Wednesday, August 31, 2016

Selamat Menyambut hari kemerdekaan


Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya

Tuesday, August 30, 2016

Satisfied client

Alhamdulillah. Ramai yang berpuas hati dengan servis kami. Semoga lebih ramai orang di luar sana yang dapat kami bantu.





Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya

Thursday, August 25, 2016

MMM coaching

Sedikit perkongsian nasihat dari mentor semalam:

1. Jangan bandingkan epal dengan kucing. Bandingkan epal dengan epal.

Maksudnya jangan bandingkan pencapaian kita dengan orang lain, tapi bandingkan pancapaian kita dengan diri kita sendiri.
Sama ada, ada peningkatan, penurunan atau mendatar sahaja.
Bila kita mula membandingkan diri kita dengan orang lain, perasaan 'give up' tu akan slowly datang.
So, mula la kita nak buat apa yang orang lain tu buat.

2. Jangan melompat seperti monkey, dibulan monkey dan ditahun monkey.

Menurut kepercayaan orang cina, bulan 8 adalah bulan monkey dan tahun ini merupakan tahun monkey dalam kelendar mereka.
So mentor kata, biar je tahun dan bulan monkey, yang penting kita jangan jadi seperti monkey melompat2 menukar bisnes.
Tengok bisnes tu up nak buat tu, tengok orang berjaya buat bisnes tu kita pun nak buat.
Jangan macam tu, stay fokus dengan apa yang kita buat. Try and adjust sampai berjaya.

3. Set target yang besar supaya kita dapat capai target yang kecil.

Contohnya sales kita bulan ni da sampai RM10k sebulan. Kita nak bulan depan sales kita RM15k sebulan.
So kita set target sales kita RM50k bulan depan, kita buat perancangan pun untuk dapat kan RM50k bulan depan.
InsyaAllah bulan depan sales RM15k tu memang dah ada dalam tangan, dan kalau rezeki ntah2 sales kita memang betul2 dapat RM50k.
Apa yang kita fikir tu kan doa jugak. =)

Saya harap anda dapat belajar sesuatu, apa2 pun keyakinan pada Allah itu yang lebih penting sebab, Dia la yang mengaturkan segalanya.

Fisioterapi ke rumah
012-2998620

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya

Tuesday, August 23, 2016

Eeeiiii... KOTOR Laaaa!!!!

"Tak nak la ajak anak buat gardening, nanti kotor habis semua" -ibu-

"Eleyh... Buat mati je pokok tu nanti kalau dia tanam"-ayah-

Kenapa ye tak nak bagi peluang pada si anak untuk mencuba aktiviti lain selain dari yang dia dah buat hari2?

Susah ke nak basuh tangan n baju anak tu kalau kotor?

Isu sangat ke kalau pokok yang anak kita tanam tu tak hidup?

Dear parents,

Banyak sangat2 manfaat yang anak anda boleh dapat melalui gardening ni.



Kat sini saya ada listkan 5 manfaatnya.
Yang lain, parents boleh la tambah sendiri ye.

1. Anak boleh belajar tentang Tuhan
- anak akan kagum melihat ciptaan Allah yang menciptakan pelbagai tumbuhan yang setiap satunya ada keunikan tersendiri.
- anak dapat melihat bagaimana dari sekecil2 biji benih boleh membesar menjadi pokok dan akhirnya mengeluarkan bunga atau buah

2. Anak dapat meningkatkan koordinasi
- mungkin pada kita senang je nak ceduk masukkan tanah dalam bekas sebab koordinasi kita dah bagus, tapi bagi mereka, ini adalah cabaran baru yang sangat mencabar.
- selain tu, cabaran nak siram pokok tepat masuk ke dalam pasu pun agak mencabar bagi mereka.

3. Anak dapat meningkatkan sensori tangan
- sensori tangan dapat diransang dengan marasai atau memegang pelbagai jenis tekstur.
- sewaktu 'gardening' anak akan dapat merasa tekstur seperti tanah, rumput, batu, duri, daun, bunga, buah dan lain2.

