Wednesday, August 30, 2017

[Testimoni] Dont give up!!!

Hai.. tengah buat apa tu???

Saya baru balik dari rumah klien ni.
.
.
Ni sesi ke 6 saya dengan klien ni.

Kalau dulu, nak berdiri daripada kerusi mesti kaki akan terangkat, tapi sekarang alhamdulillah da boleh berdiri dengan senangnya.

Bila berdiri pun da nampak lebih stable.

InsyaAllah banyak lagi progress yang menunggu selepas ni.

Semoga klien ni konsisten dalam melakukan senaman setiap hari sebab banyak lagi otot yang perlu diregangkan dan diperkuatkan untuk beliau kembali normal. Amin...



Fisioterapi ke rumah
>>> Hubungi 0132935318
>>> Hubungi 0132935318
>>> Hubungi 0132935318

Tuesday, August 29, 2017

Patah Tangan

Korang pernah rasa tak sakit bila patah tangan ke patah kaki ke?
.
Tapi bukan patah hati ek ;p
.
Dolu – dolu masa saya kerja jumpa ramai klien yang accident and patah tangan or patah kaki, saya selalu ajar diorang kena buat exercise selalu, kena lawan rasa sakit, jangan manjekan sangat sakit tu.
.
Tapi, bila dah accident ni and patah tangan barulah saya faham perasaan orang yang patah riuk selama ni.
.
Terseksa woo…tapi mesti ada hikmahnya, so redho jela
.
Tapi walaupun terseksa, ada part yang best, nak tau ke tak?
.
Ha, part yang best tu adalah…..dapat MC panjang……………seronok giler, maklumlah, kita ni kerja, kerja, kerja…..ntah bila nak rehat, sekali dapat MC panjang, apa lagi, bukan seronok je, tapi beronok-ronok;p
.
p/s: Moral of the story, berhati – hati di jalan raya dan setiap yang berlaku ada hikmahnya, sama ada kita dapat menyingkap hikmahnya atau tidak. Mungkin kita Nampak satu je hikmahnya tapi sebenarnya banyak lagi, so, bersangka baiklah dengan Allah.
.
.
Tapi kalau nak buat fisioterapi kat rumah, jangan risau, kami ada fisio lain untuk ke rumah anda.
Anda hubungi je no ni 0132935318. Save ye!!!

Monday, August 28, 2017

GLOBAL DEVELOPMENTAL DELAY

Ingat lagi tak cerita pasal adik S semalam? Adik S umur 1 tahun 9 bulan tapi perkembangannya macam umur 11 bulan.
.
Hah, anda nak tahu tak macam mana doktor tengok?
Ada banyak cara doktor akan gunakan untuk diagnose Global Developmental Delay (GDD) ni.
Salah satunya adalah menggunakan milestone chart macam dalam gambar kat bawah ni.
.

So parents semua mesti kena aware dengan tahap perkembangan anak2. Kalau ada nampak macam anak tu lambat sikit, better bawak anak tu jumpa orang yang pakar.
Sebab lagi cepat kita dapat kesan, lagi cepat boleh buat rawatan.
Tapi kalau setakat lambat satu or dua bulan tu considered okey lagi sebab setiap anak kan berbeza. Milestone chart tu hanya sebagai guideline.
.
Apa2 pun bila dah tahu dan dah diberi rawatan, parents kena la konsisten buat senaman tu hari2 macam ibu adik S, baru la boleh nampak hasil yang positif macam adik S.
.
Tapi kalau tak de masa, jangan risau
>> hubungi kami 0132935318
>> hubungi kami 0132935318
>> hubungi kami 0132935318
Atau boleh terus klik link ni http://BigHeartPhysio.wasap.my

Friday, August 25, 2017

[Testimoni] Air Tangan Bonda

Okey, hari ni bukan nak cerita pasal resepi memasak taw. Tu biar Rozita Che Wan je yang cerita. Hari ni saya nak cerita sikit tentang klien kami yang paling muda n comel. 
.
Nama dia adik S (bukan nama sebenar), umur adik ni 1 tahun 9 bulan. Tapi perkembangannya macam baby umur 11 bulan. Macam mana tu??
Hah, selalunya kanak2 umur 1 tahun 9 bulan ni dah boleh duduk dengan betul, berdiri, berjalan sendiri, berlari sikit2. Betul kan?
Tapi.. Adik S ni masih duduk dengan support tangannya, belum boleh berdiri sendiri. Dan kebanyakan masanya dihabiskan dengan berbaring ataupun merangkak.
.
Sebenarnya adik S memang ada follow up dengan fisio di hospital, tapi oleh kerana bapanya bekerja jauh, ibunya pula mengahadapi kekangan masa untuk ke hospital kerana bekerja. Maka, mereka memilih untuk membuat fisioterapi di rumah atas kesedaran betapa pentingnya fisio untuk perkembangan adik S.
.
Alhamdulillah, walaupun baru sekali sesi bersama kami, tapi disebabkan semangat dan usaha dari ibu adik S yang konsisten. Adik S telah mula menunjukkan perubahan2 positif.




Apa2 pun semua ni kuasa Allah, tapi mungkin juga kasih sayang dan keikhlasan dari seorang ibu yang berusaha untuk melihat anaknya membesar seperti kanak2 lain juga membantu. Doa ibu kan mustajab. ðŸ˜Š
.
Ada busy parents yang nak buat fisio kat rumah jugak??
>> whatapps 0132935318
>> whatapps 0132935318
>> whatapps 0132935318
Atau boleh terus klik link ni untuk hubungi kamihttp://BigHeartPhysio.wasap.my

Thursday, August 24, 2017

Senaman Bahu

Pernah tak buat senaman kat bawah ni?


