Sunday, July 31, 2016

AVANI Sepang Goldcoast

Alhamdulillah baru2 ni kami diberi peluang untuk menginap secara percuma di Avani Sepang Goldcoast.

Lobi hotel
Deretan bilik2 penginapan

Bilik atas air!!

Jadi hari ni saya nak share sikit la antara perkara2 yang menarik di sana.

Firstly kat sana tak de parking kat dalam hotel, so kena parking kat tempat yang diorang dah prepare pastu angkut semua barang naik shuttle yang disediakan.

Sementara menunggu shuttle
Pastu lepas check in, lagi sekali kena angkut semua barang naik buggy pulak untuk pergi ke bilik penginapan. Kalau nak jalan kaki pun boleh, tapi jenuh la sebab bilik dia jauh2.

Gambar atas buggy

Yang kecik tu la buggy


Transportation kat dalam ni sama ada kita boleh guna buggy, tak pun naik basikal. Basikal ni pulak ada yang free, ada yang berbayar. Yang free tu kita boleh guna pastu bila kita parking nanti, kita datang balik basikal tu dah tak de dah. Orang lain pulak guna. Tapi.. kita pun boleh la ambil basikal orang lain pulak. Hehehe…

Kami pilih pakai basikal free je. Siap pakai baby carrier lagi sebab budak dua orang ni tak boleh bawak basikal lagi. Nak naik buggy malas nak tunggu, naik basikal cepat sikit. =)

Puan isteri dan puteranya

Incik suami dan puterinya


excited dia naik buggy

Okey, jom kita view dalam bilik pulak. Sebab kan free, diorang bagi bilik traveller kat kami. Ni bilik yang paling kecil, tapi jangan risau, ada lagi unit2 lain yang lagi besar dan lagi mahal. =)

Ni bahagian depan pintu masuk bilik traveller. Ada bawah dan atas.

Ada dua katil single


kat TV pun ada nama. tapi sebab pakai last name, jadi nama ayah la yang keluar. =)

Tapi pada kami best dah bilik ni, sesuai la untuk kami berempat. Katil betul2 menghadap laut. Nak tidur pandang laut, nanti celik2 pun nampak laut. Best sangat feeling ni!!!!

Ni pulak kat balkoni.. hah, atas air taw bilik dia. =)



Okey, so antara tempat2 yang menarik kat dalam ni. First swimming pool la kot. Swimming pool ni nampak macam bersambung terus ke laut.


Pastu ada gym. Ni biasa la. Tapi gym kat sini high tech taw, dia ada motion sensor. So kalau dia tak kesan apa2 pergerakan dalam ni, secara automatic aircond & lampu semua ditutup. Tapi lupa pulak nak ambil gambar dalam gym ni.

Untuk kanak2 pulak ada Avani Kids, kat Avani Kids ni ada tempat untuk kanak2 main sambil2 tengok movie.




Hah ni part paling best, acara pantai. Macam2 aktiviti ada kat pantai dia dan semuanya PERCUMA!!! Siapa tak suka benda free kan. Hehe.. So,  jom layan gambar ye..

Boleh kayak, wind sailing macam2 la lagi

Ada chess besar, belon besar yang jalan atas air tu

Inflatable ballon

Hammock, bola tampar pantai

incik suami pun nak cuba

semua buai diorang nak try. hihihi

menghayati pemandangan laut
Sunset view dia pun cantik. SubhanaAllah!!

Selain daripada ni ada jugak aktiviti2 lain macam Go cart, Paint ball dan macam2 lagi. Tapi ni semua berbayar la. Kami tengok2 je, tak main pun, gambar pun lupa nak ambil.