4. Anak dapat meningkatkan kemahiran berfikir
- kenapa kena siram pokok pagi n petang?
  kenapa kena letak baja?
  kenapa kena letak bawah matahari?
- dan macam2 lagi soalan yang akan perlu parents berikan jawapan.

5. Anak dapat belajar di luar bilik darjah
- boleh mengira berapa senduk tanah untuk setiap pasu, boleh buat operasi matematik guna batu atau bunga
- boleh belajar tentang warna dan bau
- kalau dah besar sikit boleh belajar sains macam kitaran hidup pokok, rantai makanan dan lain2.

Hah.. Saya tahu, dalam fikiran anda semua sebenarnya banyak lagi kan manfaat nye??

So, jom ajak anak berkebun petang ni. 😁

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Sunday, August 21, 2016

MAMPUKAH KITA???

Tiada siapa sangka, seorang ketua keluarga akan ditimpa kemalangan sehari sebelum raya,
Tiada siapa sangka, ketua keluarga itu akan lumpuh selepas kemalangan,
Bagaimanalah perasaan isteri dan anak2nya?

Walaupun begitu, isterinya sangat gigih dan kuat semangat. Masih setia menemani dan menjaga si suami walaupun si suami tak mampu untuk berbuat apa2, hatta untuk menyuapkan air ke mulut sendiri.

Saya diperkenalkan oleh pesakit saya dengan keluarga ini. Ketika saya datang pada kali pertama, si suami hanya terbaring  je, tapi selepas beberapa sesi, pelbagai perubahan positif berlaku. Si suami sudah mampu mengangkat tangan, duduk dengan sokongan dan dapat mengawal pergerakan leher.

Tapi, selepas itu perubahan nya menjadi mendatar. Agak susah untuk tengok perubahan walaupun rawatan fisioterapi tu dah jadi rutin. Tapi.. rawatan fisio tetap diteruskan.

Hingga lah ke satu hari, keluarga ini sekali lagi di uji, si suami di serang sawan. Sawan ni bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali2. Hati isteri mana yang tak sedih melihatkan suaminya dalam keadaan begitu. Tapi, beliau masih tetap bangkit mencari serpihan kekuatan.

Rupa2nya aturan Allah lebih cantik dari apa yang manusia rancangkan. Allah nak berikan `hadiah’ kepada mereka. Sekali lagi, saya menyaksikan sendiri pelbagai perubahan positif kepada si suami. Yang paling ketara, kini si suami lebih memahami arahan yang saya berikan dengan lebih cepat dan macam2 lagi perubahan lain.

Alhamdulillah. Dari sudut pandangan saya sebagai fisioterapi, saya nampak potensi ketua keluarga ini untuk sembuh. Tapi, apa2 pun Allah lebih mengetahui.

Kepada anda yang membaca post ini, marilah kita sama2 berdoa agar Allah memberi kesembuhan kepada Suami ini dan sentiasa memberikan kekuatan kepada isteri dan anak2nya untuk meneruskan hidup. Amin..

Benar kata bijak pandai, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma sama ada kita manusia masih nak bangkit untuk terus merasai hikmah itu atau kita tewas dan kecundang dengan ujian hidup itu.

Jom bangkit!!

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)


#bigheartphysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya


  

Saturday, August 20, 2016

KURSUS LAGI = GILA KURSUS

First sekali nak cakap tahniah untuk Dato' Lee Chong Wei. Nice game!! Semangat dan aura 'never give up' tu patut dicontohi.

Dan atas semangat 'never give up' ni jugak la, incik suami berkursus lagi minggu ni. Ayooo... 3 weekend berturut2 kursus bulan Ogos ni.


Minggu pertama: Kursus Sarjana Hartanah
Minggu kedua: Kursus Teknik Kinesio Taping
Minggu ketiga: Kursus Optimizing Trunk Control and Functional Mobility in Stroke Patient

Amboi.. Minggu ni punya tajuk kursus panjang bukan main. Nasib baik kursusnya semalam n hari ni je. Hari ni pun setengah hari je, petang boleh lah sambung pergi rumah klien.

Sorry ye klien2 sekalian, weekend ogos ni En.Helmi busy sikit. Esok insyaAllah dia akan catch up mana2 yang boleh ye.

