Monday, September 25, 2017

3 TIPS UNTUK KEKAL CERGAS BAGI PENJAGA PESAKIT

Okey, biasa kami bagi tips untuk pesakit kan, hari ni nak bagi tips untuk PENJAGA pesakit pulak.
.
Kita ni memang tak dapat lari daripada sakit.

Kadang-kadang ahli keluarga kita sendiri sakit dan perlukan penjagaan intensif/penuh dari kita.
.
Tapi, pada masa yang sama kita juga tidak berapa larat nak jaga suami/isteri/anak/ibubapa kita yang terlantar sakit tu.
.
Jadi, kat sini ada 3 tips untuk kita kekal cergas:
.
1. Think Positive
.
Kita kena sentiasa optimis. Pernah tak anda buat sesuatu tapi tak terasa pun penat, tak terasa pun masa tu berlalu??
Hah..tu sebab anda benar-benar ikhlas dan fokus pada pekerjaaan anda. Anda juga seronok buat benda tu sampai tak sedar pun apa yang berlaku disekeliling.
So…sentiasa think positive and be optimist.

2. Plan/Rancang Aktiviti Harian Anda
.
JIka anda tahu anda tahu apa yang perlu dibuat pada hari ini. InsyaAllah minda anda akan lebih bersedia.
Jadi, anda akan lebih bersemangat dan hanya mengambil masa yang sedikit untuk siapkan tugasan harian anda.

3. Berehat Sebentar
.
Jika anda dah penat bekerja seharian, berhenti sekejap.
Jika boleh, ambil masa 30 minit untuk mandi (segarkan badan), ambil wudhuk dan solat 2 rakaat serta baring/tidur sebentar. InsyaAllah anda akan lebih bertenaga untuk meneruskan hari anda.
.
So, rasanya cukup lah dulu 3 tips ni. Kami harap tips-tips ni dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

Hargai setiap peluang bersama insan yang kita sayangi kerana mungkin ia akan menjadi asbab kita mendapat rahmat dan kasih saying Allah di Akhirat nanti.
.
Nak lebih lagi tips?? Anda boleh follow FB page kami dan set kan sebagai ‘see first’.
.
Fisioterapi ke rumah anda
>>>0132935318
>>>0132935318
>>>0132935318

No comments:

Post a Comment