Saturday, April 30, 2016

ANAK VS IBUBAPA

Mana yang kita lebih utamakan??

Mana yang sepatutnya diutamakan?

Doa anak dapat membantu apabila kita telah tiada?
Doa ibubapa dapat membantu kita semasa kita masih ada?

Jadi... Mana yang penting ye???

p/s: hehe.. Saje teaser sikit untuk keramat hidup =) nak cerita panjang tapi belom cukup like lagi. Jadi bagi anda baca teaser je la..

Friday, April 29, 2016

BAYI KEMBUNG PERUT..!!???

Pernah tak tengok bayi yang nangis tak berhenti2??

Pampers da tukar..
Susu da bagi..
Baju da bukak..
Tak demam....

Tapi still nangis je. Tataw sebab apa..

Tahukah anda.. Bayi anda mungkin mengalami kembung perut..

Macam mana kembung perut ni boleh berlaku ye??? Ada banyak sebab. Antaranya..

1. Bayi minum susu formula
2. Bayi menyusu menggunakan botol ( especially botol yang puting dia jenis besar )
3. Pemakanan ibu yang tidak terjaga

So... Macam mana nak handle bayi yang menagis tak berhenti ni ye..

Kat sini, kami nak kongsi kan beberapa cara yang mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah bayi anda.

1. Senaman basikal untuk bayi


2. Senaman knee to chest


3. Urutan betis


Selain daripada cara2 di atas, anda juga boleh cuba untuk tuamkan perut bayi. Sekarang ni dah banyak jual kat pasaran. Nak buat sendiri pun boleh. Just ambil perca kain, sapu tangan or apa2 kain then masukkan halba. Pastu ikat, buat macam bunjut. Senang kan???

So lepas ni kalau ada bayi menangis tak henti2. Boleh la try.. =)

Selamat mencuba..

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Thursday, April 28, 2016

7 SEBAB KENAPA ANDA WAJIB MEMILIH BIG HEART PHYSIO

Assalamualaikum. Selamat petang semua.. Okey, hari ni kita lupa kan kejap pasal keramat hidup tu sebab belum cukup lagi kuota like. So bagi sesiapa yang belum like tu, jemput la meramaikan like kat sini =)

So.. Hari ni kami nak cerita sikit tentang............

Jengjengjeng.....

7 SEBAB KENAPA ANDA WAJIB MEMILIH BIG HEART PHYSIO



Wahhh.. Wajib gitewww.. =) Ye la. Sebab... siapa yang tak try servis ni mesti menyesal punyaa.

Macam yang kita semua tahu, Big Heart Physio ni memberikan khidmat fisioterapi dari rumah ke rumah. Bukan sahaja untuk kawasan lembah klang, malah untuk lain - lain kawasan juga.

Oleh sebab tu, kita semua kena tahu la kan ape kelebihan2 Big Heart Physio ni. Okey..jom mulakan..

1. MUDAH : Anda hanya perlu call sahaja untuk buat appoinment. Tak pun, just sms or whatsapp je pun boleh. Nak lagi senang, PM je kami kat page ni.

2. MESRA : Team kami akan datang kepada anda dengan aura2 yang positif agar anda cepat sembuh.

3. MENJIMATKAN : Tidak perlu membazirkan masa anda dengan menunggu giliran mahupun membazirkan tenaga anda untuk kesana sini, kami akan datang ke rumah atau pejabat anda.

4. MEYAKINKAN : Setiap pemeriksaan dan rawatan akan disertakan dengan penerangan yang jelas mengenainya.

5. MENJURUS : Rawatan akan diberikan 'specific' kepada masalah - masalah yang dikenal pasti. Bukan hanya sekadar rawatan 'general' sahaja.

6. MAKSIMA : Anda boleh memilih untuk melakukan sesi fisioterapi bersama kami sebanyak mana yang anada kehendaki. (hari - hari pun boleh)

7. MAMPU MILIK : Harga yang mampu dimiliki oleh semua. (negotiable price)

So... Apa tunggu lagi. Jom la hubungi kami 012-2998620 / 013-2935318

"KETENANGAN JIWA ANDA, KEUTAMAAN KAMI"

p/s: dengarnya Big Heart Physio nak bagi hadiah. Wahh.. Bila nak announce tu ye.. 😎

Wednesday, April 27, 2016

KERAMAT HIDUP

Pernah dengar pasal keramat hidup? Anda tahu tentang keramat hidup???

Tahukah anda, dalam hidup kita sebenarnya kita mempunyai keramat hidup? Dan jika kita jaga keramat hidup ni dengan baik, insyaAllah kita kan menjadi seorang yang berjaya dan bahagia..

Tapi.... Ape ye keramat hidup tu??? Bacaan jampi serapah ke? Xpun batu geliga yang kena simpan bawah bantal? Ke gelang tangkal azimat?

