Wednesday, February 15, 2017

Tips cuaca panas melampau

[PANAS KE???]
.
Hai tengah buat apa tu? tunggu nak lunch ye?
.
Hmm... Nampaknya tak lama lagi kita akan ke musim cuaca panas.
.
Dah ready ke?
.
Eyh, kena ready ke?
.
Hehehe... kena la ready2 sikit. Tambah2 ilmu untuk kesihatan kita.
.
Sebabnya cuaca panas ni boleh memberi kesan fizikal kepada tubuh kita. Daripada tahap sederhana hingga boleh menyebabkan kematian (strok haba).
.
So, kenalah hati2.
.
Okey, siapa kumpulan yang lebih berisiko terkena kesan cuaca panas ni?

πŸ“Œ Mereka yang terbabit dalam aktiviti fizikal di luar
πŸ“Œ Mereka yang berumur 40 tahun ke atas
πŸ“Œ Kanak-kanak 5 tahun ke bawah
πŸ“Œ Penghidap penyakit sistem pernafasan
πŸ“Œ Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis, dan kelenjar tiroid
.
Gejala cuaca panas melampau adalah:

πŸ”« Sakit kepala
πŸ”« Keletihan
πŸ”« Lemah tumpuan
πŸ”« Pening
πŸ”« Lemah otot-otot atau kekejangan
πŸ”« Mual dan muntah
πŸ”« Jika teruk: meyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma)
.
Tapi, ada cara untuk mencegah atau mengurangkan kesan terhadap cuaca panas melampau ni:

❀️ Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang dilakukan
❀️ Minum minuman isotonik
❀️ Sebolehnya berada didalam rumah atau dalam bangunan
❀️ Hadkan aktiviti luar
❀️ Kerap berehat
❀️ Mandi atau gunakan kipas angina untuk menyejukkan badan
❀️ Pakai pakaian yang ringan, bewarna terang dan longgar
❀️ Pakai topi atau paying yang besar
.
Dan elakkan:

❌ Minum minuman yang mempunyai kafein, alcohol atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
❌ Duduk didalam kereta yang tertutup
❌ Bersenam dalam cuaca yang panas
.
Jika anda mempunyai tanda2 gejala, lakukan tips berikut:

πŸ”” Keluar dari kawasan yang panas
πŸ”” Tanggalkan pakaian yang ketat
πŸ”” Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
πŸ”” Gunakan kipas untuk menyejukkan badan
πŸ”” Minum air setiap 15 minit
πŸ”” Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.
.


Jaga diri semua.
.
Ingat fisio, Ingat Big Heart Physio

Whatapps 0132935318
Whatapps 0132935318
Whatapps 0132935318


#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi #kajang #putrajaya

No comments:

Post a Comment