Tempat makan pun ada banyak kat dalam ni. Tapi harganya boleh tahan, pening kepala tengok. Tapi sebab kami dapat free voucher RM50 untuk makan, dapat la kami merasa. Alhamdulillah.

merasa la makan tepi laut

dapat la order large pizza & air kelapa guna voucher RM50

Itu saje cerita pengembaraan kami di Avani Sepang Goldcoast, so pada sesiapa yang teringin nak bercuti tu, boleh la try kat sini. Dekat je, kat Bagan Lalang. Apa2 pun kami bagi 5 bintang untuk Avani Sepang Goldcoast. Harap2 ada la rezeki lagi nak datang sini. Amin...




dah nak balik dah ni. bye!!

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)


#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya


Friday, July 29, 2016

Kerja dan Tulang Belakang

[Kat Tempat Kerja jugak!!!]

Hai semua, dah buat dah tips semalam? Bagus2.. Teruskan okey.

Hah.. tapi jangan ingat kat rumah je kena jaga kesihatan tulang belakang, kat tempat kerja pun kena jaga jugak taw. Yela, kita kan 8-5 kat pejabat , lama tu. Jadi kalau tak jaga, memang balik rumah asyik rasa SAKIT BELAKANG je la kan.

So, hari ni biar saya kongsi sikit apa yang perlu kita buat bila kat pejabat.
.
#1. Pilih kerusi yang sesuai

Kerusi yang sesuai adalah kerusi yang mempunyai ‘bentuk S’.

Tapi jaga2, kebanyakan pejabat sebenarnya mempunyai kerusi ‘berbentuk C’, ini menyebabkan tulang belakang kita tertekan dan akhirnya menyebabkan berlakunya sakit belakang.

Mesti anda tertanya2 macam mana kerusi ‘S’ dan macam mana pulak yang bentuk ‘C’ tu ye? Okey, anda boleh tengok perbezaan nya di gambar bawah.

#2. Postur duduk yang betul

Okey, walaupun anda dah pilih kerusi yang betul, tapi kalau anda tak duduk dengan postur yang betul, anda masih berpotensi untuk merasai sakit belakang. Jadi..postur duduk di atas kerusi juga sangat penting.

Caranya:
-    Tegakkan bahagian atas belakang-     Tengkuk di bawa kehadapan sedikit
-     Bahu direhatkan dan lengan dibiarkan tergantung secara semulajadi.
-     Bahagian belakang mesti disandarkan sepenuhnya kepada kerusi
-     Sudut belakang lutut mestilah lebih 90 darjah
-     Siku dan lengan direhatkan diatas tempat letak lengan kerusi (jika ada)
-     Peha mestilah selari dengan lantai dan kedua kaki mestilah mendatar diatas lantai


Elakkan duduk diatas bangku, membongkokkan badan ke depan meja dan duduk dengan kaki di atas meja.

#3. Rehat dengan Sihat (Health Break)

Luangkan sedikit masa untuk berehat secara sihat. Rehat secara sihat lebih penting berbanding ‘Coffee break’.

Macam mana ye cara nak rehat secara sihat ni??
-     Berjalan sebentar didalam pejabat. p/s: berjalan ye, bukan bersembang =)
-     Buat senaman ringkas untuk tulang belakang dan leher
-     Elakkan mengangkatkan barang dengan cara yang tidak betul, memusingkan badan secara mengejut dan berdiri atau duduk dalam jangka masa yang lama.

Sekian saja untuk hari ini. Selamat mempraktikkan apa yang ada ketahui.



Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Thursday, July 28, 2016

Tips kesihatan Tulang Belakang

[Laa…. Salah Ke? Tak Tahu pun!!!!]

Ni la antara perkataan yang sering diulang bila seseorang tu merana SAKIT BELAKANG. Sakit belakang ni sakit taw, duduk tak kena, berdiri tak kena, baring tak kena, serba serbi la tak kena.

So kalau ada cara boleh elak, elok lah kita elakkan.

Jadi.. hari ni saya nak kongsikan antara aktiviti harian yang boleh kita betulkan supaya sakit belakang ini boleh dicegah.