 BETUL ANDA NAK KAMI BONGKAR RAHSIA NI???? RAHSIA BESAR NI......!!!!

Kami akan kongsikan tentang ni bila da cukup 30 like untuk post ni. Sila klik disini untuk like post.

So jom ajak kawan2 kita like sekali untuk tahu rahsia besar kejayaan dan kebahagiaan ni. =)

Tak kan tak nak BERJAYA dalam hidup kan??

Tuesday, April 26, 2016

Alhamdulillah!!!!

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua...

Alhamdulillah. Dah 26 hari syarikat ini ditubuhkan dan sambutan dari pelanggan juga cukup menggalakkan.

Kami ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada semua yang telah banyak terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi membantu kami dalam mempromosikan perkhidmatan BIG HEART PHYSIO ini.

Semoga Allah sentiasa merahmati kalian semua dan melimpahkan lebih banyak kasih sayangNya kepada anda semua. Amin...

Akhir kata, semoga empayar BIG HEART PHYSIO ini dapat diperkembang luaskan dan seterusnya dapat membantu lebih ramai lagi insan2 yang memerlukan diluar sana. Amin..

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kami dengan ini melancarkan logo rasmi syarikat kami....

logo



Monday, April 25, 2016

SYUKUR..

APA BUKTINYA??? BUKTIKAN


Bila bercakap tentang syukur, antara dialog2 yang akan keluar adalah,  "Aku da bersyukur da", "Mestila aku syukur dah dapat....... ", "Syukur selalu, syukur selalu, syukur selalu..."

TAPI!!!!!!

Apa sebenarnya bukti yang kita bersyukur tu??

Macam bercinta la.. Kalau nak taw seseorang tu cinta kan kita, mesti kita nak bukti kan?? Bukan just cakap "aku cinta pada mu" tak pun "i love u so much" tapi tak de pun buat apa2 untuk tunjuk kan kecintaan tu. At least,  nak la dia bg bunga sejambak ke, banglo sebiji ke.. Kan?? Hahaha..

So.. Sekarang ni apa bukti yang kita nak tunjukkan kat pencipta kita yang kita benar-benar bersyukur dengan kesemua nikmat pemberianNya???

Hah... Kat sini kami nak kongsikan dengan anda semua tentang 4 bukti syukur. Sebenarnya banyak lagi. Tapi kami cuma nak huraikan 4 ni saje sebab ianya sangat mudah untuk kita semua lakukan.

1. SOLAT. Jaga solat diawal waktu dan solat secara berjemaah. Ni adalah tiang hidup kita, tanpa tiang, roboh la istana kehidupan kita.

2. SEDEKAH. Tak perlu banyak pun.. At least, 5-10% daripada pendapatan anda. Tak pun sebanyak mana yang anda mampu. Harta kita adalah harta yang disedekahkan, bukan harta yang ada pada kita.

3. SELAWAT.  Banyak kan berselawat setiap hari. Ia bukan sahaja dapat membantu kita didunia, malah di akhirat kelak.

4. SAYANG.  Berkasih sayang adalah perkara yang senang dilakukan dan cepat pulangan nya. Oleh itu,  berkasih sayang lah sesama manusia, insyaAllah Allah akan memberi lebih banyak kasih sayangNya kepada kita.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur dengan nikmatNya. Amin...

Jika anda rasakan post ini bermanfaat untuk orang lain. Sudi2 kan lah untuk share post kami ini. =)

"Ketenangan jiwa anda,  keutamaan kami"

FB: Big Heart Physio

Sunday, April 24, 2016

NIKMAT MENYEDUT....

Amboi.. Bunyi lain maciiaaam je.. Sedut ape la pulak time el nino macam ni?? Sedut coconut shake ke? Xpun sedut kopi dinosaur? Sodap jugak kalau ada depan kita sekarang.

Hehehe.. Tapi sebenarnya nak cerita. Hari ni Big Heart Physio cuti daripada dunia fisioterapi. Kami pergi sedut ilmu Dr Azizan Osman. =)

Macam2 ilmu yang kami dapat sedut hari ni. Tapi ni pun baru geli2 je katanya. Banyak betul ilmu beliau.

So, sekarang ni kami nak kongsi la sikit ilmu yang kami belajar hari ni, semoga ianya menjadi manfaat kepada anda semua.

***********
Ramai orang dalam kalangan kita yang selalu berfikir nak melakukan perubahan. Tapi seringkali semua itu hanya berakhir dengan angan - angan kosong saja. Betul tak??

Agak - agak kenapa ini berlaku ye??

Sebab.... mereka ni telah terpenjara dalam penjara yang mereka cipta sendiri.

Jom kami kongsikan apa penjara itu...

5 Penjara / Halangan untuk berubah
     1. Ego
     2. Skeptikal (ragu-ragu)
     3. Takut
     4. Rasa tak layak
     5. Rasa tak yakin

Hah... So, mana satu antara yang di atas ni yang telah memenjara anda? Ke semua sekali?

