Wednesday, December 28, 2016

Yay!! dah boleh solat dengan baik..


Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.
.
Alhamdulillah, hari ni berjaya 'apply' teknik yang baru belajar dari kursus hari tu kat klien. 
.





Salah satu immediate efect yang boleh nampak ialah:

Sebelum ni klien ni tak boleh untuk duduk antara dua sujud, dia akan rasa sakit sangat yang memang tak boleh nak tolerate.
Tapi, lepas try buat senaman guna Flossband, sakit tu dah kurang 80%.
Alhamdulillah.
.
Semua pun kuasa Allah. Yang penting kita manusia ni terus berusaha.
.
Ada lagi yang mencari fisioterapi ke rumah?
0122998620
FB page: Big Heart Physio

nota kaki: yang biru tu Flossband, yang oren tu Sanctband.

Friday, December 23, 2016

TIPS MEMANJANGKAN MASA

Ada tak siapa2 kat sini yang rasa 24 jam tu tak cukup?
.
Nak tak kalau saya kongsikan macam cara nak panjangkan masa tu?
.
Mudah je..
.
Caranya adalah dengan membaca Al-quran.
Bila kita membaca Al-quran, masa kita menjadi berkat.
Bila berkat, kita akan rasa masa tu panjang dan macam2 kita boleh buat.
.
Ape? Tak percaya?
.
Kalau tak percaya, try la buat dan rasa sendiri.
.
Tapi... Kalau nak tambah lagi, tambah dengan mengajar orang membaca Al-quran. Tu lagi akan berkat masa kita.
.
Fisioterapi ke rumah
0122998620
FB page: Big Heart Physio

Wednesday, December 21, 2016

Pilihan di tangan anda!!!

Puan M: H, esok boleh tak datang pukul 10 pagi. Saya takut husband saya penat sebab malam ni kami nak hantar anak di airport.
H: boleh puan. Tak de masalah.
.
Sebenarnya ni adalah regular klien kami.
Biasanya tiap2 sabtu dan ahad saya akan datang ke rumahnya pada pukul 8 pagi untuk merawat suaminya.
Tapi esok puan ni request lambat sikit.
Tu la untungnya buat rawatan dengan kami. Klien bebas untuk memilih masa rawatan.
.
Seronokkan dapat buat pilihan??
.
Jom memilih
0122998620
FB page: Big Heart Physio

Monday, December 19, 2016

[Testimoni] Fisioterapi ke Rumah

A happy client, a happy me.



.
Terima kasih kerana mempercayai Big Heart Physio.
.
Insyaallah setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati. 
.
Fisioterapi ke rumah
0122998620
FB page: Big Heart Physio

Saturday, December 17, 2016

HERO BARU

Alkisahnya semalam lutut saya sakit sebab siang tu terlanggar pintu. Berdenyut2 sakitnya, kuat betul saya langgar pintu tu sebab nak cepat.
.
So bila suami balik, apa lagi, mengadulah si isteri kat suaminya.
.
Nak tahu suami saya buat apa?
.
.
Suami saya keluarkan Flossband dan lilitkan kat lutut saya yang sakit tu.
.
Lepas gerak2kan lutut tu selama 2 minit, suami saya pun bukak balik lilitan Flossband tu.
.
Bila da bukak tu memang rasa macam magic sangat. Lutut yang tadinya sentuh pun sakit, sekarang ni tekan kuat2 pun steady je.


.
Berkesan betul teknik guna hero baru ni. =)
.
Jom try si Hero ni
0122998620

Tuesday, December 13, 2016

Pernah dengar tak??