#1. Memasak di dapur

Hah.. tak kan tak boleh nak masak kat dapur pulak?? Kang ada pulak suami yang lari. Hehe.

Sebenarnya, bukan tak boleh masak cuma ada perkara yang boleh diubah..
- bila berdiri ketika nak masak, pastikan anda berdiri tegak dan MELETAKKAN SATU KAKI DI ATAS BANGKU KECIL atau apa2 tempat letak kaki yang lebih tinggi.


- duduk semasa memotong bawang, serai, sayur atau apa2 lah. =)

Supaya otot tulang belakang tidak menggunakan otot yang salah ketika berdiri. Sebab, bila otot yang salah digunakan, anda akan mula rasa sakit belakang.

#2. Memandu Kereta

Pulak.. tadi tak boleh memasak, ni tak boleh memandu pulak? Bukan macam tu ye.

Sebenarnya ada cara yang betul untuk memandu ni.
- Duduk dekat dengan steering kereta. (jangan dekat sangat, yang penting kita selesa)
- Letakkan bantal kecil dibelakang pinggul untuk menyokong lengkungan tulang belakang.


- Gunakan cermin pandang belakang dan jangan pusing belakang untuk melihat kereta belakang.
-  Pastikan lutut dibengkok

#3. Mengangkat beg

Hah.. ni special untuk orang yang selalu travel.  Jika anda mempunyai 1 beg yang berat, bahagikan beg anda kepada dua beg yang mempunyai berat yang lebih kurang sama untuk memberikan tekanan yang sama pada kedua2 bahu anda.


Tapi.. adalah lebih baik anda membawa beg yang mempunyai roda. =)

#4. Tilam yang sesuai

Pastikan tilam tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras kerana tilam yang lembut akan membuatkan tulang belakang melendut, manakala tilam yang terlalu keras akan menyebabkan tekanan yang banyak pada tulang belakang.

Seeloknya, letakkan bantal kecil dibawah lutut atau tidur mengiring sambil membengkokkan lutut.

Okey.. diharapkan tips ini dapat la membantu anda menjaga kesihatan tulang belakang.


Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Wednesday, July 27, 2016

Kawalan Kuasa Minda

Siapa pernah terfikir sekarang, tengok2 kejap lagi jadi realiti?

Siapa pernah teringat seseorang, tengok2 kejap lagi terserempak dengan dia/ dia telefon kita?

Tapi benda tu kadang2 je berlaku, tidak berlaku dengan kerap pun.
Tahu tak benda ni berkaitan dengan kuasa minda sebenarnya.

Okay, siapa nak tahu cara nak tingkatkan lagi kuasa minda kita supaya apa yang kita fikirkan akan jadi realiti, bukan sekali-sekala, tapi selalu menjadi??

Sebenarnya simple je kaedahnya, cuma kena ada disiplin, kalau tak nanti kejap jadi kejap tak. Kena maintain momentum baru makin menjadi-jadi kuasa minda korang.

Okay, ni step2 dia ek

#1: Tulis 10 perkara yang anda rasa bersyukur setiap pagi. Contoh: saya bersyukur mak ayah saya ada lagi, saya bersyukur walaupun anak saya menangis tengah malam tapi dia membesar dengan sihat didepan mata saya, etc…

#2: Buat gambaran (imagine) setiap malam sebelum tidur.Contoh: duduk tengok gambar kereta BMW 7series n then korang imagine korang tengah buka pintu, duduk dalam kereta, adjust tempat duduk, start enjin n bawa jalan2 pusing KL. Imaginasi kena kuat tau.

#3: Kena jaga diri dari buat dosa. Contoh:jangan tengok aurat orang bukan mahram, kan benda tu dosa. Ataupun jangan jadi negatif sebab nanti aura positif korang menurun n lastly terus xmenjadi dah kuasa minda korang.

