Tuesday, May 31, 2016

CAIRKAN BAHU

Peliknya, ada ke cairkan bahu? Sejak bila bahu boleh cair?

Sorrylah, bukannya betul2 nak cairkan bahu pun, cuma nak sambung post yang lepas. Ingat tak frozen shoulder? Atau nama glamournya "bahu membeku". (Hah kalau belum baca boleh baca kat sini)

So perkongsian kali ni pasal senaman untuk mengurangkan masalah frozen shoulder atau kita namakan "cairkan bahu". =)

Sebenarnya banyak senaman kat encik google tu, tapi mana satu yang betul2 sesuai untuk selesaikan masalah frozen shoulder ni. Macam contoh, Kalau tayar kereta bocor sebab kena paku, takkan kena pam angin je setiap kali kan? mesti kita kena buang paku tu n then tampal tayar.

Jadi, janganlah buat poco2 ke zumba ke freeletik atau apa2 senaman yang pelik2 untuk frozen shoulder ni taw.

Ok, senaman ni ada  2 bahagian yang utama:

1. Senaman tingkatkan julat pergerakan sendi.

2. Senaman kuatkan otot bahu.

Ok, straight forward ye. Kat sini saya akan share gambar senaman untuk tingkatkan julat pergerakan sendi. So, enjoy your reading n ready to do exercise ladies and gentlemen

senaman

senaman

senaman

senaman

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio
#fisioterapirumahkerumah

Monday, May 30, 2016

SANGGUPKAH ANDA MELIHAT INSAN YANG ANDA SAYANGI JATUH TERGOLEK??

Kebanyakan orang berusaha mengangkat dan mengalihkan pasangan mereka yang terlantar dan tidak mampu bergerak, secara bersendirian iaitu seorang diri.

Nama saya adalah Nor'aini Mardhiah. Saya adalah pemilik syarikat Big Heart Physio. Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi dan berpengalaman membuat rawatan fisioterapi selama 4 tahun.

Kepakaran syarikat kami adalah membantu pesakit yang terlantar dan juga pasangannya untuk mendapatkan hidup yang lebih tenang dan bahagia bersama-sama.

Masalahnya adalah, dulu saya selalu lihat ramai pasangan suami isteri yang bermasam muka ketika berada di hospital membuat rawatan fisioterapi. Apabila diselidiki, rupa-rupanya pasangan ini telah bergaduh sewaktu hendak datang melakukan rawatan.

Punca pergaduhan pula adalah disebabkan si isteri tersalah cara mengangkat dan mengalihkan suami lalu menyebabkan si suami telah terjatuh lalu menghempap isteri. Pasangan ini memang selalu bergaduh disebabkan isu ini.

Sumber: google

Sehinggalah pasangan ini menjumpai syarikat kami dan memilih membuat rawatan fisioterapi dengan kami di rumah mereka sendiri. Tempat yang merupakan syurga bagi mereka.

Tiada lagi isu bermasam muka suami isteri, tiada lagi isu jatuh tergolek mahupun isu dihempap. Mereka menjadi seperti pasangan yang baru berkahwin. Mereka sangat bahagia melayari hari-hari mereka bersama-sama. Setiap detik diisi dengan senyuman.

Jika anda juga mahu merasai kebahagiaan seperti pasangan yang baru mendirikan rumah tangga seperti ini. Anda boleh hubungi kami di 013-2935318 untuk mendapatkan rawatan ini secara percuma. Tawaran ini hanya untuk 5 pasangan yang terawal sahaja.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Saturday, May 28, 2016

1, 2, 3…LUMBA…!!!

Anda rasa anda menang perlumbaan ni ke tak?

Ada orang ni cerita pasal perlumbaan. Tapi bukan lumba lari ke, lumba basikal ke ikan lumba2;p

Dia cerita pasal lumba dengan kehidupan. Lumba untuk buat kebaikan. Allah amat suka lumba ni sampai Allah suruh kita berlumba—lumba buat kebaikan.

And for sure hadiah@ganjaran dia lumayan giler…nak saya bagi tahu ke anda dah tahu dah jawapannya?;p

Takpe, bagi yang dah tahu tu buat2lah tak tahu ye. Sudah semestinyalah ganjaran pahala bila dah sampai "garisan penamat perlumbaan". So…SIAPA NAK ANGKAT TANGAN!!!

Alamak,sorrylah saya tak nampaklah siapa angkat tangan.

Oklah, tahu tak perlumbaan ni nampak macam susah tapi sebenarnya senang je. Bagi pelajar, dia kena belajar sungguh2 je.

Bagi cikgu ke lecturer ke ajar sungguh2. Kalau penjawat awam ke kakitangan swasta kena kerja sungguh2. Bagi pencuri ke perompak ke penipu ke JANGAN buat kerja anda sungguh2, anda cuma perlu STOP dan TAUBAT SUNGGUH2.

WOW…!!! senang ke senang nak menang perlumbaan ni? Mestilah senang. So apa tunggu lagi, buatlah sekarang, nak tunggu orang sebelah ke? Cuba tanya orang sebelah "Kau nak menang tak?".

Dah tanya dah ke? Ok, kalau dah pergilah buat baik sekarang.

Laa… apa baca lagi, buatlah baik sekarang;p (jangan marah ek, gurau je).

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio
#fisioterapirumahkerumah

Friday, May 27, 2016

LEBIH DARI TU!!! (IKHLAS)

Ape yang lebih tu ek??

Anda pernah dengar tak perumpamaan untuk ikhlas adalah seperti mencari semut hitam, di atas batu hitam, di dalam malam yang yang gelap?

Okey, apa agaknya yang anda faham tentang ni ye?

Pendapat setiap orang maybe lain2. Tapi apa yang saya faham, maksudnye ikhlas ni susah nak nampak dan susah jugak nak jumpa.

Betul ke ikhlas tu susah ye??

Kalau susah, macam mana kita nak dapat???

Tapi... Tahukah anda? Ikhlas juga adalah membuat sesuatu lebih daripada yang sepatutnya.

Hah.. Maksudnya, kalau mak kita cuma mintak kita tolong beli beras, kita tolong beli beras, ikan, kangkung, betik. Hah.. Buat lebih dari sepatutnya. Tu pun ikhlas jugak.

Kalau kita biasa buat solat 5 waktu je, kita tambah pulak dengan solat rawatib, solat dhuha, solat isyrak, solat tahajud.

Faham ke faham??

Senang kan? So, ape lagi, kalau kawan mintak belanja pisang goreng singgit petang ni, kita belanja dia 5 ringgit. =)

JOM IKHLAS!!!

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Thursday, May 26, 2016

HIDUP juga perlukan R&R

Kehidupan ibarat lebuhraya. Apabila kita telah menetapkan matlamat or destinasi yang hendak dituju, kita akan cuba memecut selaju mungkin untuk sampai ke destinasi itu.