Fikir - fikir kan lah.. Bila dah kenal pasti nanti... senang la kita nak buang dan berubah menjadi insan yang lebih baik. Amin...

Saturday, April 23, 2016

HUMAN TOUCH 😱

Kalau anda jadi pesakit ni, anda suka yang mane ye??

SITUASI 1:


Perawat: Okey puan, sakit lutut ye. Okey, kita akan letak hotpack.

Pesakit: Okey =)

Kemudian pesakit ditinggalkan sendirian

*****************
Setelah lebih kurang setengah jam, hotpack pun da sejuk..
Perawat datang semula.

Perawat: Okey puan, puan buat exercise macam ni, macam ni,  macam tu (sambil perawat tunjukkan cara buat exercise)

Pesakit: Okey =/

Pesakit sekali lagi ditinggalkan.....

*******************
Setelah pesakit pun sampai da xlarat nak buat exercise perawat datang semula.

Perawat: Okey puan. Itu saje, puan boleh balik nanti datang semula bulan depan.

Pesakit: T_T



SITUASI 2:

Perawat: Selamat pagi puan. Macam mane sakit lutut hari ni? Makin berkurang ke bertambah?

Pesakit: Hari ni rasa sakit sangat lutut.

Perawat: Owh yeke. Okey2. Kalau macam tu kita letak hotpack ni dulu ye untuk kurangkan sakit tu. Hotpack ni kita akan letak kan untuk 15 min.

****************
Sambil2 membuat rawatan hotpack tersebut...

Perawat: Hotpack ni guna nya untuk melancarkan peredaran darah, membantu mengurangkan sakit dan membantu penyembuhan

Pesakit: Owhhhh...

Perawat: So macam mana hotpack ni, panas sangat ke?

Pesakit: Tak lah, selesa je.

Dan macam2 lagi yang dibincangkan bersama sepanjang tempoh 15 min tersebut

****************
Setelah tamat 15 minit..

Perawat: Okey puan. Kita nak buat exercise pulak. Kita start dengan position mcm ni......, pastu kita buat macam ni............, hah betul tu puan. Okey puan tahan untuk 10 saat ye.  Okey jom kira sama-sama 1,2, 3, ..................10. Okey x? Kita ulang lagi 5 kali ye. Exercise ni untuk........................ (panjang lebar penerangan perawat)

Pesakit: Baik =) (pesakit dengan gembira nya membuat exercise bersama-sama kerana telah mengetahui untuk apa aktiviti itu dilakukan)

**********************
Perawat: Kita akan teruskan dengan exercise lain pulak............................

Begitu rancak sekali komunikasi antara perawat dan pesakit sehingga tamat sesi fisioterapi tersebut.


So macam mana?agak2la kan siapa pilih situasi pertama?n then siapa pilih situasi kedua?

Jika kami, sudah pasti kami pilih situasi kedua.

Kita kadang2 tak sedar, kita nak jimat RM jadi kita pilih situasi pertama.. Tapi hakikatnya kita belanja lebih banyak RM bila kita pilih situasi pertama sebabnya....

1. Kita tak tahu pun apa tujuan rawatan diberi.
2. Kita tidak diberitahu jangkaan berapa lama kita akan sembuh.
3. Kita tidak diajar pun apa perlu kita buat selepas rawatan, sama ada kena lakukan senaman atau terus balik dan tunggu next appointment.
4. Kita tak tahu pun apa rancangan rawatan sampai kita sembuh. Umpama kita ni adalah robot hanya perlu ikut arahan.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Friday, April 22, 2016

Testimoni patient BIG HEART PHYSIO

Salam jumaat..

Bagi anda yang tertanya2 apa itu Big Heart Physio jom kita layan jap video ni. =)


Thursday, April 21, 2016

Tok B...

Pada suatu hari...

Me: Tok B... Jom kita berlatih untuk berdiri. Kita try berdiri 10minit ye.

Tok B: Okey. =)


Sewaktu menemani Tok B berdiri. Ada satu soalan saya yang membuatkan saya berfikir semula.

Me: Tok B muda2 dulu buat kerja apa?

Tok B: Tok B duduk rumah ja. Tok B menjahit telekung. Tapi Tok B buat telekung semua warna putih sebab tak nak ganggu orang lain untuk solat.

Me: Tapi sekarang ni Tok B macam2 warna telekung ada jual.

Tok B: Tu yang tak bagus tu. Nanti orang lain nak solat pun tak senang sebab dok tengok warna telekung kita tu.


Betul jugak cakap Tok B tu. Rasanya dulu pun ada belajar time sekolah biar besederhana ketika solat supaya kita tak mengganggu jemaah lain.


Semoga Tok B diberi kesembuhan dan sentiasa bersemangat untuk setiap latihan selepas ini.  Amin....

