Thursday, January 26, 2017

Pengalaman Umrah dengan anak kecil

Assalamualaikum.. maaf semua. Lama tak update. Alhamdulillah sebenarnya kami baru pulang dari tanah suci. Lepas tu demam pulak, maka sambung la bercuti. Ni baru la okey sikit.

So hari ni curi jugak masa untuk share sikit pengalaman ke Tanah suci bersama putera & puteri kesayangan kami.

Just for info, waktu ke sana, umur Damia 3 tahun 7 bulan & Fateh 1 tahun 2 bulan.


Okey.. saya akan cuba kongsikan antara point2 penting untuk preparation parents yang nak bawa kids ke sana.

1) Waktu tidur

Make sure kita betul2 tahu rutin tidur anak kita waktu kat Malaysia. Anak2 kami memang jenis tidur awal & bangun awal. Macam Fateh dia akan tidur waktu pukul 10-11pagi & 3-4petang pastu malam akan tidur dalam pukul 9. Damia cuma tidur malam je pukul 9, siang dia tak tidur.

So kat sana akan lewat 5 jam dari sini. Jadi bangun awal pagi untuk ke masjid untuk solat subuh Alhamdulillah tak de masalah. Cuma lepas subuh memang da ready Fateh untuk tidur. Kadang2 dia tidur je dalam baby carrier time jalan nak balik ke hotel. (kami tak bawa stroller).

Waktu zohor pun agak mencabar sebab waktu tu adalah waktu tidur Fateh dan kami nak ke masjid. So kena datang awal ke masjid, tidurkan dia dulu kat masjid sebelum solat. Malam pulak, gap antara maghrib & isyak tu kami stay je di Masjid jadi dah siap2 tidurkan Damia & Fateh sementara tunggu isyak. Jadi bila balik, dukung je dua budak yang tidur tu balik ke hotel.



Jadi, untuk kesenangan study dulu jadual solat sana sebelum pergi untuk plan betul2 waktu tidur anak. Sebab bila anak cukup tidur & tidur tak terganggu, diorang pun tak de la tantrum tak tentu pasal sangat, senang kita nak buat ibadat.

2) Aktiviti di masjid

So waktu kita solat & beribadat di masjid tu boleh la sediakan busy kit untuk anak2. Macam Damia senang sikit sebab dia da besar, so bila kita bagi buku or apa2 busy kit dia, dia boleh stay elok2 & buat kerja dia.

Tapi, untuk Fateh tak, sebab dia masih belum boleh terima arahan, so walaupun kita suruh dia duduk, dia still akan pergi explore tempat tu or g berkawan dengan orang lain. So, cara yang paling effective adalah guna hand harness. (Kalau perasan kat gambar, ada yang tali biru kat tangan Fateh tu.)

Bagus benda ni, dia still boleh explore, tapi in a certain range only. Kita pun tak de la risau time solat, dia jauh entah kemana2. Tapi ada risiko kita kena belit dengan dia la time solat. (hahaha…umi Fateh ada la kena sekali dua time solat hari tu)

Selain tu boleh la bawak makanan yang diorang senang nak makan. Macam biskut, roti or epal. Tapi jangan risau, anak2 ni memang murah rezeki kat sana, boleh dikatakan tiap2 waktu solat, ada je orang akan datang bagi makanan kat diorang. (pastu kalau diorang tak makan, umi dia la yang untung, hahahahaha…)


3) Tawaf

Untuk tawaf ni agak mencabar sikit la kalau time diorang ni bangun. So ada masa kami pakai baby carrier, abi dia carry sorang, umi dia carry sorang. (Tapi kena tukar pampers Fateh siap2 la sebab tak boleh menanggung najis waktu tawaf).

Tapi, ada jugak waktu kami guna wheelchair hotel. Tolak diorang atas wheelchair, Damia boleh duduk atas Wheelchair tu smpai 7 pusingan, tapi Fateh selalunya 2 pusingan dia da meronta nak turun. So end up pakai baby carrier jugak.

Sebab tawaf pakai wheelchair, so kena guna tingkat atas, jadi pusingan tu jauh sikit la, satu pusingan amek masa dalam 10-15 minit. Apa2 pun kena banyak bersabar & doakan Allah permudahkan.

Saie lebih kurang je. Cuma sebab saie tak perlu pastikan pampers bersih, so lebih mudah nak terus dukung Fateh kalau dia tak nak duduk atas wheelchair.

4) Cuaca

Waktu kami pergi ni waktu musim sejuk, so tak de la panas sangat. Tapi time zohor tu kalau kena matahari tu still rasa panas terik nya. So kena make sure anak2 minum air zamzam secukupnya.

Silap saya waktu kat Madinah tu tak ingat sangat nak sentiasa bagi minum air zamzam kat Damia, so dia kurang air. Jadi waktu dari Madinah ke Mekah tu dia demam. Tapi Fateh okey, agaknya sebab menyusu. Jadi Alhamdulillah air cukup je.


Ermm....Rasanya itu lah antara point2 penting yang perlu diambil kira sebelum pergi dengan anak2 ke Tanah suci.

Yang lain okey je, insyaAllah. Berdoa dan yakin Allah akan mudahkan semua urusan kita dan anak2 disana.

Apa2 pun parents kena fit, sebab banyak aktiviti fizikal kat sana, nak jaga anak lagi. =)

Saya doakan orang yang membaca post saya kali ni dipermudahkan urusan ke Tanah suci bersama anaknda2 tercinta. Amin ya rabb….


