Siapa kat sini pernah jaga orang sakit?
Tak kisah la kat hospital ke, kat rumah ke, kat mana2 je la?
Pernah tak waktu jaga tu, tiba2 tengok orang yang kita jaga
tu tangan nya bengkak, kakinya bengkak. Pernah tak?
So, apa yang anda buat ek?
Hah, hari ni saya nak share sikit antara perkara2 basic yang
boleh kita buat kalau terjadinya bengkak ni..
#1 Tinggikan
Kalau boleh tinggikan bahagian yang bengkak tu lebih tinggi
daripada level jantung.
Maksudnya kalau kaki bengkak, time baring tu boleh la alaskan
bantal bawah lutut untuk tinggikan kaki tu.
Kalau tangan, pun sama, letakkan tangan tu atas bantal.
Tujuan: untuk memudahkan pergerakan cecair ke jantung dengan
bantuan graviti
#2 Gerakkan
Kalau orang yang kita jaga tu sedar, lepas dah tinggikan
bahagian yang bengkak tu boleh la minta mereka gerakkan anggota tersebut.
Contohnya kalau kaki, boleh minta mereka gerakkan
pergelangan kaki tu secara membulat ataupun gerakkan ke atas dan ke bawah berulang kali.
Kalau tangan, boleh minta mereka genggam dan buka berulang
kali.
Tapi, kalau pesakit tu tak sedar, anda boleh tolong gerakkan
bahagian yang bengkak tu guna kaedah yang sama.
Tujuan: untuk mengepam cecair2 yang berlebihan tu ke
jantung
#3 Tekanan
Ni bukan stress taw. Hehehe…
Lepas dah tinggikan dan gerakkan anggota bengkak tu.
Kita boleh la gunakan sama ada pressure stoking ataupun
bandage untuk balutkan anggota yang bengkak tu.
Tujuan: untuk elakkan anggota tersebut bengkak semula
Tapi… tak semua bengkak kita boleh buat macam ni taw. Sebab ada
bengkak yang puncanya lain. So apa2 pun pastikan anda mendapat nasihat pakar
sebelum membuat sesuatu.
Kalau nak nasihat Big Heart Physio
Hubungi +60122998620
Hubungi +60122998620
Hubungi +60122998620
Klik Big Heart Physio
Semoga anda semua belajar sesuatu. =)
No comments:
Post a Comment