Wednesday, April 20, 2016

HOSPITAL???

Betul ke hospital ada aura negatif?

Kenapa macam tu pulak?

Cuba tengok berapa ramai orang sakit kat hospital?

Agak2 berapa ramai pesakit yang senyum masa duduk kat hospital?

Ke majoriti muka kelat je(masam)? =(

Tu tak masuk lagi staf&pelawat yang ada kat situ.

Sekarang bayangkan kalau kita jumpa orang muka maaaasam...je,agak2 kita automatik jadi masam ke senyum?

n agak2la kan,kita rasa bertenaga ke rasa makin lemah bila jumpa orang yang masammm…je ni?

Jadi betul tak statement hospital ni penuh dengan aura negatif???

Selalunya aura negatif ni akan buat kita makin lemah ke makin kuat ye?

Jadi.....macam mana kita nak cepat sembuh kalau kita dikelilingi aura negatif?

Hmmm...so, apa yang kita patut buat sekarang ek?

Pada pandangan kami, big heart physio adalah pilihan pertama n strongly recommended, bagi sesiapa yang berkemampuan @ sayangkan kesihatan mereka. Cuba kurangkan masa berada di hospital, dan dapatkan khidmat pakar di rumah anda.

Tapi…bukan semua mampu kan? So penyelesaian kedua terbaik adalah sebelum kita nak pergi hospital kita kena senyum siap2 dari rumah lagi n sentiasa kekalkan senyuman di hospital dan sampailah kita balik rumah semula.

Agak2la kan ( banyak betul agak dalam artikel ni ek :-P ) mana lebih senang nak buat, pilihan pertama ke pilihan kedua? tepuk dada tanya selera. =)

p/s: pada kami, penat2 cari duit, apa salahnya manjakan diri dan belai diri dengan keselesaan, bukan untuk siapa pun, untuk diri kita jugak kan, kita jugak yang merasa titik peluh kita, bukan orang lain pun =)

Tuesday, April 19, 2016

Eeeiii... Senget!!!

Puan H, berusia 48 tahun. Tiba-tiba mendapat strok selepas pulang dari outstation. Alhamdulillah walaupun ini merupakan strok kali ke 2 tetapi secara fizikalnya beliau hanya lemah tangan dan kaki kanan.

Tetapi, apa yang merisaukan Puan H adalah mulutnya telah menjadi senget sebelah akibat daripada strok ini. Yang lebih menyedihkan, Puan H juga selalu tersedak ketika makan n minum. Semua ini telah menyebabkan Puan H menjadi seorang yang murung dan tidak mahu senyum kepada orang lain kerana malu dengan mukanya yang senget itu.

Setiap masalah pasti akan ada jalan keluarnya. Alhamdulillah Allah telah menemukan Puan H dengan salah seorang staf Big Heart Physio. Selepas 5 kali rawatan, Puan H telah mendapat kembali senyuman manis nya yang dahulu.

Alhamdulillah, tiada lagi senyuman senget seperti dulu dan masalah tersedak ketika makan dan minum juga telah tiada.

Benar lah kata pepatah... Man jadda wa jada (siapa yg bersungguh2 pasti berjaya). =)

Monday, April 18, 2016

WOW!!! KENAPALAH SELAMA NI TAK TAHU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini kami hendak berkongsi tentang perkara yang kebanyakan orang tidak sedar, tapi berterusan tak tahu.

Tahu tak anda bahawa kita boleh dapatkan pelepasan cukai pendapatan sehingga maksimum RM 20,0000.

Wow…!!! Betul ke ni? Mestilah betul, kalau nak tahu mari sini kami kongsikan.

Perasan tak ada BAHAGIAN C: MAKLUMAT POTONGAN

kolum C1: perbelanjaan rawatan perubatan, ibubapa  dapat perlepasan RM5000

            C1a Pelepasan bapa RM1500

            C1b Pelepasan ibu RM1500

Kolum C2: Peralatan sokongan asas untuk kegunaan sendiri, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya RM6000.

Kolum C4: Perbelanjaan perubatan bagi penyakit yang sukar diubati atas diri sendiri, suami/isteri, atau anak RM6000

RM (5000 + 1500 + 1500 + 6000 + 6000) = RM 20,000

Wow…!!!

So.. dari kita kayakan orang lain baik kita gunakan duit kita tu untuk diri kita dulu, penat – penat kerja, so kita berhak dapat yang terbaik untuk diri kita dan keluarga kita.

