Wednesday, August 23, 2017

[Beratnya tangan ni!!!]

4 tahun yang lepas, Puan L telah mengalami kemalangan motor yang telah menyebabkan lengan beliau patah.

Seperti biasa, doktor akan 'simen' tangan yang patah tu untuk membantu proses pemulihan.

Dan selepas tulang lengan beliau sudah bersambung, doktor pun buka semula 'simen' tersebut.

Tapi... Apa yang berlaku selepas tu. Tangan puan L menjadi berat untuk diangkat dan beliau menjadi tak selesa.

Ingatkan sekejap je. Tapi setelah 4 tahun, perasaan tak selesa dan berat tu masih sama.

Satu hari, suami puan L ternampak banner Big Heart Physio di kawasan perumahannya dan menelefon kami untuk membuat temujanji.

Walaupun selepas sesi pertama, tangan puan L masih sama tapi Alhamdulillah selepas sesi kedua tangan puan L menjadi lebih ringan dan lebih selesa.

Puan L sangat gembira. Maklum la, punya la lama bertahan dengan sakit tu tiba-tiba lepas sesi tu rasa lega sangat.

Alhamdulillah.

*********************************

Nota fisio: Puan L mengalami masalah saraf terhimpit. Selepas sedikit stretching dan mobilization, tangan puan L menjadi lebih selesa.

Siapa lagi ada masalah macam puan L?


No comments:

Post a Comment