 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada yang mencari fisioterapi ke rumah.
Jom klik Big Heart Physio
+60122998620

Friday, January 13, 2017

Bengkak?? Macam mana nak buat.


Siapa kat sini pernah jaga orang sakit?

Tak kisah la kat hospital ke, kat rumah ke, kat mana2 je la?

Pernah tak waktu jaga tu, tiba2 tengok orang yang kita jaga tu tangan nya bengkak, kakinya bengkak. Pernah tak?

So, apa yang anda buat ek?



Hah, hari ni saya nak share sikit antara perkara2 basic yang boleh kita buat kalau terjadinya bengkak ni..

#1 Tinggikan


Kalau boleh tinggikan bahagian yang bengkak tu lebih tinggi daripada level jantung.

Maksudnya kalau kaki bengkak, time baring tu boleh la alaskan bantal bawah lutut untuk tinggikan kaki tu.

Kalau tangan, pun sama, letakkan tangan tu atas bantal.

Tujuan: untuk memudahkan pergerakan cecair ke jantung dengan bantuan graviti

#2 Gerakkan

Kalau orang yang kita jaga tu sedar, lepas dah tinggikan bahagian yang bengkak tu boleh la minta mereka gerakkan anggota tersebut.

Contohnya kalau kaki, boleh minta mereka gerakkan pergelangan kaki tu secara membulat ataupun gerakkan ke atas dan ke bawah  berulang kali.

Kalau tangan, boleh minta mereka genggam dan buka berulang kali.

Tapi, kalau pesakit tu tak sedar, anda boleh tolong gerakkan bahagian yang bengkak tu guna kaedah yang sama.

Tujuan: untuk mengepam cecair2 yang berlebihan tu ke jantung

#3 Tekanan

Ni bukan stress taw. Hehehe…

Lepas dah tinggikan dan gerakkan anggota bengkak tu.

Kita boleh la gunakan sama ada pressure stoking ataupun bandage untuk balutkan anggota yang bengkak tu.

Tujuan: untuk elakkan anggota tersebut bengkak semula


Tapi… tak semua bengkak kita boleh buat macam ni taw. Sebab ada bengkak yang puncanya lain. So apa2 pun pastikan anda mendapat nasihat pakar sebelum membuat sesuatu.


Kalau nak nasihat Big Heart Physio
Hubungi +60122998620
Hubungi +60122998620
Hubungi +60122998620



Semoga anda semua belajar sesuatu. =)

Tuesday, January 3, 2017

HOSPITAL KE RUMAH???

Pernah terfikir tak???

"Kenapa nak buat fisio kat rumah sedangkan kat hospital pun ada fisio?"

"Mahal la harga buat fisio kat rumah"


.
Tapi.... Pernah tak terfikir lagi..??
.
"Kalau buat fisio kat rumah ni dapat jimat masa, tak payah penat2 nak menunggu giliran. Setiap minit tu kan berharga, dapat la spend time lebih sikit dengan family"

"Dapat jimat duit minyak or teksi nak ke hospital. Ada seorang klien ni cerita, tambang teksi dari rumahnya ke hospital je dah RM100 lebih, tu baru datang hospital pergi buat appoinment je, belum rawatan lagi"

"Bila buat fisio kat rumah, secara automatik semua senaman dan rawatan yang ahli fisio bagi tu boleh diteruskan sendiri oleh pesakit dan keluarga, sebabnya sebelum ahli fisio bagi apa2 senaman atau rawatan, ahli fisio tu dah ambil kira keadaan rumah dan keperluan yang ada."
.

Rawatan fisioterapi ni kalau anda jumpa ahli fisio hebat mana sekali pun tapi bila sampai rumah anda tak buat pun senaman yang ahli fisio tu ajar, tak guna jugak.
.
So, semua pun atas diri sendiri. Sendiri nak sihat, sendiri la kena berkorban sikit.
.
Fisioterapi ke rumah
0122998620

Sunday, January 1, 2017

Pesanan DR AZIZAN OSMAN

Selamat Menyambut tahun baru semua.


Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 yang lepas.

Mari kita buka tahun ni dengan sidikit ingatan dari mentor saya. 

Tentang.....

Kenapa selalu LOST??!!!

Pesanan ini mentor saya DR AZIZAN OSMAN yang bagi ketika mentoring session dulu. 

Banyak nasihat beliau bagi. Ni antaranya la:

1. Dalam hidup ni bukan tak de benda yang boleh buat, tapi terlalu banyak yang boleh buat.
2. Destraction terlalu banyak, so kita kena fokus.
3. Macam mana nak fokus?? Kita kena ada matlamat or vision.
4. Try setkan matlamat, apa yang kita nak jadi 5 tahun akan datang. TULIS!!!
5. Pastu review matlamat kita tu hari2. Tiap2 pagi wajib baca.
6. Secara automatik, fizikal & mental kita akan bergerak ke arah matlamat kita.
7. Lagi satu kenal pasti gap atau halangan kita daripada mencapai matlamat tu.
6. Bila dah tahu, boleh la rancang stretegi untuk menewaskan halangan tu.
.
Saya rasa tips ni applicabale untuk apa2 situasi pun. Jadi sesiapa yang baca ni boleh la cuba taw.
.
Ada yang mencari fisioterapi ke rumah
0122998620
FB page: Big Heart Physio