BIAR BETIK…!!!
.
Apa benda betik pulak? Kan ke buah tu...
.
Biasalah nak glamour sikit, sebenarnya nak cakap BIAR BETUL…
.
Hah, ni nak tanya sikit ni. Anda pernah dengar tak istilah2 kat bawah ni?
.
#1. Baker's cyst
.
#2. Popliteus tendinopathy
.
#3. Gastrocnemius tandinopathy
.
#4. Deep venous thrombosis
.
#5. Claudication
.
#6. Biceps femoris tendinopathy
.
#7. Refered pain
.
#8. PCL sprain
.
#9. Semimembranosus
.
#10. Plantaris
.
Adoi…ape tu? berbelit2 rasanya lidah ni nak menyebut. Dah la tak pernah dengar.
.
Hah, kalau anda nak tahu, nil ah antara punca orang sakit lutut kat bahagian pelipat (belakang lutut).
.
Tapi sebenarnya ada banyak lagi punca sakit belakang lutut tu.
Ha, tu baru kat belakang lutut, belum depan lagi, sebelah dalam, sebelah luar lutut, bahagian dalam dan…
Opps.. rasanya tak yah la terang kat sini kan, kang anda semua lari pulak.
.
So, ni lah kesinambungan dari cerita yang sebelum ni pasal upah mahal giler, sampai RM20,000 tu.
Siapa belum baca, boleh baca kat sini
https://m.facebook.com/story.php…
.
Nampak simple tapi sebenarnya complicated. So, kalau korang SAYANGKAN LUTUT korang jangan kedekut sangat nak jumpa fisio dapatkan rawatan, nak urut sendiri lagi jimat KONON, nanti dah teruk jangan salahkan fisio ek.
.
Fuh…panjangnya entry kali ni, rasa gian nak menaip sebenarnya. Sabar jela ye, mentang2la lama tak update panjang2. Jangan marah ye, nanti kena jual;p
.
Fisioterapi ke rumah
012-2998620

Sunday, December 11, 2016

JAMBATAN ROBOH

Waktu saya tengah mengajar klien saya senaman semalam,
.
Fisio: makcik, cuba makcik tarik kaki untuk tegakkan lutut.
Klien: tak pe ke ni? nanti kang roboh pulak jambatan makcik
Fisio: jambatan???
Pastu baru saya teringat, isnin hari tu saya ada cakap. Fasa penyembuhan selepas patah tulang ni umpama bina jambatan.
Mula2 rangka jambatan kena dibina, lepas tu baru susun2 batu untuk kukuhkan jambatan, lepas tu baru la letak tar untuk cantikkan jambatan.


Tu yang klien saya ni nak jaga betul2. Dia kata tak larat dah nak bina lagi jambatan kalau roboh. hehehe. Comel je makcik ni.
Fisioterapi ke rumah
012-2998620
FB page: Big Heart Physio

Friday, December 9, 2016

HADIAH KASIH SAYANG SEORANG ISTERI

Ada sorang klien kami ni (Puan R), suaminya (Encik H) telah terkena stroke sejak 3 bulan yang lepas.

Rakan kongsi Encik H yang telah memperkenalkan kami kepada beliau.

Selepas 4 kali rawatan, Puan R rasa lebih yakin untuk teruskan sesi fisioterapi di rumah bersama dengan Big Heart Physio.

Katanya kalau nak buat sendiri memang Puan R tak larat sebab tangan & badan nya pun dah mula sakit2 selepas kerap kali mengangkat dan memindahkan Encik H.

So, Puan R telah mengambil inisiatif untuk `booking’ slot fisioterapi kami sebanyak 60 SESI.
Setiap minggu 3 sesi, maksudnya lebih kurang 20 minggu (5 bulan).

Terima kasih atas kepercayaan ini Puan R. InsyaAllah kami akan buat yang terbaik.

Sekarang Encik H hanya mampu terbaring dan mengharapkan bantuan orang sekeliling.
InsyaAllah 5 bulan dari sekarang Encik H akan mampu berjalan dan membuat aktiviti hariannya secara sendiri. Amin…

Fisioterapi ke rumah
0122998620


Tuesday, December 6, 2016

CUKUP KE 2 MINGGU JE BUAT FISIO??

Ada seorang klien kami tanya, mak beliau baru keluar hospital setelah mendapat rawatan patah peha. Sempat tak kalau nak buat fisio dalam tempoh 2 minggu sebab mak beliau akan dijaga oleh abang nya pula selepas tu.
.
Agaknya sempat ke tak ek???
.
Okey, ni jawapannya:

Sebenarnya healing process untuk kaki ambil masa selama 6 bulan. 

Untuk setiap fasa penyembuhan tu ada senaman tertentu dan aktiviti tertentu yang spesifik.