So pada siapa2 yang nak buat appoinment masih boleh lagi, Puan Aini kan ade.😊

Jom set date!!

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya

p/s: incik suami, bila nak balik rumah mertua ni ye?😅

Friday, August 19, 2016

RUMAHKU, SYURGAKU

Petang semalam saya bawak anak pergi main kat taman. Seronok tengok, ramai rupanya rakyat Malaysia ni suka ber'jogging'.



Teringat seorang klien saya di Puchong, awal2 dulu saya hanya buat rawatan fisio dalam rumah je. Tapi bila klien saya ni dah makin okey, nampak lebih stabil bila berjalan, saya pun bawak la klien saya ni berlatih berjalan kat taman yang dekat dengan rumah beliau, tak pun kami akan berjalan di sekitar taman perumahan beliau. Klien saya ni suka sangat bila saya bawa dia berjalan diluar.


Ni la sebabnya kenapa kami memilih membuat servis fisioterapi ke rumah berbanding membuka fisio center.

Klien kami bebas membuat pelbagai latihan dan senaman mengikut kesesuaian rumah dan persekitaran masing2. Kan lebih selesa bila buat di rumah sendiri. Rumahku, Syurgaku.

Selain tu, kami pun boleh la adjust dan modified siap2 aktiviti apa yang sesuai untuk satu2 klien tu. Tak semua orang keadaan dan masalahnya sama, so kami akan ubah mengikut keperluan masing2.

Siapa nak kami bantu lagi?

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya

Thursday, August 18, 2016

TAK SABAR-SABAR

Ni cerita malam semalam.

Ada sorang klien saya ni cuti buat rawatan dengan saya sebab dia nak ikut satu NGO ni buat program kat Phnom Penh.

Tapi semalam, belum sampai Malaysia lagi, petang tu dia dah buat appoinment siap2 dengan saya.
Dia dijangka sampai KLIA pukul 7.30 malam.
Jadi, dia suruh saya datang rumah dia pukul 9.30 malam.
Amboi.. Tak sabar2 nak jumpa saya ni, sampai tak sempat nak tunggu esok. 😁

So, malam tadi pun saya ni siap2 la nak pergi rumah klien ni.
Saya jarang buat appoinment dengan klien malam sebenarnya, sebab selalunya malam saya nak spend time dengan family.
Tapi tak pe la, demi mencari sesuap nasi, 9.31 malam saya dah terpacak kat rumah klien ni.
9.45 malam baru dia sampai, maklum la flight antarabangsa kan memang lama sikit procedurenya, nak tunggu beg lagi.

Maka bermula la sesi siasatan.
Rupa2nya klien saya ni sakit lutut. Dia sampai xboleh nak lipat kaki, berjalan pun sakit.
Patut la nak saya datang cepat. Dah tak tahan sakit tu.
Dulu sebelum dia pergi trip ni pun dia ada sakit lutut, tapi lepas saya dah 'tekan2 n urut', alhamdulillah dah okey.
Ni jadi lagi sekali, saya plan nak guna teknik taping yang saya baru belajar tu, tapi di sebabkan sakit tu lain sikit kali ni, so saya guna lagi teknik 'tekan2 n urut' tu.

Ada lagi ke yang nak jumpa saya?

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya

Wednesday, August 17, 2016

RUPA-RUPANYA BUKAN PESAKIT JE YANG SAKIT

Ni kisah waktu saya pergi kursus Kinesio Tape sabtu dan ahad lepas.


Sebenarnya saya pergi kursus ni dengan harapan nanti nak gunakan teknik ni untuk klien2 saya. Sebab ada sorang klien saya ni dulu saya pernah 'tape' dia dan memang dia kata membantu sangat kurangkan sakit dia.

Tu saya baru gunakan teknik simple je dah membantu. Kalau tahu teknik macam2 mesti lagi boleh buat macam2 dan bantu lebih ramai orang. Tu yang saya bersemangat nak pergi kursus untuk belajar.

Waktu kat kursus tu, ada la peserta2 lain dalam 20 orang cam tu. Semuanya nampak sihat2 belaka.