Tapi.. Apabila lebuhraya penuh dengan pelbagai bentuk ragam manusia, kita akan terpaksa melanggarnya kerana hendak tiba cepat ke destinasi.

Sudahnya, apabila kita telah sampai ke destinasi or matlamat yang dikehendaki, dunia terasa begitu kosong sekali. Tiada mereka yang rapat untuk bersama meraikan kejayaan itu.

Daaannn.. Apabila kita menoleh ke belakang barulah kita sedar yang kita telah melanggar mereka sebelum ini. Melanggar yang saya maksudkan disini ialah mengabaikan kewujudan mereka sebelum ini.

Siapakah antara insan2 yang kerap kali dilanggar di lebuh raya ini?

1. Ibubapa : penghujung usia mereka menjadi begitu sunyi sekali

2. Pasangan : tiada lagi kasih sayang mahupun senda gurau

3. Anak-anak : tidak merasai belaian dan perhatian yang sepatutnya

4. Saudara : hidup mereka tidak dipedulikan

Maka, dalam menyelusuri lebuh raya kehidupan ini, marilah kita berhenti sebentar di hentian R&R dan bermuhasabah mencari keseimbangan dalam hidup.

Sorry.. Macam skema pulak post hari ni. Yela, hari ni emo sikit sebab baru lepas buat fisio kat salah satu pusat penjagaan warga emas. Selalu lepas balik je dari sini, mesti akan fikir.. 'macam manalah aku bila tua nanti?????'

No heart feeling, just a little thought.. =)

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Wednesday, May 25, 2016

FROZEN SHOULDER

BAHU MEMBEKU???

Hai semua,.sori la lambat pulak kami bersiaran hari ni. Banyak sangat masalah teknikal. Tak pe, kami still akan berkongsi something dengan anda semua.

Okey, jom kita mulakan...

Eyh jap.. nape pelik sangat tajuk hari ni ye. Dah macam bunyi BBQ tapi xkan nak BBQ bahu pulak. Selalu orang BBQ ayam ke daging ke.

Hehe.. tak la. gurau je. Sebenarnya hari ni kami nak share pasal salah satu penyakit yang selalu terjadi kat bahu, nama penyakit tu ialah 'frozen shoulder'.

Hah, kan da jadi 'bahu membeku' tu bila kita direct translate. =) Hihi.. tak lah. Frozen shoulder ni dalam bahasa melayu dia ialah kekakuan atau keketatan sendi bahu.

Macam ni, frozen shoulder ni ada 3 fasa. Fasa 1, selalunya siapa yang kena masalah ni, akan rasa sakit setiap kali nak gerak, pendek kata "asal gerak je sakit asal sakit je gerak";p

Lepas tu masuk fasa ke 2, dalam sebulan dua sakit dah kurang, tapi lain pula masalah yang timbul. Walaupun asa sakit da kurang tapi pergerakan pulak terbatas. Orang putih kata limited range of movement.

Nak pakai baju susah, nak garu belakang susah, nak seluk poket belakang seluar pun susah. Huh.. naya ni...

Last, fasa ke 3 ni paling tak sakit, tapi.... paling susah nak gerak bahu... macam dah takde bahu rasanya:(

Tapi jangan risau.. Jadi, kita  bertukar menyelamat bumi…boboiboy…!!!
Ops…sorry, iklan boboiboy pulak. Sebenarnya bagi sesiapa yang kena frozen shoulder ni jangan risau sebab kami boleh membantu insyaAllah.

Tapi… rasanya macam da panjang sangat pulak post ni. Nanti kang, ada pulak yang tertido time baca post ni. Okey la, tu je nak share,  nantikan pos kami yang akan datang ye. Nanti kami kongsikan macam mana nak selesaikan masalah ni.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Tuesday, May 24, 2016

Hikmah Memasukkan Air kedalam Hidung

Pernah tak kita terfikir kenapa ketika berwudhuk kita disunatkan memasukkan air ke dalam hidung?

Sebenarnya kan, kalau dikaji memang ada hikmahnya.

Tahukah anda, dengan memasukkan air ke dalam hidung, kita boleh mengurangkan masalah bersin pada waktu pagi.

Tapi.... Kena istiqamah ye. Jangan la harap sekali buat, terus jadi. Tu magik tu. =)

Hihi... So, siapa2 yang ada masalah macam saya ni boleh la try petua ni.

p/s: petua ni saya ambil dari buku himpunan petua harian, macam2 petua ada dalam buku ni. Comel pulak tu bukunya, kalau buat doorgift pun best jugak ni.



Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Monday, May 23, 2016

HANTU BUKU???

HANTU BUKU???

Sabtu lepas kami sekeluarga pergi ke Kompleks PKNS, Bangi. Cadangnya saje nak bawak anak2 jalan dan beli barang sikit.

Sekali ternampak pulak ada karnival buku kat tempat letak kereta kompleks tu. Saya ni, da la hantu buku, so apa lagi, kami pun beronok-ronok la ke sana.


Nak tahu tak macam mana kisah saya mula2 jadi hantu buku? Eyh jap.. Ade ke istilah hantu buku ni ek? Erm.. abes tu orang yang pantang je nampak buku, rasa nak beli or pinjam ni kita panggil ape ek? Wife saya panggil hantu buku. Tak kesah la kan..

Okey, nak dijadikan cerita, kisahnya begini…

Masa saya belajar dulu saya sangat takut buat kes neck (tengkuk) dan kes low back pain (sakit belakang). Maklumlah, masa tu sangat "rajin" baca buku. Ada masa tu sampai tahap, ya Allah janganlah dapat patient neck atau low back pain masa ujian nanti.

Tapi…ditakdirkan Allah, bila saya bekerja, saya kena mengajar topik neck dan low back pain, pergh…pucat lesi muka saya bila dapat tahu kena mengajar.

So bermulalah kisah saya menceburkan diri membeli buku yang pada saya pada masa tu masyaAllah mahalnya buku ni. Bayangkan harga buku tu rm245. Nak bacanya sikit je.

Tapi bila start baca, WOW…!!! betul ke buku ni, senangnya nak faham. Untuk pengetahuan anda, saya ni dahla "pandai" baca buku bahasa inggeris. Inilah first time baca buku yang simple dan mudah faham. n finally saya khatam baca buku tu yang tebalnya 500page ++.

Dan lepas tu, saya pun dengan relax je kalau dapat kes neck @ low back pain seronok2 je buat. Siap kalaulah dapat kes macam ni hari2 bahagianya hidup. Umpama "Dunia ini Ana yang empunya".

Start dari situlah saya mula rajin pergi library baca buku dan pinjam bermacam2 buku general sampaikan habis semuanya saya baca. Tak habis setakat tu je, saya beli lagi buku sampai sekarang. Dan saya dah peruntukkan budget khas untuk beli buku setiap bulan, tapi selalu over budget, sampaikan wife saya catu budget buku saya ;p

Begitulah kisah hantu buku, dah macam rasa ketagih nak baca buku. Setiap masa mesti ada buku yang da siap standby untuk baca. Ada tak yang kat sini hantu buku jugak macam saya?


Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah
#bigbookworm

Sunday, May 22, 2016

NIKMAT KESABARAN

Macam mana ye nak mulakan cerita, susah jugak ye nak buat mukadimah cerita ni.

Maaflah ye kalau perkongsian kali ini tak mencapai expectation anda.

Oklah, ceritanya begini…pada zaman dahulu...
hahahaha…taklah, ni bukan cerita zaman dulu2. Ni cerita zaman sekarang.

Baiklah, saya cerita betul2 ye.

Okey... Cuba bayangkan anda tengah syok2 kerja, buat benda yang anda suka, tiba2 anda rasa lemah badan. Bila rehat sekejap, dah okay balik.

TAPI.... Ditakdirkan, bila balik kerja, keesokan harinya anda rasa separuh badan anda tak boleh bergerak lagi. Cuba banyak kali pun tak boleh (rasa macam kena tindih masa tidur, tapi yang ini REAL).

Bila pergi check kat  hospital, rupa2nya anda disahkan kena penyakit strok (lumpuh separuh badan). Yang paling sedihnya anda masih muda dan masih banyak benda anda nak capai.

Itulah kisah benar yang telah terjadi kepada salah seorang pesakit saya. Kini telah genap setahun enam bulan kisah itu berlaku.

Pada mula disahkan kena sakit strok, lelaki tabah ini tidak boleh berbuat apa2. Hanya mampu terbaring diatas katil. Nak jalan tak boleh, nak berdiri tak boleh, nak pusing atas katil pun tak boleh. Pendek cerita, semua benda tak boleh buat.

Tetapi beliau dikurniakan seorang isteri yang penyabar dan anak yang memahami. Mereka bersama—sama mengharungi kesukaran kehidupan. Banyak pengorbanan yang dilakukan lelaki tabah ini, dan juga isteri dan anak beliau.

Alhamdulillah, antara usaha yang mereka lakukan adalah mendapatkan rawatan fisioterapi. Mereka telah memberikan kepercayaan tanpa berbelah bahagi terhadap saya, orang luar yang mereka tidak kenal langsung pun.

Alhamdulillah, kepercayaan yang diberi tidak saya sia2kan. Setelah menjalani latihan yang pelbagai, akhirnya beliau berjaya bangkit dan sekarang beliau berjaya melakukan hampir semua perkara yang beliau mampu  lakukan sebelum jatuh sakit.

Ni antara latihan2 yang pernah beliau jalankan.

rawatan
Latihan menaiki tangga

rawatan
Regangan leher


rawatan
Latihan berjalan menggunakan tongkat

Beliau akhirnya dapat melakukan aktivit harian sedikit demi sedikit, hari demi hari. Dan kini, mampu berjalan tanpa bantuan sesiapa ataupun menggunakan tongkat. Beliau turut mampu menaiki tangga dan bekerja seperti biasa.

Itulah berkat kesabaran yang sangat tinggi yang beliau dan keluarga curahkan setelah terpilih menjadi insan yang diuji oleh Allah.

Secara jujurnya, saya susah sangat nak jumpa insan yang begitu tabah seperti beliau. Selalunya tidak sampai 6 bulan mesti ada yang give up. Saya memang tabik spring pada beliau, orang putih kata double thumbs up.

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik untuk beliau. Amin..

Terima kasih tuan, kerana memberi kepercayaan kepada kami.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Saturday, May 21, 2016

Demam Piala Thomas

Siapa tengok semifinal piala Thomas semalam??

Wahh.. Malaysia hantar Iskandar Zulkarnain la. Tapi malang nye , kalah la pulak. Takpe2 boleh usaha lagi. Muda lagi tu. Hehehe.

Sebut pasal Zulkarnain ni, teringat pulak kisah tentang Zulkarnain yang terakam dalam surah Al-Kahfi. Siapa tahu kisah ni??

Mesti semua tahu kan, kisah seorang raja yang membina tembok untuk menghalang yakjuj dan makjuj.

Raja Zulkarnain ni adalah tokoh yang benar2 memanfaatkan potensi dan kehebatan yang Allah kurniakan kepadanya.

Tapi.. Tahukah anda, apakah antara sebab2 keunggulan dan kehebatannya??

Seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Kahfi, antara sebab2 nya adalah:

1) Jelas destinasi : Berwawasan

- Wawasan Zulkarnain: Mengagungkan kebenaran dan keadilan
- Beliau menjadikan pangkat dan kuasa sebagai alat untuk menegakkan wawasannya.

2) Memiliki kompas hidup: Bertaqwa

- Taqwa adalah kompas hati supaya kita tidak tersesat jalan
- Walaupun beliau mengusai timur dan barat, namun timur dan barat tidak mengusai beliau kerana petunjuk Allah sentiasa berada dalam hatinya.

3) Menguasai ilmu besi dan tembaga : Mengusai teknologi

- Teknologi yang digunakan oleh Zulkarnain untuk membina tembok begitu hebat sekali sehingga gerakan yakjuj dan makjuj dapat dibendung.
- Ilmu dan teknologi penting untuk berjaya dalam hidup.

4) Mendengar dan memahami : Berkomunikasi secara efektif

- Kemahiran berkomunikasi yang dimiliki Zulkarnain tinggi sehingga dapat memahami percakapan golongan yang hidup terpencil daripada masyarakat lain
- Selain itu, beliau turut menguasai pelbagai kemahiran, maka tidak hairan lah apabila beliau dapat menguasai dan memerintah dunia dengan begitu cemerlang.

Hebat kan pemuda zaman dahulu?? Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan suntikan motivasi kepada diri kita agar sentiasa berusaha menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Love,
https://facebook.com/bigheartphysio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Friday, May 20, 2016

PEMENANG Theraband

Assalamualaikum... Dah lunch ke?

Kami bersiaran lagi hari ni..

Tapi kali ni bukan nak membebel panjang, kami nak umumkan PEMENANG bagi kuiz kami haritu..

Fuhhh.. Selepas berhempas pulas membaca jawapan2 dari para peserta.

Akhirnya.. Kami nak umumkan PEMANANG bagi kuiz tempoh hari adalah...



Puan @anis sofia alauddin


Tahniah kepada puan pemenang..👏🏻👏🏻👏

Yang tak berjaya tu tak pe. Rezeki anda mungkin di lain kali.. Teruskan usaha.


Love,
https://facebook.com/bigheartphysio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Waktu yang sesuai untuk berdoa

Salam jumaat semua...

Asyik share tips kesihatan je kan.

Jadi, hari ni kami nak kongsikan tips lain pulak.

