Friday, February 17, 2017

[5 Sebab pesakit KENCING MANIS perlu bersenam]

Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pancreas yang bertugas untuk menukarkan glucose (gula dari makanan) kepada tenaga atau disimpan di dalam tisu otot atau tisu lemak untuk kegunaan masa hadapan.

Sewaktu pencernaan, karbohidrat ditukarkan kepada glucose dan masuk ke dalam darah. Peningkatan glucose didalam darah akan memberi isyarat kepada pancreas untuk menghasilkan insulin.

Insulin akan memberi isyarat kepada badan untuk mengambil glucose daripada darah. Apabila glucose masuk ke sel2 badan, kandungan glucose dalam darah berkurang.

Tetapi untuk kebanyakan pesakit kencing manis sel2 badan mereka tidak mengambil glucose yang berada di dalam darah ini kerana insulin mereka sudah tidak sensitif terhadap glucose. Lalu menyebabkan gula dalam darah meningkat.


Jadi, selain daripada mengawal pemakanan dan mengambil ubat, senaman juga memberikan kesan yang baik kepada pesakit kencing manis. Iaitu:

1) Memperbaiki kawalan glucose dalam darah
2) Menjadikan insulin lebih sensitif.
3) Mengurangkan lemak dalam badan. (Penurunan berat badan boleh menjadikan insulin lebih sensitif)
4) Mengurangkan risiko penyakit kardiovascular (pesakit kencing manis yang kronik berpotensi mengidap penyakit kardiovascular)
5) Mengurangkan stress (stress boleh mengganggu kawalan kencing manis)
Jom bersenam.





Fisioterapi ke rumah
0122998620
Fb page: Big Heart Physio

No comments:

Post a Comment