** tapi kita kenalah arif dulu bab percukaian ini, sebab ada syarat – syarat dia nak dapat pelepasan ni, jangan main redah jer.. nanti kita yang menyesal. Dapatkan nasihat dari yang pakar**

Kalau rasa info ni berguna, bolehlah share dengan orang lain, supaya diorang pun boleh gunakan maklumat ni untuk kebaikan diorang. Senang2 jer nak dapat pahala kan…;p


--
Big Heart Physio
FB: bigheartphysio

Sunday, April 17, 2016

ADA BERANI KE???

minggu ni anak kami jatuh sakit.umur baru 3bulan ++

dia kena selsema dan batuk2.agak2 boleh ke baby umur 3 bulan nak buang hingus sendiri??

mestilah belum boleh lagi kan.lainlah anak tu super hebat boleh berdikari dari lahir lagi.

nak dijadikan cerita,kami ada alat nak sedut hingus untuk baby,beli di farmasi berdekatan.harga sangatlah mengejutkan.bila beli tu dengan harapan bolehlah selesaikan masalah hingus (efektiflah kiranya).

tapi....

bila setiap kali nak guna,anak kami akan meronta2 tak nak kena sedut.tapi bila dah sedut,sekejap je dah berhingus semula.hmm...sabar jela

so...

kami try 1 petua ni.tapi...kalau kita yang normal ni rasa macam loya tekak.

tapi...(hai,berapa punya banyak tapi da...)

percayalah,betul2 efektif dan kosnya cumalah RM0,yang diperlukan hanyalah keberanian.so..tuan2 dan puan2 dah ready nak tahu?

ok...cut it short cerita ni.kami cuba try test petua yang diajar rakan kami iaitu sedut hingus guna mulut sendiri (macam buat CPR).bila nak sedut hingus,sila pastikan lap dulu kawasan sekeliling hidung sebab maklumlah geli kan bila tengok hingus.ni pun bila cerita pun rasa geli :-P

bila dah bersihkan hidung baby,mulakanlah projek menekapkan mulut kita pada hidung baby.make sure betul2 kedap udara ye supaya usaha kita tak sia2.boleh start sebelah kanan dulu dan diikuti sebelah kiri ataupun tekap dua2 sekali.kalau kita sure hidung mana banyak hingus lagi senang,terus target je hidung tu.

lepas tu apa lagi,sedutlah macam sedut isi sumsum tulang gear box:) tak pun sedut macam minum guna straw minuman.tapi jangan telan ek,nanti hilang selera makan seminggu:-P

nanti tengokkan hasilnya.baby relax je masa kita sedut dan lepas tu tenang je macam tak ada selsema langsung.yang paling bestnya,hasilnya long lasting...adalah dalam sejam ke 3jam baru perlu sedut semula.

hebatkan?yang paling penting perlukan keberanian,so..persoalannya ADA BERANI KE??:)

Saturday, April 16, 2016

Yay!! Count down!

50 days to go before RAMADHAN

Ya Allah.. Pilih lah kami untuk bertemu sekali lagi dengan RAMADHAN..

Tapi sebelum tu.. Jom cuci gelas kita =)


Friday, April 15, 2016

Ada apa dengan TIDUR??

Bila bercakap tentang tidur, ramai yang merasakan bahawa tidur itu adalah sesuatu yang mudah. Just baring, tutup mata dan terus ke alam mimpi.

Tak dinafikan ramai yang senang tidur macam ni.

Tapi...ada juga yang mempunyai masalah untuk melelapkan mata ni. Contohnya seperti pesakit strok.

So malam ni kami nak kongsikan sikit tips untuk mudahkan tidur.

1. Try buang tabiat suka berfikir or berkhayal ketika baring sebaliknya cuba berzikir sehingga tertidur.

2. Jadikan waktu malam adalah waktu untuk beristirehat. Elakkan melakukan kerja pejabat pada waktu malam.

3.  Elakkan minuman berkafein

4.  Aktifkan diri anda pada waktu petang dengan melakukan riadah atau sebagainya.

5. Mandi sepuasnya sebelum maghrib juga membantu kerana kesegaran tubuh membantu anda tidur dengan nyenyak pada waktu malam.

Sekian saje untuk malam ni. Apa yang penting, baca DOA tidur dulu sebelum lelapkan mata tu. Selamat mencuba. =)

p/s: tidur juga merupakan ibadah jika diniatkan untuk mendapat kesegaran untuk bangun qiamullail. So.. mari berniat..

Selamat malam.. Assalamualaikum

"Ketenagan jiwa anda, Keutamaan kami"

Wednesday, April 13, 2016

Penat dan letih mendaki tangga???

treatment
sumber: google

SYUKURilah nikmat kaki untuk menaiki tangga kerana ada antara kita yang sudah tidak dapat merasai nikmat menggunakan kaki ini.

Salam Rejab dari:
BIG HEART PHYSIO (home to home service physiotherapy)
012-2998620 / 013-2935318


doa

Tuesday, April 12, 2016

Klip kertas JER......??

Bila disebut tentang klip kertas, mesti anda terbayangkan ni kan??

treatment
sumber: google
Daaannn mesti pada anda kegunaaan nya hanya lah menyatukan dan klip kan kertas. Betul tak??