Sebab hari ni hari jumaat, dan kita digalakkan banyak berdoa, maka hari ni kami nak refresh balik antara waktu2 yang bagus untuk berdoa.

1) Waktu bersin
= lepas je bersin tu ucap alhamduillah pastu terus sambung dengan doa. Cth: alhamdulillah, lepas raya ni dapat mercedes CLA 200 MG4matic, amin..

2) Waktu hujan lebat
= hah, ni best. Harap2 hari ni hujan lebat. Bila hujan kan kita rasa tenang, so lepas kita baca surah al-kauthar & al-ikhlas boleh la kita tadah tangan dan doa sebanyak mungkin.

3) Waktu mengaji alquran
= okey, memandangkan hari ni jumaat so jom kita baca al-kahfi pastu kita doa banyak2

4) Waktu mandi
= hah, dah mandi belum tu? Kalau belum, boleh la pegi mandi. Kalau dah mandi tu pun boleh mandi lagi. Hehe. Sambil2 mandi tu boleh la kita bacakan permintaan kita.

5) Waktu sujud yang terakhir
= ni ramai yang dah tahu kan. So jom kita sujud lama2. Tapi memang ada orang sujud lama pun, tapi bukan sebab berdoa tapi sebab tertido. (Opppss..kantoi pulak :p)

6) Waktu minum air
= kita selalu sia2 kan masa ni. Kita selalu minum, tapi kita selalu lupa nak doa. Jadi lepas ni, kita minum pastu kita doalah, ya Allah jadikan lah aku jutawan seperti abdul rahman al-auf. Amin...

7) Waktu berada di Mekah dan Madinah
= alamak, rugi la kita dok malaysia ni. Takpe2, siapa yang ada kat sana tu tolong la doakan kami pun dapat ke sana ye, teringin sangat nak pergi sana.

Hah kalau anda semua perasan sebenarnya kebanyakan dari waktu ni adalah waktu2 kita sedang tenang. Kita pun tak suka kalau orang mintak kat kita dalam tergesa-gesa kan.

Jadi ape lagi.. Jom2 kita bertenang dan rebut masa2 ni dan doa secara bersungguh-sungguh dan yakin Allah akan makbul kan.

Selamat beramal...

Love,
https://facebook.com/bigheartphysio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Thursday, May 19, 2016

Senaman Lutut

Assalamualaikum. Selamat pagi..

Siapa kat sini ada sakit lutut?? Tak pun mak ayah ke, abang kakak ke, tak pun jiran sebelah rumah ke yang sakit lutut?

Hah...!!! Berita baik untuk anda!!

Hari ni kami nak kongsikan senaman untuk kurangkan sakit lutut tu.

Bagi yang tak de sakit lutut pun boleh amalkan senaman ni sebagai langkah pencegahan. Ingat!! Lebih baik mencegah, dari merasai sendiri azabnya sakit lutut tu..

Okey, senaman nya sangat mudah:

1. Straight leg raise



Starting position: baring telentang dengan kedua kaki lurus
Cara:
1) bengkok kan kaki kiri dan kemudian angkat kaki kanan sebanyak 45darjah
2) tahan 10saat dan turunkan kaki
3) kemudian bengkok kan kaki kanan dan angkat kaki kiri sebanyak 45darjah jugak
4) tahan 10saat dan turunkan kaki
5) ulang langkah 1-4 sebanyak 5kali

2. Static quads exercise



Starting position: baring telentang, kedua kaki lurus dan letak kan towel yang digulung dibawah lutut. (Towel kecik je taw)
Cara:
1) tekan lutut ke bawah (lutut menekan towel)
2) tahan selama 10 saat
3) kemudian ulang untuk lutut yang satu lagi
4) lakukan senaman ini sebanyak 10kali

p/s: exercise ni boleh buat time duduk melunjur jugak.

3. Inner range quads



Starting position: baring telentang. Bengkok kan satu kaki dan letak kan bantal / bolster dibawah lutut tersebut.
Cara:
1) tekan lutut ke bawah sambil meluruskan kaki.
2) tahan selama 10 saat
3) kemudian ulang untuk lutut yang satu lagi
4) lakukan senaman ini sebanyak 10kali

Senangkan?? So..lepas ni boleh la ajar jiran sebelah yang ada sakit lutut tu. Tak pun suruh jiran sebelah bukak blog kami ni. =)

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Wednesday, May 18, 2016

Kenapa perlu FISIOTERAPI

Hai semua.. Dah abes fikir dah uji minda semalam?

Okey hari ni, kami nak kongsikan jawapannya..


1.Apa yang anda tahu tentang FISIOTERAPI??

Fisioterapi ni sebenarnya adalah jurupulih anggota. Maksudnya, tugasnya memulihkan anggota2 yang mempunyai masalah. Dan salah satu teknik yang digunakan adalah urutan. Salah satu je taw.. Ada banyak teknik lagi. Semuanya bergantung kepada kondisi pesakit.


2. FISIOTERAPI kerja dimana ye??

Hehehe.. Soalan ni memang agak 'tricky' sikit sebab fisioterapi ni boleh bertugas di banyak tempat. Tapi tempat yang utama dan ramai ketahui adalah dihospital. Selain tu, ada juga fisioterapi yang bertugas diklinik. Tapi tak semua klinik la.

Daaaaan ada juga fisioterapi yang bertugas di rumah. Contohnya BIG HEART PHYSIO la. Kami menyediakan perkhidmatan fisioterapi terus ke rumah anda. Kalau ada pesakit stroke or patah tulang lagi senang sebab anda tak perlu bersusah payah untuk angkat pesakit masuk dalam kereta, pastu angkat lagi untuk keluarkan. Anda cuma perlu tunggu dirumah je, team kami akan datang dan terus buat rawatan. Hah! Kan da jimatkan tenaga dan masa tu.


3. FISIOTERAPI ni handle kes ape ye??

Lagi sekali soalan 'tricky' sebab semua jawapan tu betul. Hihi. Jangan marah ye, nanti kena jual :p

a) sakit jantung : tapi ni untuk pesakit lepas buat pembedahan jantung la, bukan waktu tengah kena serangan jantung ni buat fisioterapi. Kang tak pasal2 'tutup buku' pulak. Okey, untuk kes macam ni, kami akan meberikan khidmat nasihat dan senaman yang khusus untuk meningkatkan semula ketahanan jantung dan meningkatkan kualiti hidup.

b) sakit paru-paru : hah, ni banyak fisioterapi boleh buat. Kami handle daripada sekecil-kecil bayi sampai la ke seemas-emas warga emas. Faham ke faham? Hehe. Macam2 teknik tepukan, tonggengan, dan senaman pernafasan yang akan di ajarkan mengikut kesesuaian penyakit.

c) kepatahan tulang : jangan ingat kalau cuma patah jari kelingking tak payah buat exercise taw. Kena jugak buat exercise yang sesuai, kang xpasal2 kejung je jari tu tak boleh gerak, dah kena daftar buat kad OKU. :p So, untuk yang patah yang lagi teruk tu, lagi2 la kena jumpa fisioterapi. Kalau malas nak pegi hospital, call je BIG HEART PHYSIO, kami datang ke rumah anda. (Oppss..teriklan pulak)

d) antenatal : Hah..!!!. yang ni ramai yang tak tahu. Mommies2 or bakal mommies tahu tak teknik pernafasan yang betul ketika bersalin? Mesti ramai yang tak tahu kan? N then, ada tak yang sakit pinggang, sakit belakang, sakit kaki time preggy? Mesti ada jugak kan? Tipu la kalau tak de. So, fisioterapi boleh membantu mommies2 semua teknik pernafasan yang betul dan juga mengurangkan sakit2 ni. (Errmmm..Rasa macam nak buat antenatal class la, tapi ada tak yang nak join ek?)


