Sunday, December 11, 2016

JAMBATAN ROBOH

Waktu saya tengah mengajar klien saya senaman semalam,
.
Fisio: makcik, cuba makcik tarik kaki untuk tegakkan lutut.
Klien: tak pe ke ni? nanti kang roboh pulak jambatan makcik
Fisio: jambatan???
Pastu baru saya teringat, isnin hari tu saya ada cakap. Fasa penyembuhan selepas patah tulang ni umpama bina jambatan.
Mula2 rangka jambatan kena dibina, lepas tu baru susun2 batu untuk kukuhkan jambatan, lepas tu baru la letak tar untuk cantikkan jambatan.


Tu yang klien saya ni nak jaga betul2. Dia kata tak larat dah nak bina lagi jambatan kalau roboh. hehehe. Comel je makcik ni.
Fisioterapi ke rumah
012-2998620
FB page: Big Heart Physio

No comments:

Post a Comment