Wednesday, October 4, 2017

3 TIPS UNTUK BAGI ANAK ISTIMEWA SERONOK BUAT SENAMAN

Semua orang pasti seronok menimang cahaya mata
Tapi.. hanya yang hebat akan dikurniakan anak ‘istimewa’.
.
Macam mana ye nak jaga anak ‘istimewa’ ni
Sedangkan kita tak pernah ada pengalaman mengahadapi situasi ni sebelumnya.
.
Macam mana nak didik?
Macam mana nak ajar mereka berdikari?
Macam mana nak beri pendidikan?
Dan macam mana nak pastikan yang anak ni buat senaman yang sepatutnya setiap hari supaya perkembangan mereka seperti anak-anak normal yang lain???
.
Hah, hal-hal lain tu mungkin anda boleh rujuk pada yang pakar.
Tapi hari ni sebagai fisoterapi, kami nak share sikit beberapa tips untuk menjaga dan memastikan anak istimewa ini membuat senaman setiap hari.
.
1. Tukar Persekitaran
.
Kadang-kadang kita sebagai ibubapa ni terlalu atau terlampau ‘protective’/takut sesuatu yang buruk berlaku pada anak kita.
Sebenarnya, kita patut biarkan anak istimewa ni buat aktiviti macam anak2 lain.
Biarkan mereka berkawan dengan anak-anak normal yang lain supaya mereka tak rasa terasing. (Tapi kita perlu pantau dan berjaga-jaga)

2. Jadi Budak kecik Semula
.
Ibubapa kena jadi macam ‘anak’ jugak, jadi budak kecik.
Kena sama-sama buat senaman dengan anak. Kalau nak mereka merangkak, ibubapa pun kena merangkak, kalau nak mereka melompat, ibubapa pun kena melompat.
Anak-anak ni akan tiru apa orang yang rapat dengan mereka selalu buat, sebab tu kalau ibubapa asyik duduk je, anak pun jadi tak aktif.

3. Jangan Terlampau Rigid
.
Kita ni kena lah flexible sikit. Tahu la anda tu jenis berdisiplin, ikut jadual.
Tapi anak istimewa ni perlu tunggu mood dia nak buat senaman.
Jadi, kalau dia tak nak buat senaman waktu pagi, tak pe, biarkan. Nanti dah tengah hari ke petang ke, dia dah ada mood barulah ajak dia buat senaman.
Jangan ikut mood kita pulak. Kang lain jadinya.
Tapi seelok-eloknya, biarlah kita dan anak ada mood yang baik semasa buat senaman tu. Baru la hasilnya pun baik jugak..
.
.
Apa2 pun tahniah untuk anda sebab anda sebenarnya sangat hebat, sebab tak semua orang mampu melalui fasa ni.
InsyaAllah, banyak ganjaran yang bakal menanti anda jika anda
terus bersabar dan redha.
Jika perlukan bantuan atau khidmat fisioterapi ke rumah anda boleh hubungi no kat bawah ni.
>>>0132935318
>>>0132935318
>>>0132935318

No comments:

Post a Comment