So.. Setakat ni dulu perkongsian kita pada hari ini, sebenarnya banyak lagi kes2 yang fisioterapi boleh handle. Tapi nanti kang cerita semua, 1hari 1 malam pun tak abes.

Jadi... Apa tunggu lagi, boleh la ambil telefon dan dail 012-2998620 / 013-2935318 sekarang!!!!


#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Tuesday, May 17, 2016

Uji minda

Jom uji minda sikit pagi2 ni.

1.Apa yang anda tahu tentang FISIOTERAPI??

a) tukang urut
b) tukang urut sukan
c) jurupulih anggota
d) jurupulih cara kerja.

2. FISIOTERAPI kerja dimana ye??

a) hospital
b) klinik
c) rumah
d) sekolah sukan

3. FISIOTERAPI ni handle kes ape ye??

a) sakit jantung
b) sakit paru-paru
c) kepatahan tulang
d) antenatal

Anda boleh jawab dan fikirkan dulu. Nanti kami bagi jawapan ye. =)

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru

Selamat hari guru untuk semua insan yang bergelar guru..

Tanpa guru semua, tiada la BIG HEART PHYSIO hari ini.

Benar seperti kata2 dibawah.

Bila murid duduk, Cikgu berdiri..
Bila murid diseligi, Cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri, Cikgu datang naik Myvi..
Murid dah dewasa jadi Somebody,
Cikgu tetap begini..

Namun begitu.. Di dunia cikgu berbakti,
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi.. Amin....

Terima kasih cikgu, lecturer, sifu dan semua insan yang pernah menyampaikan ilmu kepada kami.

Hanya Allah ArRahman dan ArRahim yang mampu membalas jasa kalian semua..


SELAMAT HARI GURU.
"MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK"



Sunday, May 15, 2016

2 PELABURAN paling UNTUNG

Dalam banyak2 pelaburan, pelaburan apa paling untung??


Hah.. bila cakap pasal pelaburan...

First, mesti kita fikir mana satu pelaburan yang paling untung?

Pastu kita fikir lagi nak dapat pulangan berapa percent. Nak 10% ke 30% atau 300%.

Tapi tahu tak sebenarnya jawapannya sangat mudah. Tak perlu pun cari jauh2.

Siapa nak tahu say Ai...!!!

BETUL NI NAK TAHU...???!!!

Oklah, jawapannya adalah....jeng jeng jeng…

1. Sedekah — tak kiralah kita bangsa apa dan agama apa pun, kita tetap kena sedekah. Kalau dalam islam, dapat ganjaran 700X GANDA...!!!!

Ha..cuba bagi tahu saya pelaburan apa yang boleh dapat keuntungan 700x ganda macam sedekah. Saya jamin takkan ada 1 pun, saya berani kerat kuku. Tapi kalau anda ada jawapan dia, cepat2 bagi tahu saya sebab saya pun nak join jugak pelaburan tu...;p

2. Ilmu — pelik betul, melabur dalam ilmu boleh dapat pulangan yang tinggi ke? macam mana ye?

Senang je, cuba anda bayangkan anda sekarang ni hanya kerja buruh binaan yang tidak mahir gaji hanya rm 50 sehari. Then anda pergi belajar buat tiles floor, sekarang gaji anda jadi rm 150 sehari.

Sekarang bayangkan sekarang sehari dapat duit extra rm 100. Kalau sebulan berapa? Kan dah dapat extra rm 3000. Kalau setahun berapa pulak?....tak pe biar saya je bagi jawapan. rm 36500

So agak2 untung ke untung melabur dalam kembangkan ilmu?

Jadi…jangan risau, lagi banyak anda melabur untuk tingkatkan ilmu anda lagi banyak anda akan dapat untung.

Adakah post ini membantu membuka minda anda? Kalau ye, say Ai..!!!

N then Apa kata anda share dengan kenalan anda, manalah tahu kenalan anda baru terbuka minda mereka untuk berubah dan anda merupakan asbab mereka berubah, senang2 je dapat pahala kan?;p

Saturday, May 14, 2016

Cara consume Chia Seed

Biar tahu, jangan tak tahu...:p


Kelmarin saya ada kongsikan pasal kebaikan Chia seed.

Hari ini saya akan kongsikan cara pengambilannya pula.

Bagi anda yang tiada penyakit kronik, boleh  ambil Chia seed 1 sudu kecil (sudu teh) campur dgn minuman atau air kosong. Minum Pagi 1x dan petang 1x.

Bagi anda yang ada penyakit kencing manis tak terkawal, sakit lutut kronik dan seangkatan dengannya pula ambil Chia seed 1 sudu makan (sudu besar). Minum Pagi 1x dan petang 1x.

Kalau rasa nak minum lagi sedap, boleh minum dengan air sirap, macam kita minum sirap selasih tu...fuh...sedapnyer....

Nak minum dengan milo atau jus buahan pun sodap..;p

Kalau nak lagi best, boleh campur dalam aiskrim, tak pun oat. hehe..

Lagi 1 tips...Bagi anda yang nak jaga badan bagi solid molid, boleh cuba try test rendam Chia seed, lagi bagus kalau rendam semalaman, sebab ia akan mengenyangkan so takdela nanti baru lepas  breakfast dah kebulur semula macam tak makan sebulan.=)

Lagi2 kalau kerja gomen, nanti kalau kuar cari makan dah orang kata mengular, so baik ambil Chia seed ni, boleh kurangkan dosa orang lain mengumpat pasal kita;p

Ha...yang ni ada jugak orang tanya, maklumlah busy mengalahkan Mr President. Soalan yang akan ditanya adalah berapa lama boleh tahan kalau dah bancuh dengan air banyak2, betul tak?

Ini jawapan dia, kalau rendam dalam bekas dan simpan dalam peti ais boleh tahan seminggu.