Sebagai contoh semasa fasa akut (baru patah), fisio akan ajar senaman untuk kuatkan otot tanpa ada pergerakan sebab nak maintain kekuatan otot dan pada masa yang sama tak nak tulang tersebut tercedera lebih teruk.

Pada masa tersebut jugak, kaki yang patah tu tak boleh dipijak sebab nanti akan mengganggu proses penyembuhan, so fisio akan ajar cara berjalan tanpa kaki yang patah menjejak lantai.
.
Kemudian fasa tulang baru mula bercantum, masa ni fisio akan progress senaman lain dan fisio juga akan mengajar cara berjalan dengan menjejakkan kaki yang patah sedikit pada lantai.
.
Pada fasa tulang semakin padat bercantum, fisio akan mengajar senaman untuk kembali berjalan seperti biasa.
.
Soooo... hanya dengan tempoh 2 minggu untuk  buat fisio. Memang lah SANGAT TAK CUKUP!!
.
Sebab setiap kali rawatan, fisio akan check semula sama ada pesakit boleh progress dengan senaman yang lebih sukar atau memperbetulkan teknik pesakit melakukan senaman jika terdapat kesilapan ketika melakukannya.
.
Kami ada klien yang berusia 40an patah kedua2 belah kaki dah 8 bulan bersama kami.

Alhamdulillah, beliau dah kembali berjalan dan bekerja, cuma sekarang tinggal nak fokus bagi boleh lipat lutut sebab matlamat beliau adalah untuk solat seperti biasa.
.
.
Jom solat dengan sempurna kembali
0122998620
FB page: Big Heart Physio

#bigheartphysio #homephysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya

Monday, December 5, 2016

Keluarga Pesakit Stroke.... Tahu ke tak??

[TAHU KE TAK???]
.
Fuhhh... fuh... berhabuk da blog ni, dah berapa hari tak update.
.
Sori la ye, busy sikit weekend ni.
.
Alhamdulillah ada 2 klien baru weekend lepas.
.
Tapi dua2 klien ni kes nya lebih kurang je.
Dua2 dah bed ridden sejak 3 bulan yang lepas
Dua2 discaj hospital tanpa mengetahui detail2 yang penting ketika dirumah (the do & the don't)
.
Akibatnya,
Dua2 klien mendapat shoulder subluxation (sendi bahu sedikit terkeluar)
Jari2 menjadi keras dan sakit ketika digerakkan
Dan banyak lagi.. kalau senaraikan semua kat sini boleh pening semua yang baca.
.
So, apa yang kami nak pesan kat sini.
.
.
Kalau ada sesiapa ahli keluarga kita atau kita sendiri bila nak discaj hospital tu, pastikan kita betul2 tahu dan hadam segala the do & the don't ketika kita berada dirumah nanti.
.
Sebab kadang2 kesilapan yang kecil, boleh memberi mudarat yang besar untuk masa akan datang.
.
So, take note okey! Especially untuk kes Stroke.
.
Fisioterapi ke rumah
+60122998620
FB Page: Big Heart Physio

Tuesday, November 29, 2016

YELLOW PAGES


Ingatkan dah obsolete, wujud lagi benda ni rupanya... =)



Siapa dulu pernah guna Yellow pages ni? Macam2 nombor telefon ada dalam ni kan.


Saya ingat zaman internet ni dah tak wujud da Yellow pages ni. Sekali pergi SSM tadi terjumpa pulak buku ni. Free je boleh ambil bawak balik pulak tu. 

Ermm...Walaupun dunia da canggih tapi cara yang lama ni tetap belum obsolete.

Walaupun mesin canggih2 da wujud zaman sekarang ni untuk kita buat senaman.


Tapi... senaman yang fisioterapi ajar tetap yang paling bagus untuk buat.

Sebab apa taw??
Sebab...fisioterapi akan bagi senaman ikut kemampuan dan keperluan seseorang.


Nak tahu tak senaman apa yang sesuai untuk anda?
0122998620
FB page: Big Heart Physio

Monday, November 28, 2016

KERETA BERCAKAP

Selalunya, kalau ada kereta lain bagi laluan kat kita mesti kita akan angkat tangan sebagai tanda ucapan terima kasih. Betul tak?
.

