Thursday, September 28, 2017

Ransangan deria

AIK TEPUK-TEPUK JE
Hah, tepuk apa pulak ni? Tepuk amai-amai ke?
Hehehe… Tak de la. Hari ni nak throwback sikit pasal klien kami semalam.
.
Semalam kami ada klien kat Puchong Utama (PU), bukan pencetus ummah ye. 🙊
.
Klien ni merupakan pesakit strok, untuk klien ni fisio kami asingkan sehari untuk latihan tangan dan sehari lagi untuk latihan kaki. Hari ni turn latihan tangan dia.
Kata orang tua-tua tangannya dah kaku sebab strok, tapi kami yakin tangan klien ni sebenarnya boleh berfungsi lagi.
.
So, apa lagi, mula-mula kami gerak-gerakkan tangan tu, pastu ‘kepak-kepak’ (joint mobilization) sikit tangan dia. Settle tu baru kami buat stretching sikit bagi lembut dan continue dengan senaman-senaman khusus untuk pemulihan tangan beliau.
Mula-mula tangan klien ni dapat gerak sikit, pastu kami pun tepuk-tepuk lah tangan dia. Sekali Nampak lagi banyak gerak, mengagumkan 😍. Klien pun happy je nak buat senaman sebab nampak perubahan.
.
Nak tahu tak macam mana boleh jadi macam tu?
.
Sebenarnya pesakit strok ni memang sangat memerlukan ransangan deria ketika rehabilitasi mereka untuk meransang semula sel-sel otak mereka untuk berhubung.
.
Ada 3 deria yang perlu diransang:

1. Deria Penglihtan:
Iaitu pesakit perlu melihat pergerakan tangan atau kaki yang dilakukan sewaktu latihan dijalankan.

2. Deria Pendengaran:
Hah kalau anda perasan, fisio kalau rawat pesakit strok ni selalu cakap kuat-kuat. Sebenarnya bukan nak kurang ajar atau marah pesakit ni. Tapi untuk meransang deria pendengaran mereka.

3. Deria Sentuhan:
Ini la sebab fisio kami tadi tepuk-tepuk tangan klien PU tadi. Bila tempat yang perlu digerakkan tu teransang baru lah lebih banyak input yang sampai ke otak untuk buat pergerakan.


.
So sesiapa yang ada family members yang kena strok ni boleh la try ransang deria-deria ni sambil buat senaman.

InsyaAllah lagi cepat pesakit boleh pulih.
.
Fisioterapi ke rumah
0132935318

No comments:

Post a Comment