Friday, February 17, 2017

[5 Sebab pesakit KENCING MANIS perlu bersenam]

Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pancreas yang bertugas untuk menukarkan glucose (gula dari makanan) kepada tenaga atau disimpan di dalam tisu otot atau tisu lemak untuk kegunaan masa hadapan.

Sewaktu pencernaan, karbohidrat ditukarkan kepada glucose dan masuk ke dalam darah. Peningkatan glucose didalam darah akan memberi isyarat kepada pancreas untuk menghasilkan insulin.

Insulin akan memberi isyarat kepada badan untuk mengambil glucose daripada darah. Apabila glucose masuk ke sel2 badan, kandungan glucose dalam darah berkurang.

Tetapi untuk kebanyakan pesakit kencing manis sel2 badan mereka tidak mengambil glucose yang berada di dalam darah ini kerana insulin mereka sudah tidak sensitif terhadap glucose. Lalu menyebabkan gula dalam darah meningkat.


Jadi, selain daripada mengawal pemakanan dan mengambil ubat, senaman juga memberikan kesan yang baik kepada pesakit kencing manis. Iaitu:

1) Memperbaiki kawalan glucose dalam darah
2) Menjadikan insulin lebih sensitif.
3) Mengurangkan lemak dalam badan. (Penurunan berat badan boleh menjadikan insulin lebih sensitif)
4) Mengurangkan risiko penyakit kardiovascular (pesakit kencing manis yang kronik berpotensi mengidap penyakit kardiovascular)
5) Mengurangkan stress (stress boleh mengganggu kawalan kencing manis)
Jom bersenam.





Fisioterapi ke rumah
0122998620
Fb page: Big Heart Physio

Wednesday, February 15, 2017

Tips cuaca panas melampau

[PANAS KE???]
.
Hai tengah buat apa tu? tunggu nak lunch ye?
.
Hmm... Nampaknya tak lama lagi kita akan ke musim cuaca panas.
.
Dah ready ke?
.
Eyh, kena ready ke?
.
Hehehe... kena la ready2 sikit. Tambah2 ilmu untuk kesihatan kita.
.
Sebabnya cuaca panas ni boleh memberi kesan fizikal kepada tubuh kita. Daripada tahap sederhana hingga boleh menyebabkan kematian (strok haba).
.
So, kenalah hati2.
.
Okey, siapa kumpulan yang lebih berisiko terkena kesan cuaca panas ni?

📌 Mereka yang terbabit dalam aktiviti fizikal di luar
📌 Mereka yang berumur 40 tahun ke atas
📌 Kanak-kanak 5 tahun ke bawah
📌 Penghidap penyakit sistem pernafasan
📌 Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis, dan kelenjar tiroid
.
Gejala cuaca panas melampau adalah:

🔫 Sakit kepala
🔫 Keletihan
🔫 Lemah tumpuan
🔫 Pening
🔫 Lemah otot-otot atau kekejangan
🔫 Mual dan muntah
🔫 Jika teruk: meyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma)
.
Tapi, ada cara untuk mencegah atau mengurangkan kesan terhadap cuaca panas melampau ni:

❤️ Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang dilakukan
❤️ Minum minuman isotonik
❤️ Sebolehnya berada didalam rumah atau dalam bangunan
❤️ Hadkan aktiviti luar
❤️ Kerap berehat
❤️ Mandi atau gunakan kipas angina untuk menyejukkan badan
❤️ Pakai pakaian yang ringan, bewarna terang dan longgar
❤️ Pakai topi atau paying yang besar
.
Dan elakkan:

❌ Minum minuman yang mempunyai kafein, alcohol atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
❌ Duduk didalam kereta yang tertutup
❌ Bersenam dalam cuaca yang panas
.
Jika anda mempunyai tanda2 gejala, lakukan tips berikut:

🔔 Keluar dari kawasan yang panas
🔔 Tanggalkan pakaian yang ketat
🔔 Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
🔔 Gunakan kipas untuk menyejukkan badan
🔔 Minum air setiap 15 minit
🔔 Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.
.


Jaga diri semua.
.
Ingat fisio, Ingat Big Heart Physio

Whatapps 0132935318
Whatapps 0132935318
Whatapps 0132935318


#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi #kajang #putrajaya

Tuesday, February 14, 2017

[KERANA TAK TAHU, AKHIRNYA IBUBAPA INI TERPAKSA MELIHAT KAKI ANAKNYA…………]

Saya amat terkesan dengan kisah salah seorang klien Big Heart Physio ini.