Tapi, macam mana nak ucapkan terima kasih kalau kereta tu ada kat belakang kita?
Kalau kita angkat tangan pun mesti dia tak perasan kan.
Ke nak biarkan je. Tak yah cakap apa2 pun. Lagi senang?
.
Hehehe... Tapi macam tak baik pulak kan.
.
Okey, jom saya kongsikan sikit macam mana nak buat.
Info ni saya dapat daripada surat khabar hari ni.
.
Caranya:
Kita hanya perlu pasang lampu kecemasan selama 3 saat (3 kelipan).



Senang kan?
Kereta pun boleh bercakap.
.
Tapi kalau orang tak boleh cakap, bawak jumpa speech therapist taw jangan bawak jumpa kami.
Kalau orang tak boleh jalan boleh bawak jumpa kami.
.
Eyh bukan. Kami datang kat orang tu, tak yah keluar rumah pun.
.
Buat appoinment dulu kay,
0122998620
FB pageBig Heart Physio
.
#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi #kajang#putrajaya

Sunday, November 27, 2016

Kanak-kanak & Fisioterapi

Merawat kanak2 ni banyak sangat cabarannya...


.
Dan banyak jugak perkara yang kita perlu fikirkan..

Masa makannya,
Masa tidurnya,
Mood okey ke tak hari tu,
Jadual perkembangan yang sepatutnya
Dan macam-macam lagi.
.
Jadi, kita kena banyak sabar, kena plan betul2 dan jadi lebih kreatif.
.
Sebab tu kadang2, untuk kanak2 ni lebih baik kita pilih untuk buat rawatan kat rumah sendiri sebab mereka akan rasa lebih selamat dan selesa.
.


Fisioterapi ke rumah,
0122998620

Saturday, November 26, 2016

[Testimoni] Fisioterapi ke rumah

Alhamdulillah.. another satisfied client.
.
InsyaAllah kami akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda semua.
.


Ada lagi tak yang cari home physio?
0122998620

Big Heart Physio

#bigheartphysio #homephysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang#putrajaya


Saturday, November 5, 2016

Kerja rumah

Selamat pagi!! Eyh.. macam mana selamat pagi, kan dah tengah hari ni.
.
Hahaha..tu untuk sesiapa yang baru bangun je.
.
Tapi saya rasa reader2 semua mesti jenis yang bangun awal pagi dan sekarang ni da settle da buat kerja2 kat rumah kan?


Hah, anda tahu tak sebenarnya anda da buat senaman pagi tadi.
.
Tak percaya? Jom kita buat list.

1. Menyapu / Mem'vakum': mobility exercise

2. Mengemop: strengthening exercise

3. Membasuh pinggan: mobility exercise

4. Membasuh bilik air: strengthening exercise

5. Menyidai kain: stretching exercise

6. Memasak: strengthening exercise

7. Membersihkan habuk kipas: stretching exercise
8. Berkebun: strengthening exercise

9. Melipat kain: mobility exercise

10. Makan: habis semua senaman. Hahaha..
.
Hah, best kan? Bukan setakat rumah je bersih, tapi badan pun sihat.

So, jangan tidur je taw hari cuti, nanti lemau badan. Jom berebut buat kerja rumah!!!
.
Nak free advise lagi?
0122998620
Fb page: Big Heart Physio


#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi #kajang #putrajaya

Wednesday, November 2, 2016

Tuaman Panas ke Sejuk

[PANAS KE SEJUK]
.
Apa yang panas apa yg sejuk? Musim ke? Mentang2 musim hujan sekarang, terus terfikir musim ye.
.
Tak la.. saya nak cerita pasal tuaman panas dan sejuk.
.
Anda pernah tak waktu sakit, nk buat tuaman. Tapi tiba2 confuse pulak. Nk buat tuaman sejuk ke tuaman panas?
.
Hah, meh sini nak cerita sikit bila masa nak guna tuaman tu.
.
1. Tuaman SEJUK

Digunakan bila: tempat sakit or bengkak tu bila kita pegang ada rasa panas.

Cara guna: sapu minyak bayi atau apa2 minyak pada permukaan kulit lepas tu letakkan ice pack atau ketul ais yang dibalut dengan towel selama 5 minit.
.
2. Tuaman PANAS

Digunakan bila: tempat sakit atau bengkak tu bila kita pegang rasa biasa je. (Maksudnya tak rasa panas la)

Cara guna: rendamkan towel dalam air panas ataupun gunakan 'hot pack' dan letakkan di kawasan yang sakit selama 15-20minit.
.
Hah, dah tak confuse kan?
.
Tapi kalau ada yang confuse lagi boleh tanya.
0122998620
Fb page: Big Heart Physio



#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi #kajang #putrajaya

Tuesday, October 18, 2016

BANK TULANG

Pernah tak anda dengar pasal bank tulang? Hah, selalu kita dengar bank yang tempat simpan duit tu je kan?

Hari ni saya nak cerita pasal bank yang ada pada badan kita pulak.

Tulang badan kita ni boleh umpamakan macam akaun bank. Ada 'simpanan' dan ada 'pengeluaran' tisu tulang. Cuma yang bezanya kita tak boleh nak kawal jumlah pengeluaran tu.

Waktu kanak2 dan remaja adalah waktu yang paling banyak tisu tulang kita disimpan berbanding dikeluarkan. Jadi, saiz dan isipadu tulang rangka kita membesar dengan sempurna.

Bank tulang ni akan terus membuat 'simpanan' sehingga seseorang berumur 30 tahun. Pada waktu itu, tulang telah mencapai kekuatan dan isipadu maksima atau dipanggil "peak bone mass".

Tapi selepas itu, untuk wanita, mereka akan melalui satu fasa kehilangan/'pengeluaran' tisu tulang yang cepat dalam beberapa tahun pertama selepas menopouse. Dan kemudian menjadi perlahan dan akan diteruskan hingga akhir usia. 'Pengeluaran' ini lah yang menyebabkan berlakunya osteoporosis.

Oleh sebab tu sangat lah penting, untuk kita memastikan yang akaun bank tulang kita adalah sangat banyak pada usia kita 30 tahun supaya tak de la nanti terasa sangat bila buat banyak pengeluaran.

Tapi mesti anda tertanya2 macam mana nak tambahkan 'simpanan' kat akaun bank tulang ni kan?

Banyak cara boleh buat sebenarnya, tapi yang paling senang adalah menambahkan pengambilan kalsium. Cara paling mudah nak dapatkan kalsium adalah dengan cara minum susu. Jadi, minum la susu dengan banyak sebelum berumur 30 tahun untuk mengelakkan osteoporosis.

Ada yang cari Fisioterapi ke rumah
0122998620
Fb page: Big Heart Physio

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi #kajang #putrajaya

Saturday, October 15, 2016

FLOSSBAND The Magician

Okey, ada yang bertanya macam mana Flossband ni bekerja dan dapat kurangkan sakit.


Macam ni, Flossband ni diperbuat daripada getah. So dia macam kenyal2 sikit.

Cara gunanya,
1. kita kena lilit pada otot yang nak kita stimulate.
2. pastu kita kena gerakkan otot tersebut secara aktif atau pasif.
3. buka lilitan tersebut.

Hah, waktu kita buka lilitan ni la, cecair (extracellular matrix) dan darah yang ada di fascia yang selama hari ni tersangkut ("traffic jam") dikeluarkan.

Kemudian cecair yang baru (extracellular matrix) dan darah yang penuh dengan nutrien meresap masuk.

Sebab tu la sakit boleh berkurang.

Faham ke faham?

Fisioterapi ke rumah
0122998620
Fb page: Big Heart Physio

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi #kajang #putrajaya

Sunday, October 9, 2016

Flossband & Sanctband


Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.

Alhamdulillah, hari ni berjaya 'apply' teknik yang baru belajar dari kursus hari tu kat klien. 








Salah satu immediate efect yang boleh nampak ialah:

Sebelum ni klien ni tak boleh untuk duduk antara dua sujud, dia akan rasa sakit sangat yang memang tak boleh nak tolerate.

Tapi, lepas try buat senaman guna Flossband, sakit tu dah kurang 80%.

Alhamdulillah.

Semua pun kuasa Allah. Yang penting kita manusia ni terus berusaha.

Ada lagi yang mencari fisioterapi ke rumah?
0122998620
Fb page: Big Heart Physio


nota kaki: yang biru tu Flossband, yang oren tu Sanctband.