Tapi.. Bila da check2, sebenarnya masing2 ada masalah masing2, jadi masing2 la kena 'tape'.


Saya pun kena 'tape' jugak, yang paling saya rasa membantu bila tape bahagian belakang badan la, lepas 'tape' tu rasa selesa je belakang walaupun kena duduk tegak dalam masa yang lama. Selalunya kalau duduk tegak lebih 10 minit mesti saya dah tak selesa dan akan duduk membongkok ke depan.

So, jangan ingat orang sihat ni okey je. Kita yang kadang2 tak sedar sebab badan kita dah 'adjust' dan 'compensate' dengan keadaan semasa.

Ada yang nak consultation?

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya

Tuesday, August 16, 2016

6 bulan pertama STROKE

ALAAA... DAH LEBIH 6 BULAN

Pernah tak tengok pesakit stroke yang kalau dia buat fisio, perubahan yang kita nampak tu ketara sangat?

Pernah tak tengok pesakit stroke jugak, buat fisio jugak, tapi perubahan dia sikit sangat tak pun tak nampak apa2 perubahan?

Pernah tak?? Agaknya sebab apa ye?

Sebenarnya, bagi pesakit stroke ni, tempoh masa yang paling berharga adalah pada 6 bulan pertama.

6 bulan pertama ni la yang selalunya menentukan keadaan pesakit selepas tu.

Kalau 6 bulan pertama ni, penjaga ambil inisiatif untuk betul2 bawa pesakit jumpa fisio kat hospital dan tiap2 hari buat senaman yang diajar ni kat rumah, insyaAllah memang cepat perubahan yang boleh nampak.

Tapi, kalau penjaga pun buat sambil lewa,
Kadang2 bawak kadang2 tak,
Bila bawak pun, hanya kat hospital je buat senaman kat rumah tak,
Lepas 6 bulan baru cari fisio,
Memang lambat dan susah la nak nampak perubahan pesakit.

Rugi sangat sebenarnya kalau sia2 kan 6 bulan pertama ni, sebab 6 bulan pertama ni la sel2 baru nak dibina, jadi banyak ransangan yang kena diberikan untuk semua sel2 otak ni kembali berhubung.

Sel otak selepas stroke

Tapi... Mungkin jugak mereka tak tahu kan?
Jadi, siapa2 yang dah baca dan dah tahu ni boleh la share kan. Mungkin ianya tidak bermanfaat pada anda, tapi sangat bermanfaat untuk orang lain.

Ada sesiapa yang mencari fisio untuk datang membuat rawatan dirumah?

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya

Sunday, August 14, 2016

Kinesio Tape

KISAH TAPE BIRU

Alkisahnya semalam incik suami pergi kursus untuk belajar tentang cara untuk menggunakan Kinesio Tape.

Bukan salotape yang kita guna untuk balut buku dulu2 taw.

Kinesio Tape ni adalah tape yang digunakan untuk kurangkan sakit, betul kan postur, membantu pergerakan otot dan macam2 lagi fungsinya.

Tape ni sangat mahal, (yela.. benda baik kan memang selalunya mahal) tapi kesan dia memang best sangat.

*Kalau orang yang sakit lutut pakai, insyaAllah jalan lama pun tak sakit sangat.
*Kalau orang yang duduk pun cam malas2 tak tegak, pakai ni dapat la tegak sikit.
*Kalau orang yang sakit bila bergerak, tak nak bagi gerak sangat, pakai ni pun boleh membantu.
*Hah! yang paling selalu orang guna, orang yang bersukan la.

Eyh.. Dah melalut jauh ni. Okey2 jom sambung kisah tadi.

Okey, selepas je incik suami balik rumah semalam. Habis anak2 semua di'tape'kan.

Tape kat tangan, tape kat kaki, tape kat belakang, kat perut. Semua tempat la nak tape. Bukan main seronok lagi diorang kena tape dengan abi.


Nasib la anak2 oi, dah dapat abi n umi fisioterapi, kena la tape kan. Hehehe.. 😅

So siapa lagi nak try guna kinesio tape ni?

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya #kinesiotape

Friday, August 12, 2016

5 tips Memudahkan Pergaulan

Anda pernah tak jumpa orang yang macam boleh je masuk dengan siapa2 pun, walaupun baru jumpa seminit?

Jelous kan tengok?

Kita ni bila jumpa orang baru, rasa macam nak menyorok dalam tudung je.

Jom try tips ni, mana la tahu boleh membantu.

1. Cari persamaan

- bila kita mencari persamaan dengan seseorang, secara automatik kita akan menghasilkan satu tarikan semulajadi.
- lagipun bila kita ada persamaan dengan seseorang, secara tak langsung kita akan berbual dengan penuh minatm
- contohnya,  kalau kita jumpa orang tu kat sekolah anak kita, boleh la kita berborak dengan dia pasal perkembangan anak ke, aktiviti sekolah ke. Tak pun, kalau jumpa orang kat pasar, boleh la berborak pasal resepi ke, tips nak pilih bahan2 segar ke.

2. Banyakkan mendengar, kurangkan bercakap

- sedarkah anda, kadang2 apabila kita banyak bercakap, kita sebenarnya mendedahkan kelemahan diri kita ataupun melukai hati orang lain
- orang yang bijaksana lebih banyak mendengar kerana maklumat dapat diterima ketika mendengar
- oleh itu, berfikir sebelum berkata2 dan elakkan berkata yang sia2.

3. Elakkan daripada membaca fikiran orang

- don't judge a book by it's cover.
- bila kita melabel seseorang, kita seolah2 membaca fikirannya. Kita seolah2 tahu serba serbi mengenainya. Tapi.. Bila dah berinteraksi dengan nya, semua macam tersasar dari jangkaan.
- sama juga dengan kita, kita pun tak suka kalau orang label kita kan??

4. Layan orang sebagaimana kita mahu orang layani kita

- ramai orang tak ambil kesah pun apa orang lain akan rasa bila dia buat sesuatu tindakan tu, tapi.. bila dah terkena atas batang hidung sendiri, barulah dia sedar betapa sakitnya diperlakukan macam tu.
- jadi.. fikir dulu sebelum buat sesuatu terutamanya ketika marah.

5. Tiada siapa yang sempurna

- apabila kita ternampak buruk seseorang, ingatlah bahawa tiada siapa yang sempurna di dunia ini
- jangan sangka jika kita memiliki akhlak yang baik, orang lain juga mesti tunjukkan akhlak macam tu, setiap orang berbeza dan unik dalam cara tersendiri
- kadangkala, sifat yang negatif sebenarnya adalah positif dalam situasi yang berbeza. Contohnya sifat tamak, kan bagus kalau rasa tamak nak berbuat kebaikan pada semua orang. 😁

Jom ramaikan kawan.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Thursday, August 11, 2016

TERLEBIH Bersenam??

ADUH!!! SAKITNYA..

Pernah tak lepas anda jogging ke hiking ke atau buat apa2 senaman, rasa macam sakit sangat badan dan otot2 semua segala??

Pernah terfikir tak normal ke rasa sakit macam tu? Ke dah terlajak bersenam?


Hah.. Biar saya jawab, persoalan yang dalam fikiran anda tu.

Sebenarnya, kalau kita tak biasa buat sesuatu aktiviti tu memang kita akan rasa lenguh2 badan dan otot, tapi sepatutnya sakit ni akan hilang kurang dari 4 jam.

Tapi,  kalau..

1. Sakit tersebut tak kurang selepas 4 jam dan tak hilang selepas 24 jam.

2. Sakit tersebut datang sewaktu baru memulakan senaman atau sakit tu bertambah berbanding sesi sebelumnya.

3. Rasa keras atau ketat pada sendi semakin bertambah atau pergerakan sendi semakin berkurang sepanjang beberapa sesi aktiviti dijalankan.

4. Bengkak, kemerahan atau rasa panas pada tempat sakit sebelum ni.

5. Fungsi bahagian badan tersebut berkurang. (Contoh: kalau tangan, terus rasa susah nak sikat rambut)

Hah.. Apa maksud tanda2 ni ye?

Maksudnya, senaman atau aktiviti atau kaedah regangan yang anda lakukan itu dah berlebihan dan menyebabkan badan anda menerima 'stress' yang tidak sepatutnya.

Jadi... Anda kena la modified atau kurangkan aktiviti atau senaman tersebut.

Selamat membuang lemak raya!!!

Nak FREE consultation??

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Tuesday, August 9, 2016

Preggy mommy tips

TIBA-TIBA NAK BERSENAM??

Hai semua.. Ada tak kat sini preggy mom yang sebelum pregnant jarang exercise?

Tapi bila dah pregnant ni rasa nak exercise pulak sebab da baca banyak sangat kelebihan kalau exercise time pregnant kan.

Yang belum boleh baca kat sini.

Okey, hari ni saya nak bagi sedikit nasihat untuk mommy yang jarang exercise sebelum pregnant untuk memulakan exercise waktu pregnant.

1) sama jugak macam orang yang selalu exercise. Boleh baca kat sini.

2) jangan mulakan senaman sehingga kandungan mencecah minggu ke-13

3) mulakan dengan senaman yang tidak melibatkan berat badan contohnya senaman dalam air

4) mulakan dengan senaman yang ringkas dan tambah sedikit demi sedikit mengikut daya toleransi badan

Hah... Yang ni semua mommy wajib tahu, Mommy2 mesti BERHENTI SERTA MERTA senaman  jika:
1) sakit perut
2) terdapat pendarahan
3) sesak nafas, pening, pitam, sakit kepala yang berterusan, nadi menjadi terlalu laju.
4) kesukaran untuk berjalan

Okey, harap2 nasihat2 ni membantu la mommy semua.

Have fun exercising during pregnancy. Anda adalah mommy2 yang hebat!!!

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Sunday, August 7, 2016

Tips bersenam untuk wanita mengandung

BOLEH LAH BERSENAM WAKTU MENGANDUNG

Hah..mesti dah ramai yang tersenyum tu kan?

Tapi kat sini ada sikit nasihat sebelum mommy2 semua start exercise.

**Bagi mommy yang dah selalu exercise sebelum pregnant
1) berbincang dengan doktor atau bidan sebelum memulakan senaman
2) senaman pada aras sederhana dalam 30 minit atau lebih
3) hentikan sukan yang mempunyai elemen sentuhan sesama pemain dan aktiviti yang mempunyai risiko jatuh dan kesakitan pada perut
4) pakai pakaian dan kasut yang sesuai dan selesa untuk mengurangkan tekanan pada otot
5) pastikan minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
6) elakkan bersenam sewaktu cuaca yang panas atau ketika demam
7) lakukan 'warm up' dan 'cool down' sekurang-kurangnya 5 minit
8) jangan melakukan senaman ketika terlentang selepas kandungan minggu ke-16

Tapi... Bagi mommy2 yang jarang exercise sebelum pregnant, ada nasihat tambahan untuk mommy. Yela.. Benda tak biasa buat kena la lebih berhati2 kan.

Tapi sambung esok boleh tak? Saya nak bersiap pergi kenduri ni. =)
Okey, jumpa nanti.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Saturday, August 6, 2016

Senaman Ketika Mengandung

Boleh ke bersenam waktu mengandung ni ye?

Pernah tak mommy kat sini terfikir untuk buat senaman ketika mengandung?

Tapi tak tahu boleh buat ke tak.
At the end, ambik keputusan untuk tak buat. =) kan??

Sebenarnya boleh je buat senaman time mengandung ni sebab ada banyak sangat kelebihan nya.

Nak tahu tak apa kelebihan nya?

1) mengekalkan kekuatan jantung
2) mengekalkan julat berat badan yang sihat
3) meningkatkan keseimbangan, koordinasi dan postur badan
4) meningkatkan peredaran darah
5) menambahkan stamina
6) mengurangkan kemungkinan masalah ketika bersalin
7) berpotensi mengurangkan tempoh masa bersalin
8) mengurangkan kemungkinan menghidap kencing manis ketika mengandung
9) mengurangkan masalah2 ketika mengandung
10) mempercepatkan penyembuhan selepas bersalin

So pregy2 mommy boleh lah mula bersenam. InsyaAllah, nanti kami akan kongsikan sedikit nasihat untuk mommy semua.

