Tuesday, October 18, 2016

BANK TULANG

Pernah tak anda dengar pasal bank tulang? Hah, selalu kita dengar bank yang tempat simpan duit tu je kan?

Hari ni saya nak cerita pasal bank yang ada pada badan kita pulak.

Tulang badan kita ni boleh umpamakan macam akaun bank. Ada 'simpanan' dan ada 'pengeluaran' tisu tulang. Cuma yang bezanya kita tak boleh nak kawal jumlah pengeluaran tu.

Waktu kanak2 dan remaja adalah waktu yang paling banyak tisu tulang kita disimpan berbanding dikeluarkan. Jadi, saiz dan isipadu tulang rangka kita membesar dengan sempurna.

Bank tulang ni akan terus membuat 'simpanan' sehingga seseorang berumur 30 tahun. Pada waktu itu, tulang telah mencapai kekuatan dan isipadu maksima atau dipanggil "peak bone mass".

Tapi selepas itu, untuk wanita, mereka akan melalui satu fasa kehilangan/'pengeluaran' tisu tulang yang cepat dalam beberapa tahun pertama selepas menopouse. Dan kemudian menjadi perlahan dan akan diteruskan hingga akhir usia. 'Pengeluaran' ini lah yang menyebabkan berlakunya osteoporosis.

Oleh sebab tu sangat lah penting, untuk kita memastikan yang akaun bank tulang kita adalah sangat banyak pada usia kita 30 tahun supaya tak de la nanti terasa sangat bila buat banyak pengeluaran.

Tapi mesti anda tertanya2 macam mana nak tambahkan 'simpanan' kat akaun bank tulang ni kan?

Banyak cara boleh buat sebenarnya, tapi yang paling senang adalah menambahkan pengambilan kalsium. Cara paling mudah nak dapatkan kalsium adalah dengan cara minum susu. Jadi, minum la susu dengan banyak sebelum berumur 30 tahun untuk mengelakkan osteoporosis.

Ada yang cari Fisioterapi ke rumah
0122998620
Fb page: Big Heart Physio

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi #kajang #putrajaya

No comments:

Post a Comment