Apa tunggu lagi, jom ler kita serbu pasar raya beli Chia seed ni, tak kan dah sakit baru nak beli. Jangan marah ek bagi sesiapa yang dah sakit kronik, anda masih belum terlambat, sekaranglah masanya nak cuba alternatif lain selain makan ubat dokter jer...;p

Semoga kita sama2 mendapatnya manfaatnya,  Amin...

p/s: anda da join ke contest kami? hari ni tarikh tutupnya taw.

Friday, May 13, 2016

ARRGGHHH... TAK NAK KERJA!!!

Pernah tak anda rasa dah tak nak pergi kerja lagi dah atas sebab berikut:

1. Kalau kerja banyak gunakan komputer
= Nanti sakit tengkukla, sakit bahula dan sampai satu tahap anda rasa kebas tangan

2. Kalau kerja kena berdiri lama atau berjalan banyak
= Nanti sakit tumit, sakit lutut dan sakit pinggang

3. Kalau kerja yang buat pergerakan yang sama berulang kali
= Nanti sakit pada sendi yang buat pergerakan tu (contohnya: tukang masak akan sakit pada sendi bahu)

Dan pelbagai lagi masalah yang anda hadapi akibat dari pekerjaan anda.

Tapi.. Tahukah anda...??

Dengan hanya melakukan sedikit perubahan dalam rutin anda,  anda mampu mengubah kehidupan anda.

Kami dengan berbesar hati mahu mengajak anda berkongsi masalah anda di tempat kerja atau di rumah anda untuk kami berikan cadangan penyelesaian secara PERCUMA

whatsapp kami di 012-2998620 / 013-2935318 atau PM kami di fb page Big Heart Physio untuk berkongsi masalah anda.

p/s: keputusan anda, merubah takdir anda -DAO-

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Thursday, May 12, 2016

Chia Seed

PERNAH DENGAR TAK NAMA CHIA SEED?


Orang putih kata Chia seed.

Orang melayu kata Benih Chia.

Saya pun baru tahu.

Tapi testimoni dari kenalan saya semasa perbincangan bab kesihatan macam—macam kebaikan dia kata.

Nak kata tak percaya tapi dia sendiri alami..

Tapi...macam POWER GILER...!!! sampai macam rasa tak masuk akal.

Tapi..saya tak nak buat kerja tuhan nak mempertikaikan kenalan saya ni.

Mesti anda tertanya—tanya apa yang best sangat chia seed ni.

Okla, saya share apa yang kenalan saya kongsikan bersama saya. Ini antara kebaikan chia seed yang kenalan saya sendiri alami:

1. Menurunkan paras gula dari 22 ke 11 dalam tempoh 2 minggu sahaja.

2. Kawan saya ni dah 4 tahun sakit lutut dan terpaksa solat duduk sahaja tapi lepas amalkan ambil chia seed ni, dia dah mula solat seperti biasa, dah boleh sujud dan lipat lutut (mesti rasa ngeri kan sebab macam mustahil boleh lipat lutut)

3. Mengenyangkan, rasa perut dah full lepas ambil chia seed.

4. Rasa bertenaga selepas ambil.

Saya jamin mesti anda tak pernah tahu chia seed ni kan? Saya berani kerat kuku ;p

Memandangkan korang pun tak tahu chia seed ni, apa kata korang kenakan kengkawan korang ;p (ish3x, tak baik tau kenakan orang, share je baik2,hahaha..kan dah kena)

Wednesday, May 11, 2016

Fisioterapi anda

Jom solat dhuha..


Tapi sebelum tu nak tanya.

Anda ada tak masalah:

1. Sakit tengkuk
2. Sakit belakang
3. Kebas tangan
4. Kebas kaki

Kami boleh membantu anda.

Hubungi 012-2998620 / 013-2935318


p/s: untuk sesiapa yang belum join kuiz kami. Jom la join adalah lagi 3 hari. Mana la taw tu adalah rezeki anda. =)


Tuesday, May 10, 2016

NYAHKAN GOUT ITU!!!!....

Tips kesihatan untuk penyakit gout.


Siapa ada pengalaman kena sakit gout? Atau siapa yang kenal jiran, kawan, saudara, suami, isteri, mak, ayah atau kenalan dia ada sakit gout?

Ha...ini ada tips yang betul—betul dapat MEMBANTU NYAHKAN SAKIT GOUT.

So siapa nak tips ni? kalau nak tips ni kena cukupkan 100 like baru saya nak share:)


Eh..takdela, gurau je. Memandangkan saya ni suka nak share ilmu yang ada, insyaAllah SEKARANG jugak saya akan share.

SO SIAPA NAK TIPS NI SAY AI....!!!


Ok, sekarang keluarkan pen dan kertas, sebab lepas ni saya nak delete post ni dalam masa seminggu (hahaha…gurau je, tu pun tak boleh ke;p)

Ok dah sedia semua.


Ini dia resepi kesihatan yang diperlukan

Bahan—bahan:

1. Halia muda — 2 inci

2. Epal hijau — 2 biji

3. Lemon — 1/4 biji

4. Daun saderi — 2 pelepah

5. Timun jepun — 1/2 biji

6. Lobak merah — 1 batang

okay, sekarang cara penyediaannya pulak.

Masukkan semua bahan tersebut dalam juice extractor dan ta—da dah siap. Boleh minum terus, tak payah tunggu lagi, dah penat2 buat minum je terus.

Eh..lupa pulak, kalau takde extraxtor bolehla pakai blender dan blend semuanya sekali.

So kalau anda rasa post ni membantu bolehla share dengan kawan2 ke siapa2 jela. Maklumla kita bukan kenal semua orang yang kena gout ni, manala tahu dalam ramai2 yang kita share ada seorang hamba Allah ni memang betul2 ada gout dan amalkan. Senang2 je kita dapat pahala.

Monday, May 9, 2016

Omega 9

APA BENDA TU??

Ada orang tanya Omega 9 ni apa? Perlu ke omega 9 ni dalam makanan kita?

Ada orang kata minyak masak yang ada omega 9 ni bagus. Kita kan perlukan omega 9 katanya.

Tapi...

Rahsia sebenarnya adalah.... tak perlu pun omega 9 ni dalam pemakanan kita.

Alahai...kena tipu lagi :(

Takpe, jangan risau. Kita kena ambil pengajaran. Kalau kita dah tahu sekarang, takkan kita nak kena tipu benda yang sama lagi kan?

Saya selalu pesan pada klien saya, dapatkan nasihat dari orang yang pakar. Sekarang ni ramai sangat kata dia tahu benda tu tapi hakikatnya dia cuma tahu dari orang lain.

Pesanan dari penaja, kita yang bertanggung jawab tentang kesihatan kita, jadi kena ada ilmu tentang kesihatan walaupun kita bukanlah doktor pakar. Berhati — hati dengan orang diluar sana, mereka menunggu peluang untuk menghabiskan duit kita bila kita tidak berilmu. Renung—renungkan =)

Sunday, May 8, 2016

Omega 6

KENA TIPU…???!!!