Selamat berhujung minggu.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisiorerapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Friday, August 5, 2016

TAK BOLEH BUAT LOAN???

Sekarang ni macam2 projek bina rumah kediaman tengah giat membangun. Jalan sini construction, jalan sana construction.

Pilih je design mana2 yang suka, tawaran pun macam2 ada sampai kita sendiri nanti rambang mata nak pilih.

Tapi persoalannya sekarang, mampu ke kita nak beli?

Tapi... Tahukah anda, kadang2, walaupun duit anda banyak sekali pun dalam bank, tapi.. belum tentu pihak bank nak bagi anda buat pinjaman untuk beli hartanah.

Anda tahu kenapa??

Sebab..sebenarnya, pihak bank ni memilih bakal peminjam ni berdasarkan disiplin seseorang tu (ada la jugak sebab2 lain).

Hah.. Macam mana pulak diorang nak tengok disiplin tu?

Letak cctv kat rumah kita ke, tengok pukul berapa bangun, pukul berapa pergi kerja, solat cukup tak?

Mesti lah tak kan. Diorang ni tengok disiplin kita melalui report CCRIS.

Kalau report CCRIS kita cantik, semua no 0 je, senang hati lah diorang ni nak bagi pinjaman kat kita.

Tapi.. Kalau dah dari no 1-100 dah ada kat laporan CCRIS tu, kalau kita orang biasa tengok pun takut nak bagi orang tu berhutang dengan kita. Kan..?

Dan sebab tu la jugak  kadang2 orang yang tak pernah ada apa2 komitmen kad kredit ke, loan personal ke, loan kereta ke, ptptn ke, pun bank susah nak bagi pinjaman. Sebab pihak bank ni tak tahu macam mana disipilin kita dalam membayar hutang.

So, apa lagi.. Boleh la anda2 start pergi Bank Negara dan print report CCRIS masing2. Free je taw, nak print banyak2 pun boleh. =)


Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Thursday, August 4, 2016

Urut selepas stroke atau fisioterapi??

LATIHAN  vs URUTAN

"Boleh tak kalau saya bawa mak saya pergi mengurut".
 - Anak kepada pesakit stroke -

Biasakan anda dengar kes2 macam ni. Bila ibubapa terkena stroke mesti akan ada yang memilih untuk membawa mereka berjumpa dengan tukang urut. Betul kan?

Ada tu sanggup tak nak buat rawatan fisioterapi sebab nak pergi mengurut.

Betul ke tindakan tu ye?

Okey, Ni jawapan saya kepada anak klien saya tadi,

Waktu kita kecil2 tak pandai jalan dulu, ibubapa kita urut2 kita untuk pandai jalan atau ibubapa kita latih kita untuk berjalan??

Saya tak nafikan, urutan juga memang dapat membantu sebab dengan melakukan urutan, perjalanan darah kita menjadi lebih lancar. Tapi, adakah hanya dengan melakukan urutan, kita terus berharap pesakit yang terkena stroke ini terus boleh jalan seperti biasa?

Fikir-fikirkan.

Kalau anda sedang mencari fisioterapi untuk datang ke rumah anda, anda boleh hubungi 012-2998629 / 013-2935318.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Tuesday, August 2, 2016

Total knee replacement

SENDI PUN BOLEH TUKAR??

Boleh... Tapi tak semua orang boleh tukar. Antara sebab sendi tu ditukar adalah:
- untuk mengurangkan sakit
- untuk meningkatkan pergerakan sendi
- untuk meningkatkan kualiti hidup individu
- untuk mengelakkan kecacatan yang lebih teruk

Dan bila dah tukar tu, belum tentu okey. Biasa la, barang spare part mana sama dengan yang original kan.

Jadi hargai la sendi yang kita ada sekarang. Kadang2 nikmat keberadaan sendi ni jarang kita syukuri walaupun sebenarnya ni lah nikmat terbaik yang Allah berikan kepada kita.

So, jom kita study... Esok nak buat fisio kat patient yang baru lepas buat operation Total Knee Replacement (TKR).  [baca=Penukaran sendi lutut] =)



Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya #TKR #postopTKR