Saturday, September 16, 2017

3 KOMPONEN PENTING DALAM SENAMAN

Anda kat sini biasa tak bersenam?

Anda tahu tak apa 3 komponen yang penting dan wajib anda lakukan ketika bersenam?


Hah, kira kalau tak buat ni tak lengkap la senaman tu.

Okey, jom kita tengok apa 3 komponen tu dan sebab apa komponen tu wajib:
.
1. WARM-UP

🏆🏆Objektif:
a) Meningkatkan ‘cardiac output’. Cardiac output ni adalah jumlah darah yang keluar dari jantung setiap minit. Ianya penting sebab bila darah banyak, banyak la oksigen boleh disalurkan kepada otot yang nak buat senaman tu. Jadi, performance kita pun akan meningkat
b) Meningkatkan suhu otot. Bila suhu otot meningkat, enzim dalam otot dapat bekerja dengan lebih baik. Jadi, otot dapat bekerja pada tahap yang optima.
c) Mengurangkan kadar kecederaan otot.

🏆🏆 Jangka Masa:
5-20 minit bergantung kepada persekitaran.


2. WORK-OUT
Tempoh dan aktivitinya bergantung kepada sukan yang kita nak jalankan.


3. COOL-DOWN

🏆🏆 Objektif:
a) Membantu darah yang berkumpul pada otot yang digunakan semasa ‘work-out’ untuk kembali kepada jantung.

🏆🏆 Jangka Masa:
10-30 minit bergantung kepada persekitaran
.
.
Hah, jadi bila dah tahu ni pastikan anda buat semua komponen ni dan lakukan secara berturutan. Sebab setiap komponen ada sebab dan objektif tersendiri, bukan saja2 je kena buat.

Lagi satu, kena la buat betul-betul baru lah dapat kesannya. Kalau buat pun ala kadar, kesannya pun ala kadar lah..

Fisioterapi ke rumah anda:
>>>0132935318
>>>0132935318
>>>0132935318

No comments:

Post a Comment