Cukup 3 step ni saya share, cuba start buat dulu dengan benda kecik2 untuk latihan, nanti dah terror boleh buat benda yang lagi besar. Contohnya start dengan korang nak bangun pagi jam 4 pagi qiamullail ataupun korang nak anak korang behave (jaga tingkahlaku) 1 hari.

p/s: kalau korang dah try nanti bolehla bagi feedback. Tapi kena try sebulan dulu tau, kena konsisten. Masa tu korang boleh tengok hasilnya.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Tuesday, July 26, 2016

Jom Recharge Energy!!!

Bukan handphone je kena charge bagi bateri penuh. Kita pun kena la charge jugak sekali sekala.

Tapi macam mana nak charge energy kita? Kalau charge handphone senang je, cucuk charger tekan butang on, pastu tunggu sejam 2 siapla.

Sebenarnya senang je nak charge energy kita, ada sesetengah orang tu memang selalu charge tapi maybe tak sedar.

Ok, jawapan untuk charge energy tu adalah bercuti. Macam dalam iklan tv, cuti2 Malaysia. Bercuti ni sebenarnya memang bagus sebab kita boleh rehatkan badan dan tenangkan minda.

Anda kalau nak bercuti Ikut budgetlah nak bercuti, budget besar boleh pergi jauh2 dan ambil pakej best2. Tapi kalau budget kecik kena kompromilah sikit.

Tapi sebenarnya ada cara nak cuti tempat best2 tanpa memerlukan budget besar. Contohnya kami sendiri, dapat 2x cuti tempat best, memang ohsem...;p

Kami saja je nak bakar anda pergi cuti, cuba tengok gambar ni;p Ha, apa lagi, cepatlah ambil cuti pergi vacation, wohoo...!!!












Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #mmmmei2016 #bangi #kajang #putrajaya

Sunday, July 24, 2016

Ingin menambahkan PENDAPATAN tanpa mengeluarkan peluh?? .

Kami ada cara nya..

Ini bukan MLM, ini bukan skim cepat kayap, dan ini bukan cobaan tapi ini betul2.


Anda cuma perlu mempromosikan perkhidmatan kami kepada rakan2 atau saudara mara anda yang memerlukan khidmat fisioterapi ke rumah.

Jika mereka bersetuju dapatkan khidmat kami,kami akan berikan anda komisen.

Mesti ada antara anda ada yang kata susahlah, mana saya ada masa, macam mana nak cari dan lain2 lagi.

Tahu tak anda, setiap 10 orang rakyat Malaysia 1 orang pasti memerlukan khidmat fisioterapi, tetapi sama ada mereka tahu atau pun tidak sahaja. Kadang2 doktor pun tak tahu pesakit mereka memerlukan khidmat fisioterapi.

Jadi apa tunggu lagi, tak kan anda tak kenal lebih 10 orang, mustahil..!! Takkan anda nak biarkan jiran anda buat duit dengan senang tanpa mengerah keringat, takkan anda nak berputih mata tengok kawan sepejabat anda yang collect komisen dari kami sedangkn anda pun boleh.

FAST ACTION, FAST RESULT...!!!

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #mmmmei2016 #bangi #kajang #putrajaya

Friday, July 22, 2016

Perihal 4 Perkara

4 Perkara yang merosakkan hati

1. Banyak bercakap
2. Banyak tidur
3. Banyak makan
4. Banyak ketawa

4 Perkara yang merosakkan tubuh

1. Makan dan minum yang haram
2. Menabur fitnah
3. Hasad dengki
4. Tidur lewat malam

4 Perkara membawa kebahagiaan

1. Banyak berzikir dan beramal soleh
2. Bersedekah dan beramal jariah
3. Ikhlas dalam setiap amal perbuatan
4. Hanya mengharapkan redha Allah

4 Perkara memurahkan rezeki

1. Bertahajjud
2. Mendirikan solat sunat dhuha
3. Berdoa dan bertaubat
4. Berusaha dan bertawakal

4 Perkara yang membantutkan rezeki

1. Meninggalkan solat
2. Tidur lepas subuh
3. Malas berusaha
4. Berburuk sangka

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Thursday, July 21, 2016

Katakan TAK NAK!!!

