Tuesday, October 18, 2016

BANK TULANG

Pernah tak anda dengar pasal bank tulang? Hah, selalu kita dengar bank yang tempat simpan duit tu je kan?

Hari ni saya nak cerita pasal bank yang ada pada badan kita pulak.

Tulang badan kita ni boleh umpamakan macam akaun bank. Ada 'simpanan' dan ada 'pengeluaran' tisu tulang. Cuma yang bezanya kita tak boleh nak kawal jumlah pengeluaran tu.

Waktu kanak2 dan remaja adalah waktu yang paling banyak tisu tulang kita disimpan berbanding dikeluarkan. Jadi, saiz dan isipadu tulang rangka kita membesar dengan sempurna.

Bank tulang ni akan terus membuat 'simpanan' sehingga seseorang berumur 30 tahun. Pada waktu itu, tulang telah mencapai kekuatan dan isipadu maksima atau dipanggil "peak bone mass".

Tapi selepas itu, untuk wanita, mereka akan melalui satu fasa kehilangan/'pengeluaran' tisu tulang yang cepat dalam beberapa tahun pertama selepas menopouse. Dan kemudian menjadi perlahan dan akan diteruskan hingga akhir usia. 'Pengeluaran' ini lah yang menyebabkan berlakunya osteoporosis.

Oleh sebab tu sangat lah penting, untuk kita memastikan yang akaun bank tulang kita adalah sangat banyak pada usia kita 30 tahun supaya tak de la nanti terasa sangat bila buat banyak pengeluaran.

Tapi mesti anda tertanya2 macam mana nak tambahkan 'simpanan' kat akaun bank tulang ni kan?

Banyak cara boleh buat sebenarnya, tapi yang paling senang adalah menambahkan pengambilan kalsium. Cara paling mudah nak dapatkan kalsium adalah dengan cara minum susu. Jadi, minum la susu dengan banyak sebelum berumur 30 tahun untuk mengelakkan osteoporosis.

Ada yang cari Fisioterapi ke rumah
0122998620
Fb page: Big Heart Physio

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi #kajang #putrajaya

Saturday, October 15, 2016

FLOSSBAND The Magician

Okey, ada yang bertanya macam mana Flossband ni bekerja dan dapat kurangkan sakit.


Macam ni, Flossband ni diperbuat daripada getah. So dia macam kenyal2 sikit.

Cara gunanya,
1. kita kena lilit pada otot yang nak kita stimulate.
2. pastu kita kena gerakkan otot tersebut secara aktif atau pasif.
3. buka lilitan tersebut.

Hah, waktu kita buka lilitan ni la, cecair (extracellular matrix) dan darah yang ada di fascia yang selama hari ni tersangkut ("traffic jam") dikeluarkan.

Kemudian cecair yang baru (extracellular matrix) dan darah yang penuh dengan nutrien meresap masuk.

Sebab tu la sakit boleh berkurang.

Faham ke faham?

Fisioterapi ke rumah
0122998620
Fb page: Big Heart Physio

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi #kajang #putrajaya

Sunday, October 9, 2016

Flossband & Sanctband


Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.

Alhamdulillah, hari ni berjaya 'apply' teknik yang baru belajar dari kursus hari tu kat klien. 








Salah satu immediate efect yang boleh nampak ialah:

Sebelum ni klien ni tak boleh untuk duduk antara dua sujud, dia akan rasa sakit sangat yang memang tak boleh nak tolerate.

Tapi, lepas try buat senaman guna Flossband, sakit tu dah kurang 80%.

Alhamdulillah.

Semua pun kuasa Allah. Yang penting kita manusia ni terus berusaha.

Ada lagi yang mencari fisioterapi ke rumah?
0122998620
Fb page: Big Heart Physio


nota kaki: yang biru tu Flossband, yang oren tu Sanctband.

Saturday, October 8, 2016

SAYANG TAPI BERKIRA

Ibubapa selalu akan bagi yang paling baik untuk anak2.

+ Makanan paling sedap bagi anak, dia makan sikit pun tak pe
+ Hantar anak ke sekolah yang terbaik yang memang dah terbukti ramai murid2 yang telah berjaya
+ Spend duit untuk beli kehendak anak walaupun kadang2 keperluan dia sendiri pun tak cukup
.
Tapi anak2 belum tentu akan beri yang paling baik untuk ibubapa

+ Keluar pergi makan tempat best, ibubapa makan ape je  kat rumah
+ Hantar ibubapa berubat di tempat yang belum terbukti keberkesanannya sebab tak nak keluarkan duit lebih

Contoh yang paling ketara,
Pesakit strok memang perlu menjalani rawatan fisioterapi selepas strok untuk pemulihan.
Banyak bukti dan kajian yang menunjukkan kepentingan fisioterapi selapas strok ni.
Tapi, tetap ada segelintir yang nak jugak pergi mengurut walaupun belum ada kajian yang membuktikan keberkesanannya.
.
So nak buat macam mana, memang kata sayangkan ibubapa. Tapi hal duit tetap berkira.
.
Tapi kalau yang kata tak de masa tu tak pe. Kami boleh selesaikan masalah anda.
Anda call je 0122998620. InsyaAllah kami datang terus ke rumah anda.
.
Fisioterapi ke rumah
0122998620
Fb page: Big Heart Physio

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi #kajang #putrajaya

Friday, October 7, 2016

BUKAN SEKADAR BATANG PENYAPU

Kat rumah siapa tak de penyapu?

Mesti semua orang ada kan.
.
Tahu tak apa kegunaan lain batang penyapu ni selain membersihkan rumah?


Untuk ambil barang2 yang tinggi
Untuk halau makhluk2 yang tak disukai
Untuk dijadikan tempat menyidai pakaian
Untuk dijadikan tongkat
Untuk ketuk pencuri

Wahhh.. banyak betul kegunaan batang penyapu ni.

Tapi hari ni saya nak cerita, batang penyapu ni boleh digunakan sebagai alatan untuk bersenam.

Hah, nak tahu tak macam mana?

Okey, selalunya senaman ni untuk orang yang ada pergerakan bahu yang terhad.

Contohnya tangan kanan boleh angkat ke atas sepenuhnya, tapi tangan kiri separuh je.

So caranya, pegang batang penyapu di kiri dan kanan tangan.
Dan angkat kedua2 tangan.
Secara automatik, tangan kanan akan membantu tangan kiri untuk bergerak lebih banyak.
.
Lakukan sebanyak 30 kali, 3 kali sehari.

InsyaAllah. Lama kelamaan anda akan nampak hasilnya. Yang penting konsisten.
.
Fisioterapi ke rumah
0122998620
Fb page: Big Heart Physio

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi #kajang #putrajaya

Monday, October 3, 2016

KAKI ATAS BANTAL WAKTU TIDUR? .

Anda selalu tidur berapa bantal ye?

Selalu bantal tu kat mana?
.
Hah, pernah tak letak kan satu bantal dibawah kaki untuk tinggikan kaki?

Apa anda rasa?
.
Anda taw tak, salah satu cara nak hilangkan lenguh kaki adalah dengan meninggikan kaki ketika tidur.

Tapi.. bukan setakat letak kaki atas bantal pastu biar je, kaki tu kena lah gerak2kan supaya bahan2 buangan kat kaki tu boleh bergerak ke jantung.

Nanti insyaAllah akan hilang lenguh kaki tu.
.
Tak percaya?? Cuba la malam ni. Kan dah penat berjalan cuti2 ni.
.
Selamat mencuba.
.
Fisioterapi ke rumah
0122998620
Fb page: Big Heart Physio

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi #kajang #putrajaya