Thursday, January 26, 2017

Pengalaman Umrah dengan anak kecil

Assalamualaikum.. maaf semua. Lama tak update. Alhamdulillah sebenarnya kami baru pulang dari tanah suci. Lepas tu demam pulak, maka sambung la bercuti. Ni baru la okey sikit.

So hari ni curi jugak masa untuk share sikit pengalaman ke Tanah suci bersama putera & puteri kesayangan kami.

Just for info, waktu ke sana, umur Damia 3 tahun 7 bulan & Fateh 1 tahun 2 bulan.


Okey.. saya akan cuba kongsikan antara point2 penting untuk preparation parents yang nak bawa kids ke sana.

1) Waktu tidur

Make sure kita betul2 tahu rutin tidur anak kita waktu kat Malaysia. Anak2 kami memang jenis tidur awal & bangun awal. Macam Fateh dia akan tidur waktu pukul 10-11pagi & 3-4petang pastu malam akan tidur dalam pukul 9. Damia cuma tidur malam je pukul 9, siang dia tak tidur.

So kat sana akan lewat 5 jam dari sini. Jadi bangun awal pagi untuk ke masjid untuk solat subuh Alhamdulillah tak de masalah. Cuma lepas subuh memang da ready Fateh untuk tidur. Kadang2 dia tidur je dalam baby carrier time jalan nak balik ke hotel. (kami tak bawa stroller).

Waktu zohor pun agak mencabar sebab waktu tu adalah waktu tidur Fateh dan kami nak ke masjid. So kena datang awal ke masjid, tidurkan dia dulu kat masjid sebelum solat. Malam pulak, gap antara maghrib & isyak tu kami stay je di Masjid jadi dah siap2 tidurkan Damia & Fateh sementara tunggu isyak. Jadi bila balik, dukung je dua budak yang tidur tu balik ke hotel.



Jadi, untuk kesenangan study dulu jadual solat sana sebelum pergi untuk plan betul2 waktu tidur anak. Sebab bila anak cukup tidur & tidur tak terganggu, diorang pun tak de la tantrum tak tentu pasal sangat, senang kita nak buat ibadat.

2) Aktiviti di masjid

So waktu kita solat & beribadat di masjid tu boleh la sediakan busy kit untuk anak2. Macam Damia senang sikit sebab dia da besar, so bila kita bagi buku or apa2 busy kit dia, dia boleh stay elok2 & buat kerja dia.

Tapi, untuk Fateh tak, sebab dia masih belum boleh terima arahan, so walaupun kita suruh dia duduk, dia still akan pergi explore tempat tu or g berkawan dengan orang lain. So, cara yang paling effective adalah guna hand harness. (Kalau perasan kat gambar, ada yang tali biru kat tangan Fateh tu.)

Bagus benda ni, dia still boleh explore, tapi in a certain range only. Kita pun tak de la risau time solat, dia jauh entah kemana2. Tapi ada risiko kita kena belit dengan dia la time solat. (hahaha…umi Fateh ada la kena sekali dua time solat hari tu)

Selain tu boleh la bawak makanan yang diorang senang nak makan. Macam biskut, roti or epal. Tapi jangan risau, anak2 ni memang murah rezeki kat sana, boleh dikatakan tiap2 waktu solat, ada je orang akan datang bagi makanan kat diorang. (pastu kalau diorang tak makan, umi dia la yang untung, hahahahaha…)


3) Tawaf

Untuk tawaf ni agak mencabar sikit la kalau time diorang ni bangun. So ada masa kami pakai baby carrier, abi dia carry sorang, umi dia carry sorang. (Tapi kena tukar pampers Fateh siap2 la sebab tak boleh menanggung najis waktu tawaf).

Tapi, ada jugak waktu kami guna wheelchair hotel. Tolak diorang atas wheelchair, Damia boleh duduk atas Wheelchair tu smpai 7 pusingan, tapi Fateh selalunya 2 pusingan dia da meronta nak turun. So end up pakai baby carrier jugak.

Sebab tawaf pakai wheelchair, so kena guna tingkat atas, jadi pusingan tu jauh sikit la, satu pusingan amek masa dalam 10-15 minit. Apa2 pun kena banyak bersabar & doakan Allah permudahkan.

Saie lebih kurang je. Cuma sebab saie tak perlu pastikan pampers bersih, so lebih mudah nak terus dukung Fateh kalau dia tak nak duduk atas wheelchair.

4) Cuaca

Waktu kami pergi ni waktu musim sejuk, so tak de la panas sangat. Tapi time zohor tu kalau kena matahari tu still rasa panas terik nya. So kena make sure anak2 minum air zamzam secukupnya.

Silap saya waktu kat Madinah tu tak ingat sangat nak sentiasa bagi minum air zamzam kat Damia, so dia kurang air. Jadi waktu dari Madinah ke Mekah tu dia demam. Tapi Fateh okey, agaknya sebab menyusu. Jadi Alhamdulillah air cukup je.


Ermm....Rasanya itu lah antara point2 penting yang perlu diambil kira sebelum pergi dengan anak2 ke Tanah suci.

Yang lain okey je, insyaAllah. Berdoa dan yakin Allah akan mudahkan semua urusan kita dan anak2 disana.

Apa2 pun parents kena fit, sebab banyak aktiviti fizikal kat sana, nak jaga anak lagi. =)

Saya doakan orang yang membaca post saya kali ni dipermudahkan urusan ke Tanah suci bersama anaknda2 tercinta. Amin ya rabb….


 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada yang mencari fisioterapi ke rumah.
Jom klik Big Heart Physio
+60122998620

No comments:

Post a Comment