TABIAT KITA HARI INI MENENTUKAN MASA HADAPAN ANAK  KITA

Selamat pagi semua, macam mana pagi anda hari ni? Positif tak?

Okey, hari ni kita nak sembang sikit pasal tabiat ataupun kebiasaan. Setiap orang mesti ada tabiat masing2kan. Tu yang bila kita buat something yang lain je orang kata kita buang tabiat.

Tabiat ni ada yang positif, ada yang negatif. Tapi hari ni kita nak cerita pasal yang negatif iaitu tabiat orang yang suka merokok. Tapi bukan dari aspek kesihatan, tapi dari aspek kewangan.

Kita ambil contoh ye, seorang perokok, kalau sehari hisap 1 kotak rokok, 10tahun dah jadi 3650 kotak, harga rokok 1 kotak bersamaan lebih kurang RM10, so kita dah "bakar" duit sebanyak RM36500.

Cuba bayangkan, kalau kita guna duit tu dan invest pada tempat yang dapat bagi  pulangan 8% setiap tahun, kita akan dapat kumpul RM54,384 dalam jangka masa 10 tahun. Tak ke rugi tu? Orang lain buat duit RM50k ++, kita pergi bakar duit.

Tu belum termasuk lagi kos perubatan. Maklum la, bila merokok ni macam2 la penyakit akan datang. So lagi banyak la duit yang perlu diperuntukan untuk berubat pulak.

Lagi satu, kalau perokok ni nak beli insuran/takaful pun kena bayar lebih dari orang yang tak merokok sebab risiko untuk mereka mendapat penyakit berkali ganda lebih tinggi.

Itu bab diri sendiri je. Kalau dah kahwin, dan ada anak ramai, sebenarnya mereka ni dah "korban" dan "bakar" masa depan anak mereka. Duit untuk pelajaran anak, digunakan untuk beli rokok.

Fikir-fikirkan lah dan bertindak.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

Wednesday, July 20, 2016

Isu lutut LAGI??

LUTUT PUN MEMBUANG??

Alamak.. Apa la pelik sangat entry Big Heart Physio ni, semalam cerita pasal lutut makan, hari ni cerita pasal lutut membuang pulak.

Hehehe.. Jangan marah ye, ni adalah kesinambungan daripada post semalam. Siapa2 yang belum baca lagi boleh la intai2 entry semalam.

Okey, sekarang kita cerita skala besar sikit. Anda bayangkan badan anda penuh dengan toksik. Macam mana anda nak keluarkan toksik ni?
Hah betul tu.. melalui peluh, buang air besar, buang air kecil.

Tapi, macam lutut ni, macam mana pulak nk keluarkan toksik (waste product)?

Hmm... Macam ni ceritanya, lutut ni bila nak keluarkan toksik, dia umpama span, kalau kita squeeze (picit) span apa akan jadi? Kena perah kan?


Macam tu jugak lutut, bila lutut kita bergerak, akan ada tempoh squeeze dan toksik dari dalam lutut ni akan diperah keluar.
So kalau perah banyak2 kali, agak2 abis tak keluar semua waste product tu??

Sebab tu kalau fisio suruh buat exercise lutut, biasanya bukan sekali, minimum 10 kali untuk setiap exercise, lagi banyak lagi bagus. Jadi.. Siapa2 yang nak tahu senaman apa yang bagus untuk lutut, boleh la klik link ni.

Senaman ni bagus dilakukan oleh semua orang, tak kira la orang tu sakit lutut ataupun sihat. Sebab senaman ni boleh mencegah daripada terkena osteoarthritis. InsyaAllah.
Tapi ingat, bukan sekali, kena la buat hari2.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya