Saya amat terkesan dengan kisah salah seorang klien Big
Heart Physio ini.
Kehidupan keluarga mereka serba sederhana, pasangan suami
isteri ini bekerja biasa2 sahaja, tidaklah bergaji besar. Si isteri kadang
pulang lewat malam kerana bekerja. Mereka tinggal di dalam rumah yang besarnya
lebih kurang 600 lebih sqft sahaja bersama 3 lagi anak lelaki.
Tapi, oleh kerana inginkan yang terbaik untuk anaknya mereka
sanggup mengeluarkan belanja untuk membuat fisioterapi bersama Big Heart
Physio.
Beberapa bulan yang lalu, anak sulung mereka yang dalam
lingkungan usia 20-an telah mengalami kemalangan motosikal dan mendapat traumatic brain injury (TBI). Iaitu
kecederan pada otak yang disebabkan oleh hentakan di kepala (utk kes ini sebab
accident).
Selepas kemalangan itu, si anak ini hanya mampu terbaring di
atas katilnya dan tidak sedarkan diri. Apa yang lebih menyedihkan adalah
selepas pulang dari hospital, tiada temujanji susulan yang diberikan oleh pihak
hospital bagi mendapatkan rawatan fisioterapi untuk si anak ini.
Oleh kerana tidak tahu, maka keluarga ini menjaga si anak
ini seperti biasa. Sehingga la pada suatu hari (lebih kurang 6 bulan selepas
kejadian), kawan mereka telah memberitahu bahawa anak ini sepatutnya menjalani
rawatan fisioterapi.
Maka, mereka terus mencari fisioterapi yang boleh memberi
rawatan kepada anak mereka. Tapi Allah masih ingin menguji keluarga ini.
Fisioterapi yang mereka pilih ini tidak seperti yang diharapkan, maka si ibu
memilih untuk tidak meneruskan sesi bersama fisioterapi tersebut.
Rezeki Allah tak pernah salah alamat, satu hari, Allah
menemukan si ibu ini dengan salah seorang klien kami iaitu Puan A. Puan A juga
mempunyai suaminya yang terlantar. Puan
A telah bercerita dan menunjukkan video tentang rawatan suaminya bersama
En.Helmi (salah seorang fisioterapi bertauliah Big Heart Physio).
Si ibu sangat tertarik dengan cara En.Helmi mengendalikan rawatan
bersama suami Puan A dan akhirnya si ibu membuat temujanji dengan En. Helmi.
Sewaktu kali pertama membuat rawatan, sendi lutut anak ini
sudah mengalami sedikit ‘contracture’ (baca: mengeras). Kakinya hanya boleh
dibengkokkan sedikit sahaja kerana sudah terlalu lama berada dalam posisi
lurus. Dan juga bahagian2 badan lain yang juga sudah tidak berada dalam keadaan
normal.
Sekarang, si anak ini masih lagi menjalani rawatan bersama
Big Heart Physio sebanyak 3kali seminggu. Kita sama2 lah doakan Allah
memberikan kesembuhan pada anak ini dan meluaskan rezeki keluarga ini. Amin….
Mencari fisioterapi ke rumah?
Whatapps 0132935318
Whatapps 0132935318
Whatapps 0132935318
Customer service kami bersedia melayani anda dengan gembira
Fb page: Big Heart Physio
#bigheartphysio #fisioterapikerumah #homephysio #bangi
#kajang #putrajaya
No comments:
Post a Comment