.
Rasanya time PJ kat sekolah dulu mesti pernah buat kan?
.
Sekarang ada tak buat lagi??
.
Hah..nak tahu tak siapa yang patut buat senaman ni?
.
.
Senaman ni sebenarnya wajib dibuat oleh orang yang banyak sangat mengadap laptop atau komputer dalam jangka masa yang lama.

Sebabnya bila kita buat kerja dengan laptop terlalu lama, otot bahagian depan bahu kita akan berada dalam keadaan 'contract' dan memendek.

Kalau hari2 otot bahu kita macam tu. Lama2 bahu kita akan jadi kedepan (rounded shoulder).

Dan lepas tu macam2 masalah yang kita akan dapat contohnya macam kebas tangan, tangan rasa berat, sakit tengkuk, dan macam2 lagi.
.
.
So, selain daripada kita kena pastikan posture kita betul waktu gunakan laptop.
Kita pun kena buat sikit senaman ringan untuk tengkuk, leher dan bahu.
.
.
So yang kat gambar ni la antara senaman nya.
.
Caranya: gerakkan bahu secara membulat kebelakang sejauh yang mungkin selama 1 minit.
*pastikan kebelakang ye, tak perlu buat kedepan sebab kita nak regangkan otot dibahagian depan
.
Senangkan?? Buat taw..
.
.
Nak cari fisioterapi ke rumah.

Wednesday, August 23, 2017

[Beratnya tangan ni!!!]

4 tahun yang lepas, Puan L telah mengalami kemalangan motor yang telah menyebabkan lengan beliau patah.

Seperti biasa, doktor akan 'simen' tangan yang patah tu untuk membantu proses pemulihan.

Dan selepas tulang lengan beliau sudah bersambung, doktor pun buka semula 'simen' tersebut.

Tapi... Apa yang berlaku selepas tu. Tangan puan L menjadi berat untuk diangkat dan beliau menjadi tak selesa.

Ingatkan sekejap je. Tapi setelah 4 tahun, perasaan tak selesa dan berat tu masih sama.

Satu hari, suami puan L ternampak banner Big Heart Physio di kawasan perumahannya dan menelefon kami untuk membuat temujanji.

Walaupun selepas sesi pertama, tangan puan L masih sama tapi Alhamdulillah selepas sesi kedua tangan puan L menjadi lebih ringan dan lebih selesa.

Puan L sangat gembira. Maklum la, punya la lama bertahan dengan sakit tu tiba-tiba lepas sesi tu rasa lega sangat.

Alhamdulillah.

*********************************

Nota fisio: Puan L mengalami masalah saraf terhimpit. Selepas sedikit stretching dan mobilization, tangan puan L menjadi lebih selesa.

Siapa lagi ada masalah macam puan L?


Thursday, August 17, 2017

Fisioterapi yang rajin


Zaman sekarang ni senang, boleh remind klien punya senaman pakai gambar kat whatapps je.
.
Tak payah explain panjang2. Kadang2 explain panjang2 pun kita visualize macam lain, klien pulak visualize cara lain. Last sekali klien tersalah buat senaman. ðŸ˜‚
.

Semoga semua klien2 pun rajin membuat senaman, serajin fisio yang berusaha melukis untuk make sure klien buat dengan betul. 
.
Bila buat senaman dengan rajin n betul, insyaAllah Allah akan anugerahkan kesembuhan tu.
.
.
Fisioterapi yang rajin
0132935318

Wednesday, August 16, 2017

[Testimoni] Takut Angkat Barang

"Saya drive dari bangi ke KL pun da lenguh tangan drive, kalau tiba2 kena bayar tol tu lagi sakit rasa tangan bila nak pusing."

"Saya rasa takut sangat nak angkat barang berat guna tangan kanan saya"

"Kalau nak pusing pakai seat belt tu, aduh... Sakit nye tangan ni".
.
Kalau kita perasan, aduan ni semua berkisar pasal tangannya.
Jadi, klien ni rasa, beliau sakit tangan.
.Tapi, kami tahu puncanya mesti bukan dari tangan, tapi dari leher.
.
Bila check punya check, tanya punya tanya. Rupa2nya punca asalnya adalah daripada kaki.
.
Badan kita ni ada macam rantai, kalau satu bahagian da sakit n kita xrawat punca tu, kemungkinan untuk bahagian lain pulak yang sakit adalah tinggi.
.
So, klien kami ni sekarang sebenarnya ada masalah pada kaki kanannya, otot belakangnya dan juga bahu kanannya.
.
Dan Alhamdulillah, walaupun baru sekali buat rawatan, kesannya terus dapat dirasai.
.
Antara ayat yang saya tak boleh lupa.


"Eyh, rasa da tak sakit la tangan saya ni kalau turunkan"
.
"Nak try angkat jug air ni la, eyh...dah boleh la. Kalau x saya takut sgt nak angkat jug air sebab takut terlepas"
.
Alhamdulillah, semua pun kuasa Allah. Kami cuma la perantaranya sahaja.
.
Nota kaki: first time klien tak nak kami pergi rumahnya. Dia yang nak datang ke rumah kami. Terus bersilat kami ready tempat utk klien buat rawatan. Lepas klien balik, damia pulak yang nak buat senamanmya...

                                        


Fisioterapi di rumah kami...
Oppss... Fisioterapi ke rumah anda.
0132935318
.
#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi #kajang#putrajaya