Kehidupan keluarga mereka serba sederhana, pasangan suami isteri ini bekerja biasa2 sahaja, tidaklah bergaji besar. Si isteri kadang pulang lewat malam kerana bekerja. Mereka tinggal di dalam rumah yang besarnya lebih kurang 600 lebih sqft sahaja bersama 3 lagi anak lelaki.

Tapi, oleh kerana inginkan yang terbaik untuk anaknya mereka sanggup mengeluarkan belanja untuk membuat fisioterapi bersama Big Heart Physio.


Beberapa bulan yang lalu, anak sulung mereka yang dalam lingkungan usia 20-an telah mengalami kemalangan motosikal  dan mendapat traumatic brain injury (TBI). Iaitu kecederan pada otak yang disebabkan oleh hentakan di kepala (utk kes ini sebab accident).

Selepas kemalangan itu, si anak ini hanya mampu terbaring di atas katilnya dan tidak sedarkan diri. Apa yang lebih menyedihkan adalah selepas pulang dari hospital, tiada temujanji susulan yang diberikan oleh pihak hospital bagi mendapatkan rawatan fisioterapi untuk si anak ini.

Oleh kerana tidak tahu, maka keluarga ini menjaga si anak ini seperti biasa. Sehingga la pada suatu hari (lebih kurang 6 bulan selepas kejadian), kawan mereka telah memberitahu bahawa anak ini sepatutnya menjalani rawatan fisioterapi.


Maka, mereka terus mencari fisioterapi yang boleh memberi rawatan kepada anak mereka. Tapi Allah masih ingin menguji keluarga ini. Fisioterapi yang mereka pilih ini tidak seperti yang diharapkan, maka si ibu memilih untuk tidak meneruskan sesi bersama fisioterapi tersebut.


Rezeki Allah tak pernah salah alamat, satu hari, Allah menemukan si ibu ini dengan salah seorang klien kami iaitu Puan A. Puan A juga mempunyai suaminya yang terlantar.  Puan A telah bercerita dan menunjukkan video tentang rawatan suaminya bersama En.Helmi (salah seorang fisioterapi bertauliah Big Heart Physio).

Si ibu sangat tertarik dengan cara En.Helmi mengendalikan rawatan bersama suami Puan A dan akhirnya si ibu membuat temujanji dengan En. Helmi.


Sewaktu kali pertama membuat rawatan, sendi lutut anak ini sudah mengalami sedikit ‘contracture’ (baca: mengeras). Kakinya hanya boleh dibengkokkan sedikit sahaja kerana sudah terlalu lama berada dalam posisi lurus. Dan juga bahagian2 badan lain yang juga sudah tidak berada dalam keadaan normal.

Sekarang, si anak ini masih lagi menjalani rawatan bersama Big Heart Physio sebanyak 3kali seminggu. Kita sama2 lah doakan Allah memberikan kesembuhan pada anak ini dan meluaskan rezeki keluarga ini. Amin….


Mencari fisioterapi ke rumah?

Whatapps 0132935318
Whatapps 0132935318
Whatapps 0132935318

Customer service kami bersedia melayani anda dengan gembira

Fb page: Big Heart Physio

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi #kajang #putrajaya





Thursday, February 9, 2017

Pil Perancang


Semalam time tengah baca buku pasal stroke, tiba2 terjumpa ni..👇



Tataw la sejauh mana kesahihannya...

Mungkin kena baca research2 lain pulak tentang ni.
.
Apa2 pun kita mungkin boleh ambil langkah berjaga n mengamalkan gaya hidup sihat.

Sebab mencegah tu kan lagi baik dari mengubati. =)
.
.
.
Jom buat fisio kat rumah
Whatapps 013-2935318
Whatapps 013-2935318
Whatapps 013-2935318

Fb page: Big Heart Physio

Wednesday, February 1, 2017

Stroke




Ketahui jenis2, gejala, penyebab n faktor risiko stroke.





TAPI INGAT!!!!!
.
Pesakit stroke perlu mendapatkan rawatan fisioterapi dengan kerap dalam 6 bulan pertama untuk meminimakan kesan stroke tersebut.
.
.
.
Ada yang nak try rawatan fisioterapi yang selesa tak?
Whatapps 0132935318
Whatapps 0132935318
Whatapps 0132935318
Customer service kami akan memberikan layanan yang terbaik untuk anda.