Tapiii.. Sebenarnya klip kertas ni mampu mengubah hidup anda. Percaya tak?

Klip kertas ni boleh digunakan bagi merawat pesakit yang mempunyai masalah motor halus tangan nye.

Apa itu motor halus?? bunyi macam motosikal yang kecil kan? hehe.. sebenarnya motor halus ini adalah salah satu keupayaan tangan kita untuk melakukan tugas-tugas yang rumit menggunakan jari jemari kita. Contohnya seperti membutangkan baju, memegang pen, menyepit baju dan macam-macam lagi.

Siapa pula yang mempunyai masalah motor halus ni?
1. orang yang pernah terkena strok
2. orang yang pernah patah tangan dan berada lama dalam `simen'
3. dan lain-lain lagi.

So... apa yang klip kertas boleh buat ye?

Mudah je.. pesakit cuma perlu praktis menggunakan klip kertas ini untuk klipkan kertas setiap hari. InsyaAllah dengan rahmat dan kasih sayang Allah masalah motor halus anda akan selesai.

p/s: klip kertas ini juga boleh membantu anak kecil anda memperbaiki motor halus mereka terutamanya yang baru nak belajar pegang pensil tu. cuba la... kami dah cuba kat anak kami dan alhamdulillah berjaya. =)

Monday, April 11, 2016

RESEPI SIHAT


1. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)

2. Makan makanan sunnah (seperti habbatussauda, madu, kurma dll)

3. Tidur secukupnya

4. Sentiasa berfikiran positif

5. Lakukan senaman ringan

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Sunday, April 10, 2016

Mampu BERGERAK selepas TERLANTAR??

Alhamdulillah. Selepas 3 bulan menjalani rawatan fisioterapi, suami kepada Puan Rahayu yang dahulunya hanya mampu terlantar, kini telah boleh menggerakkan tangan dan duduk.

Mari kita saksikan perkongsian pengalaman daripada beliau. Selamat menonton..




Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Saturday, April 9, 2016

SENAMAN TULANG BELAKANG

Assalamualaikum semua. Seperti yang dijanjikan, hari ni saya nak share senaman yang sesuai untuk tulang belakang.

HAMSTRING STRETCH

back exercise

Sumber; google

Posisi asal: Duduk melunjur dengan tangan disisi
CARA:
      1. Lunjurkan tangan kedepan semaksima mungkin hingga mengenai kaki
      2. Tahan 15saat
      3. Kembali ke posisi asal
      4. Ulang langkah 1 & 2 sebanyak 3 kali



BACK STRENGTHENING

Posisi asal: Posisikan badan seperti hendak merangkak
Back exercise
Sumber: google

CARA:
      1. Angkat tangan kanan kedepan dan kaki kiri ke belakang
Back exercise
Sumber: google

      2. Tahan 10saat
      3. Kembali ke posisi asal
      4. Angkat tangan kiri kedepan dan kaki kanan ke belakang, ulangi langkah 2 & 3
back exercise
sumber; google

      5. Ulangi langkah 1-4 sebanyak 3 kali



CAT & CAMEL

Posisi asal: Posisikan badan seperti hendak merangkak
back exercise
sumber: google

CARA:
      1. Angkat belakang badan sambil tundukkan kepala
back exercise
sumber: google

      2. Kemudian, rendahkan belakang badan sambil mengangkat kepala
back exercise
sumber; google

      3. Ulangi pergerakan ini selama 5 minit
      4. Kembali ke posisi asal

Semua senaman di atas boleh dilakukan 3 kali sehari.

Selamat melakukan senaman dan sayangi tulang belakang anda. =)

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Friday, April 8, 2016

3 TIPS PENJAGAAN TULANG BELAKANG

Salam jumaat semua, sempena hari jumaat yang barokah ni kami nak share 3 tips untuk menjaga tulang belakang. Memandangkan sekarang ni ramai sangat orang yang mengadu sakit belakang, so jom kita amalkan tips kat bawah ni.

1. Jika anda hendak bangun dari baring, pastikan anda mengiring terlebih dahulu sebelum duduk

2. Jika anda hendak mengangkat barang dari lantai, pastikan anda membengkokkan lutut bukan membengkokkan belakang badan anda.

info
Sumber: Google


3. Lakukan senaman yang khusus untuk tulang belakang anda.

InsyaAllah, saya akan kongsikan contoh-contoh senaman yang anda boleh lakukan pada post yang akan datang.

Akhir kata, sayangilah tulang belakang anda.

p/s: jom baca Al-kahfi. =)

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Thursday, April 7, 2016

MAK AIIHHH !!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya doakan anda yang membaca post ini kaya dan berjaya.

