Tuesday, December 6, 2016

CUKUP KE 2 MINGGU JE BUAT FISIO??

Ada seorang klien kami tanya, mak beliau baru keluar hospital setelah mendapat rawatan patah peha. Sempat tak kalau nak buat fisio dalam tempoh 2 minggu sebab mak beliau akan dijaga oleh abang nya pula selepas tu.
.
Agaknya sempat ke tak ek???
.
Okey, ni jawapannya:

Sebenarnya healing process untuk kaki ambil masa selama 6 bulan. 

Untuk setiap fasa penyembuhan tu ada senaman tertentu dan aktiviti tertentu yang spesifik.

Sebagai contoh semasa fasa akut (baru patah), fisio akan ajar senaman untuk kuatkan otot tanpa ada pergerakan sebab nak maintain kekuatan otot dan pada masa yang sama tak nak tulang tersebut tercedera lebih teruk.

Pada masa tersebut jugak, kaki yang patah tu tak boleh dipijak sebab nanti akan mengganggu proses penyembuhan, so fisio akan ajar cara berjalan tanpa kaki yang patah menjejak lantai.
.
Kemudian fasa tulang baru mula bercantum, masa ni fisio akan progress senaman lain dan fisio juga akan mengajar cara berjalan dengan menjejakkan kaki yang patah sedikit pada lantai.
.
Pada fasa tulang semakin padat bercantum, fisio akan mengajar senaman untuk kembali berjalan seperti biasa.
.
Soooo... hanya dengan tempoh 2 minggu untuk  buat fisio. Memang lah SANGAT TAK CUKUP!!
.
Sebab setiap kali rawatan, fisio akan check semula sama ada pesakit boleh progress dengan senaman yang lebih sukar atau memperbetulkan teknik pesakit melakukan senaman jika terdapat kesilapan ketika melakukannya.
.
Kami ada klien yang berusia 40an patah kedua2 belah kaki dah 8 bulan bersama kami.

Alhamdulillah, beliau dah kembali berjalan dan bekerja, cuma sekarang tinggal nak fokus bagi boleh lipat lutut sebab matlamat beliau adalah untuk solat seperti biasa.
.
.
Jom solat dengan sempurna kembali
0122998620
FB page: Big Heart Physio

#bigheartphysio #homephysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya

No comments:

Post a Comment