Betul ke ni kena tipu?

Ada orang kata omega 6 ni baik,tapi betul ke? Iklan pun selau kata produk dia ada omega. Tapi omega berapa yang bagus sebenarnya? Omega 3, 6@ 9?

Baiklah,siapa yang dah baca tentang omega 3 mesti dah tahu dah omega 3 baik untuk kesihatan. Tapi omega 6 dan 9 bagus ke tak?

Kalau sesiapa yang power kimia saya tak perlu terangkan lagi dah. Tapi bagi sesiapa yang tak berapa mahir kimia, begini ceritanya.

Untuk pengetahuan anda omega 3 dan omega 6 ni kongsi rantaian kimia yang sama. Jadi cuba bayangkan ada sebiji kek kena kongsi 2 orang, so mestilah dapat seorang separuh.

Tapi kalau omega 3 cuma ada 1 dan omega 6 ada 2, jadi kek tadi siapa dapat paling banyak? Mestilah omega 6 kan sebab dia lagi banyak.

Jadi dalam pemakanan kita kena seimbangkan omega 3 dan omega 6.

Oklah. sekarang saya terangkan pasal omega 6. Sebenarnya omega 6 ni takdela baik sangat. Ini antara keburukan pengambilan berlebihan omega 6:

1. Menyebabkan kesan aterosklerosis(penyumbatan saluran darah ke jantung).

2. Menyebabkan kesan asma

3. Menyebabkan kesan artritis (sakit sendi terutama di lutut).

4. Menyebabkan kesan trombosis (penyumbatan salur darah, kalau kena pada otak boleh kena strok)

5. Menyebabkan kesan keradangan dan proliferasi tumor.

Fuh..menakutkan!!! kenapa tak ada sesiapa nak bagitahu pasal benda ni?
Kalau orang cuma fikir pasal duit je, semua maklumat yang dia nak share kena bayar dulu baru dia share.

Jadi, mulai sekarang kita kena ambil berat tentang kesihatan kita sendiri.
Nanti saya share pasal omega 9 pulak ye insyaAllah.

Saturday, May 7, 2016

Omega 3

10 kebaikan OMEGA 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam di hari sabtu.semoga anda berbahagia bersama keluarga di hari cuti.

Bagaimana hari ini,apa menu makanan tengah hari ini? Mesti lauk special kan;p maklumla nak spend masa berkualiti bersama keluarga dihujung minggu.

Saya nak share sedikit ilmu yang Allah kurniakan tentang kebaikan omega 3. Sebenarnya kita kena perhatikan pemakanan kita juga supaya sentiasa sihat dan cergas.

So ini dia kebaikan omega 3.

1.Kurangkan risiko sakit jantung.

2.Melancarkan peredaran darah dan mengurangkan risiko darah beku.

3.Mengurangkan paras asid lemak bebas yang tidak baik.

4.Mengurangkan risiko mendapat strok (angin ahmar).

5.Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi.

6.Mengurangkan keradangan sendi (osteoarthritis,rheumatoid arthritis)

7.Membantu perkembangan otak kanak—kanak.

8.Mengurangkan risiko kanser (payudara,usus besar,prostat).

9.Membantu mengurangkan masalah psikiatri dan mental

10.Membantu dan memberi kesan positif penyakit senggugut.

Sebenarnya ada banyak lagi.ini adalah antara kebaikan utama yang saya ingin kongsikan dengan anda.

Semoga perkongsian ini membantu anda mengecap nikmat kesihatan yang tidak ternilai dengan wang ringgit.

Saya selalu menyarankan pesakit saya untuk mengimbangkan pengambilan omega 3 dan omega 6.
InsyaAllah ada rezeki saya kongsikan keburukan pengambilan berlebihan omega 6 berbanding nisbah dengan omega 3.

Jadi apa tunggu lagi.bila dah ada ilmu kena cepat2 amalkan supaya ilmu tak luput dari ingatan.

Thursday, May 5, 2016

BERDEBAR-DEBAR BETUL

Bayangkan anda seorang lelaki macho,tampan,hebat,kuat dan segala yang baik ada pada anda.
.
Bayangkan anda seorang lelaki yang selalu bekerja dari awal pagi hingga lewat malam
.
Sekarang bayangkan pula anda lelaki yang ada ciri2 diatas tadi dan anda diminta oleh isteri tersayang untuk menjaga 2 orang cahaya mata anda yang masih lagi kecil dan berusia dalam lingkungan 1 hingga 3 tahun.
.
Agak2la kan,apa yang akan jadi pada anda jika anda perlu menjaga anak2 selama 3hari berturut2.
.
Fuh...saya xdapat nak bayangkan macam mana nak jaga 2 orang si kecil selama 3hari berturut2.
.
Doakan saya berjaya:)

RAHSIA TERBONGKAR JUGA!!!

Selamat menyambut Israj Mikraj semua..

Hari ni kami terpaksa membongkarkan rahsia tentang keramat hidup memandangkan ada yang marayu minta kami kongsikan tentang keramat hidup ni walaupun masih belum cukup 30 like.

Takpe2.. Kalau nak berjaya, biar la berjaya sama2, ye dok???

Okey jom kita mulakan!!

Keramat hidup ni sebenarnya adalah manusia. Sama macam kita.. Tapi beza nya mereka ni ada kuasa yang LUAR BIASA...

Relax2... Dah berkerut2 dah dahi tu. Cube senyum sikit dulu. =) Manis pun...

Okey.. Mari saya perkenalkan siapa KERAMAT HIDUP kita sebenarnya.

=============
Bagi KAUM ADAM, keramat hidupnya adalah.... IBU

Bagi KAUM HAWA pula, keramat hidupnya adalah.... SUAMI
=============

Terkejut??? Mesti anda terkejut kan sebab rata2 kita memang dah tahu tentang ini. Tapi apa yang saya nak tekan kan disini adalah ADAKAH ANDA TELAH MEMPERLAKUKAN  MEREKA DENGAN SEWAJARNYA???

Bagi seorang lelaki, adakah anda telah MENGUTAMAKAN  ibu anda lebih dari isteri anda, mahupun kawan anda?

DAN

Bagi seorang perempuan, adakah anda telah MENGUTAMAKAN suami anda lebih dari anak anda?

Kita sama2 lah muhasabah diri kita dimanakah letaknya keramat hidup kita  dihati kita??

Dengan DOA dan  REDHA mereka. InsyaAllah kita akan menjadi lebih berjaya.

Mahukah anda saya ceritakan satu KISAH BENAR  yang benar2 telah terjadi kepada saya baru2 ini.

*******************
Ceritanya bermula apabila anak saya yang berusia 3 tahun, asyik menangis je (tantrum). Boleh dikatakan dalam satu hari dalam 7-8 kali dia akan tantrum atau orang2 kita panggil mengamuk.

Sampai jiran2 pun tanya saya kenapa anak saya asyik menangis je.

Kebiasannya budak kecil tak macam tu, kecuali kalau dia tak sihat. Tapi anak saya Alhamdulillah sihat.

Jadi... Saya stress sangat. Ditambah pula dengan adiknya yang turut meragam sebab tak sihat dan kerja2 saya yang lain. Lagi2 la saya stress. Rasa susah sangat hidup saya 2-3 hari tu.

Kadang2 tu anak saya menangis tantrum, dengan saya2 sekali menangis jugak sebab tak tahan stess dan tak tahu nak buat apa.

Jadi.. Saya pun berdoa pada Allah, mintak tunjuk kan jalan apa yang patut saya buat. Sebab saya pernah dengar ceramah, kalau anak kita ada yang tak kena, maksudnya ada benda salah yang kita dah buat.

Tiba-tiba, saya teringat tentang keramat hidup ni. So saya pun tanya la suami, ada tak apa2 yang saya buat, yang dia tak redha or dia terasa hati. Pada mulanya, suami saya kata tak de apa2. (maklumla, orang lelaki kan tak suka nak besar2 kan hal kecik)

Tapi, selepas saya tanya lagi dan cerita kan tentang kesusahan hidup saya, akhirnya suami saya bagitahu, ada satu benda yang saya pernah cakap dan buat dia terasa hati...

Saya betul2 menyesal dan malam tu saya betul2 mintak maaf kt suami.

Yang jadi magiknya malam tu dua2 anak saya tak tantrum lagi dah. Peik jugak sebab hatrik, malam2 wajib tantrum, tapi malam tu terus tenang....

Alhamdulillah, suami saya maafkan saya. Hidup saya memang menjadi lebih tenang selepas tu.

********************

Jadi.. Pada anda semua.. Saya harap, anda semua tidak mengulangi kesilapan yang sama seperti saya. HARGAI, HORMATI dan UTAMAKAN keramat hidup anda. Redha Allah, terletak pada Redha mereka.

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Wednesday, May 4, 2016

LAGI - LAGI BUAH TANGAN

Hai semua..

Hari ni nak cerita buah tangan lagi.

Tapi nak anda bagi pendapat sikit..

Kalau ANDA JADI PESAKIT kami, anda suka buah tangan yang mana ek?

No 1 ke No 2????





Tuesday, May 3, 2016

PERINGATAN DARI SEKEPING KERTAS

Anda pernah dapat buah tangan dari perawat anda???

Try tgk gamba kat bawah


Tu la antara buah tangan dari kami untuk pelanggan2 setia Big Heart Physio.

Mungkin pada anda, xberharga pun kertas tu...

Tapi... Bagi mereka. Sekeping kertas ni sangat berharga, kerana dengan peringatan dari sekeping kertas ini lah mampu mengubah hidup mereka, insyaAllah.

Anda pun nak??? Jom la hubungi kami sekarang di 012-2998620 / 013-2935318

"KETENANGAN JIWA ANDA, KEUTAMAAN KAMI"

Monday, May 2, 2016

TAK MENARIK LANGSUNG HADIAH KUIZ SEMALAM!!!!

Hai...

Siapa tahu theraband tu apa?

Mungkin semalam baca dapat hadiah theraband rasa macam.....

Ala....... xberbaloi pun dapat, bukan bernilai pun...betul tak?

Oklah...

Sebenarnya, bagi sesiapa yang rasa theraband / sport band tu tak bernilai, boleh pergi farmasi cari berapa harga dia. n then cuba try test tengok macam mana nak guna benda tu. Kalau terror lagi cuba buat exercise 30x guna band tu, anda akan rasa betapa bersyukurnya dapat hadiah theraband tu. =)

Baik...

Untuk pengetahuan, saya terangkan serba sedikit tentang theraband ni, pernah tak dulu2 ikat gelang getah tu sampai panjang, then main lompat2, siap de bunyi lagi masa lompat tu (zero point).Getah tu boleh meregang kan?

Theraband ni samala macam gelang getah tu, tapi yang specialnya, dia lebih cantik, lebih tahan, lebih banyak pilihan warna.
Kebaikan theraband ni pulak:

1. Kecil, so.. boleh la nak bawa kemana2 pun. Kaum hawa lagi senang, boleh simpan dalam handbag, bagi kaum adam pula boleh simpan dalam poket seluar je.

2. Boleh buat macam2 exercise, kalau nak body cantik, solid molid, insyaAllah guna theraband ni dengan betul, boleh buat body lelaki berketak2, body perempuan macam model antarabangsa (tapi kenala buat exercise, kalau simpan je, jadi pekasam la jawabnya)

3. Ada pelbagai pilihan warna dan rintangan. Selalunya, lagi cerah warna, lagi ringan rintangan, lagi gelap lagi tinggi rintangan. So kalau suka warna biru gelap tu agak2 rintangan dia kuat ke tak ek?

4. Boleh buat exercise masa berdiri, masa duduk, masa baring.  Ha...cuba bagi tahu alat senaman apa yang boleh kalahkan theraband ni???

Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan theraband ni. Tapi cukuplah 4 kebaikan yang dikongsikan ni. Kang banyak2, muntah pulak kita baca. Hehe...

So...siapa nak rasai keseronokan theraband ni, dan nak kan ianya secara PERCUMA dari kami, cepat2 jawab kuiz kami semalam:)

Sunday, May 1, 2016

SIAPA NAK HADIAH???? KAMI NAK BAGI NI...!!!!

Selamat Hari Pekerja semua..

Seronok kan cuti?? Boleh rehat - rehat. So sempena hari berehat anda ni, kami nak berikan HADIAH THERABAND / SPORT BAND kepada anda. =)

Hmmmm... Ade ke orang tak suka hadiah ek?? Hehehe..

Tapi......

Sebelum kami bagi hadiah ni, anda kena la jawab kuiz kat bawah ni dulu.

Senang je... Jangan risau..

Soalannya....
APAKAH TAGLINE BIG HEART PHYSIO???

Hah.. Dah tahu kan?

So.. Jom la kita sama2 MEREBUT PELUANG KEEMASAN ni. CEPAT - CEPAT nanti terlepas pulak!!!!!

Oppss... Lupa pulak nak bagitahu cara nak sertai kuiz ni.

Senang jugak..
1. Pastikan anda telah like FB page: BIG HEART PHYSIO
2. Share atleast 2 post BIG HEART PHYSIO pada wall anda
3. PM kami untuk jawapan dan sertakan sekali ayat kreatif anda (BIG HEART PHYSIO BEST KERANA .................................... ( tak melebihi 15 patah perkataan)

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14/5/2016

Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang tepat dan ayat kreatif yang paling menarik.

Nama pemenang akan di umumkan pada 20/5/ 2016

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!

p/s: tak tahu apa itu Theraband / Sport band?? Tak pe.. InsyaAllah nnt kami akan kongsi kan di post akan datang