Hari ini saya ingin berkongsi khabaran sedih dari seorang hamba Allah yang menjalankan rawatan fisioterapi disalah sebuah hospital swasta. Beliau mengadu bahawa beliau terpaksa menunggu selama sejam untuk mendapatkan rawatan pada ibu jari beliau. Apa yang lebih menyedihkan rawatan yang diberikan hanyalah beberapa minit sahaja dan kos yang terpaksa ditanggung juga agak tinggi.

treatment


Tidakkah anda semua sedar dalam dunia yang penuh dengan perlumbaan ini, masa itu sangat berharga. Jika kita terlewat, walaupun seminit, perubahan yang besar bakal berlaku. Contohnya, jika kebiasaanya anda keluar rumah pada pukul 6 pagi, tetapi disebabkan anda terlewat bangun pada hari itu anda keluar pada pukul 6.10 pagi. Dalam satu minit ini anda mungkin terperangkap dalam traffic jammed, menyebabkan anda terlepas KTM komuter pada masa yang anda selalu naiki, dan seterusnya menyebabkan anda tidak dapat hadir untuk meeting penting pada pagi itu.

Demi menghargai masa anda, kami berbesar hati memberikan rawatan fisioterapi hingga ke DEPAN pintu rumah atau pejabat anda. Anda hanya perlu menghubungi kami (012-2998620 / 013-2935318) dan kami akan datang ke tempat anda. SEMUDAH itu sahaja, tanpa perlu menghabiskan masa anda dengan menunggu giliran mahupun masa perjalanan.

"KETENANGAN JIWA ANDA, KEUTAMAAN KAMI"

Wednesday, April 6, 2016

Skala sakit

Hai semua..mesti anda tertanya-tanya semalam apa skala sakit tu kan?? Skala sakit boleh turun naik? Macam pelik je.

Skala sakit ni adalah satu skala yang diwujudkan bagi menyatakan tahap kesakitan seseorang individu. Skala ini diwujudkan bagi membolehkan perawat mengetahui keberkesanan rawatan yang diberikan.

Terdapat pelbagai jenis skala sakit yang boleh digunakan oleh perawat. Tetapi skala sakit yang selalu digunakan adalah skala sakit yang menggunakan nombor 0-10.

assessment
sumber: google


Semakin bertambah nombor,semakin tinggi tahap kesakitan yang dirasai oleh seseorang individu tersebut.

So, harapnya dah tak de la yang pening lagi nak fikirkan skala sakit tu ape. =)

p/s: Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:
- SIHAT sebelum SAKIT
- MUDA sebelum TUA
- KAYA sebelum MISKIN
- LAPANG sebelum SEMPIT
- HIDUP sebelum MATI

Tuesday, April 5, 2016

MAGIC HAND???

Alhamdulillah ala kulli nikmah. Dapat feedback positif dari patient SAKIT BELAKANG tadi. Skala sakit dari 8 TURUN kepada 1.

Sakit belakang adalah antara sakit yang sangat membuatkan kita TIDAK SELESA. Sakit belakang juga boleh menyebabkan KESAKITAN LAIN seperti sakit tengkuk, sakit bahu, sakit lutut serta sakit tumit jika DIBIARKAN tanpa mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Saya dan team saya dari syarikat Big Heart Physio. Kepakaran kami adalah dalam bidang fisiotetapi. Kami membantu pesakit SAKIT BELAKANG mendapatkan rawatan SEMUDAH dengan membuat 1 PANGGILAN sahaja. Anda tidak perlu mengharungi semua masalah yang saya nyatakan di atas.

Sempena bulan kelahiran syarikat kami, kami ingin memberikan rundingan PERCUMA yang bernilai RM200 kepada sesiapa yang menghubungi kami sepanjang bulan April ini.

Hubungi kami segara di talian (call/whatapps) 012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini) atau PM kami di Fbhttps://m.facebook.com/bigheartphysio. Jom like Fb pages kami dan follow kami di www.bigheartphysio.blogspot.comuntuk mengetahui update-update terkini dari kami.

Sanggupkah anda membiarkan kesakitan anda menghantui seumur hidup anda?? hidup ini amat singkat untuk dibazirkan dgn menahan kesakitan.

"KETENANGAN JIWA ANDA, KEUTAMAAN KAMI"

smile emoticon

Monday, April 4, 2016

WOW!!! the power of sharing

kenapalah kita xsedar selama ini kita buat dosa
kenapalah selama ini kita bergelumang dengan dosa
mungkin kita rasa benda ni xpenting pada kita so kita abaikan, tapi mungkin orang lain SANGAT2 MEMERLUKAN
mungkin pada kita benda ni xde kaitan pun dengan kita so kita buat xtahu je,tapi mungkin orang lain MENGHARAP SANGAT2
KENAPA KITA NAK TERUS BERGELUMANG DENGAN DOSA??
page ni mungkin xpenting pada kita tapi orang lain rasa sangat penting
Dengan share je page ni mungkin kita bantu ramai orang sebab orang tu sangat memerlukan dan dia BERSYUKUR sangat2 n DOAkan kebaikan untuk kita.
sampaikanlah walaupun 1 ayat.
jazakallah

Sunday, April 3, 2016

FISIOTERAPI ke rumah???


