minggu (5 bulan).

Terima kasih atas kepercayaan ini Puan R. InsyaAllah kami akan buat yang terbaik.

Sekarang Encik H hanya mampu terbaring dan mengharapkan bantuan orang sekeliling.
InsyaAllah 5 bulan dari sekarang Encik H akan mampu berjalan dan membuat aktiviti hariannya secara sendiri. Amin…

Fisioterapi ke rumah
0122998620


Tuesday, December 6, 2016

CUKUP KE 2 MINGGU JE BUAT FISIO??

Ada seorang klien kami tanya, mak beliau baru keluar hospital setelah mendapat rawatan patah peha. Sempat tak kalau nak buat fisio dalam tempoh 2 minggu sebab mak beliau akan dijaga oleh abang nya pula selepas tu.
.
Agaknya sempat ke tak ek???
.
Okey, ni jawapannya:

Sebenarnya healing process untuk kaki ambil masa selama 6 bulan. 

Untuk setiap fasa penyembuhan tu ada senaman tertentu dan aktiviti tertentu yang spesifik.

Sebagai contoh semasa fasa akut (baru patah), fisio akan ajar senaman untuk kuatkan otot tanpa ada pergerakan sebab nak maintain kekuatan otot dan pada masa yang sama tak nak tulang tersebut tercedera lebih teruk.

Pada masa tersebut jugak, kaki yang patah tu tak boleh dipijak sebab nanti akan mengganggu proses penyembuhan, so fisio akan ajar cara berjalan tanpa kaki yang patah menjejak lantai.
.
Kemudian fasa tulang baru mula bercantum, masa ni fisio akan progress senaman lain dan fisio juga akan mengajar cara berjalan dengan menjejakkan kaki yang patah sedikit pada lantai.
.
Pada fasa tulang semakin padat bercantum, fisio akan mengajar senaman untuk kembali berjalan seperti biasa.
.
Soooo... hanya dengan tempoh 2 minggu untuk  buat fisio. Memang lah SANGAT TAK CUKUP!!
.
Sebab setiap kali rawatan, fisio akan check semula sama ada pesakit boleh progress dengan senaman yang lebih sukar atau memperbetulkan teknik pesakit melakukan senaman jika terdapat kesilapan ketika melakukannya.
.
Kami ada klien yang berusia 40an patah kedua2 belah kaki dah 8 bulan bersama kami.

Alhamdulillah, beliau dah kembali berjalan dan bekerja, cuma sekarang tinggal nak fokus bagi boleh lipat lutut sebab matlamat beliau adalah untuk solat seperti biasa.
.
.
Jom solat dengan sempurna kembali
0122998620
FB page: Big Heart Physio

#bigheartphysio #homephysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya

Monday, December 5, 2016

Keluarga Pesakit Stroke.... Tahu ke tak??

[TAHU KE TAK???]
.
Fuhhh... fuh... berhabuk da blog ni, dah berapa hari tak update.
.
Sori la ye, busy sikit weekend ni.
.
Alhamdulillah ada 2 klien baru weekend lepas.
.
Tapi dua2 klien ni kes nya lebih kurang je.
Dua2 dah bed ridden sejak 3 bulan yang lepas
Dua2 discaj hospital tanpa mengetahui detail2 yang penting ketika dirumah (the do & the don't)
.
Akibatnya,
Dua2 klien mendapat shoulder subluxation (sendi bahu sedikit terkeluar)
Jari2 menjadi keras dan sakit ketika digerakkan
Dan banyak lagi.. kalau senaraikan semua kat sini boleh pening semua yang baca.
.
So, apa yang kami nak pesan kat sini.
.
.
Kalau ada sesiapa ahli keluarga kita atau kita sendiri bila nak discaj hospital tu, pastikan kita betul2 tahu dan hadam segala the do & the don't ketika kita berada dirumah nanti.
.
Sebab kadang2 kesilapan yang kecil, boleh memberi mudarat yang besar untuk masa akan datang.
.
So, take note okey! Especially untuk kes Stroke.
.
Fisioterapi ke rumah
+60122998620
FB Page: Big Heart Physio