Jawapan kepada masalah anda.. =)


Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Saturday, April 2, 2016

Penangan cite pendekar bujang lapuk...P.Ramlee

lain-lain
sumber: google


wow...marvellous...subhanallah.inila dia namanya kuasa minda.patient yang accident didiagnosis traumatic brain injury dan terlantar di atas katil tak semena2  betul2 bersemangat buat senaman.lepas tengok citer pendekar bujang lapok kat video.patient ni jadi macam superman.EXCELLENT,DOUBLE THUMBS UP.setahun terlantar,sekarang dah berjaya duduk tanpa bantuan dan progress nak berdiri.sedangkan baru buat physio 2bulan.hari ini lagi dahsyat,baru semalam buat exercise angkat tangan susah giler nak tahan 20saat,hari ni boleh tahan 30saat n paling best boleh repeat lebih 10x.sapa nak tau citer lagi pasal patient ni bolehlah follow kt fb page big heart physio

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

Friday, April 1, 2016

ARRGHHH!!!! Stresssnyeee..

Anda pernah tak? Bangun awal-awal pagi dan 'skip' breakfast semata-mata nak kejar appoinment kat hospital?

Tapi....bila keluar rumah terus terperangkap dalam traffic jammed. Sampai je hospital, dah la bayar parking mahal, sekali nak jumpa parking kosong pun susah. Sudahnya, parking lah kat tempat yang jauh dari bangunan hospital.

Maka, menapaklah kita dengan bermandikan peluh ke jabatan fisioterapi. Ingatkan dah lepas azab, sekali orang kaunter kata system down dan kena daftar kat kaunter utama. Aduh....sabar je la. Dengan peluh tak sempat kering, kita pun pergi la ke kaunter utama dengan harapan nak cepat-cepat settlekan pendaftaran.

Tapi , harapan hanya tinggal harapan, masih ramai lagi yang menunggu untuk didaftarkan. Ya Allah, bila nak sampai giliran ni. Perut dah bergendang macam konsert Awie ni. Nak tinggalkan kaunter, kang nombor terlepas kena ambil nombor lain pulak. Huh.. tak sanggup - tak sanggup. Erm..lepas apoinment ni, nak rushing balik ofice pulak. Semalam dah puas merayu kat bos nak mintak time off je, sebab cuti rehat dah nak habis. Hmm.. ujian betul....

So, lepas bayar dan daftar semua, menapaklah semula ke jabatan fisioterapi. Rasa nak tercabut kaki, jalan ke sana ke sini, berdiri lama tunggu giliran lagi sebab tempat duduk semua full. Ni bukan setakat mandi peluh, ni dah mandi 'air terjun' peluh.

Aduh...menunggu lagi sekali. Harap-harap la tak kena gastrik. Perut dah la lapar sangat ni. Tapi macam biasa lah, kalau terlepas appoinment nanti menyesal seumur hidup. Nasib baik takde kencing manis, kalau tak boleh pengsan tak makan dari pagi.

Woww!! Finally sampai pun masa yang ditunggu-tungu. Tapi... Ramainya orang dalam bilik rawatan ni. Macam mana nak dapatkan rawatan kalau macam ni.

Fuhhh... Part ni betul-betul menguji kesabaran. Spend time almost 2 HOURS nak dapatkan rawatan, tapi rawatan yang diberikan hanyalah 20 MINIT sahaja dari A-Z. Fikirkan nak berperang dengan jammed time balik nanti. Aduhh... Sesaknya nafas rasa.

Akhirnya daripada plan nak ambil time off sahaja, maka terpaksa lah kita call bos untuk mintak cuti sebab confirm-confirm lebih dari 4 jam tak masuk office.

Saya Mohd Helmi bin Kamal dari syarikat Big Heart Physio. Kepakaran kami adalah dalam bidang fisiotetapi. Kami membantu pesakit strok dan sakit belakang mendapatkan rawatan SEMUDAH dengan membuat 1 PANGGILAN sahaja. Anda tidak perlu mengharungi semua masalah yang saya nyatakan di atas.

Sempena bulan kelahiran syarikat kami, kami ingin memberikan rundingan PERCUMA yang bernilai RM200 kepada sesiapa yang menghubungi kami sepanjang bulan April ini. Saya ulangi, rundingan PERCUMA yang nilainya adalah sebanyak RM200.

Hubungi kami segara di talian 012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini) atau PM kami di Fb Bigheartphysio. Pastikan anda like  Fb pages kami untuk mengetahui update-update terkini dari kami.

Cepat-cepat, jangan lepaskan peluang ini, jika terlewat anda akan ulang kembali penyeksaan anda sekali lagi.

Ketenangan jiwa anda, keutamaan kami.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah