Thursday, September 21, 2017

5 TIPS CEPAT SEMBUH BAGI PESAKIT STROK

Kalau orang cakap pasal fisioterapi, mesti anda akan terfikir untuk pesakit strok kan? Jangan risau, bukan anda sorang je. Ramai lagi yang fikir macam ni.

Memang kami ni selalu dikaitkan dengan pesakit strok dan hampir 70% dari klien kami pun adalah pesakit strok. Jadi, betul la tu apa yang anda fikirkan tu. 

Zaman sekarang ni, tak kira tua atau muda, aktif atau kurang aktif, semuanya berpotensi untuk kena strok.

Dan bila da kena tu, macam-macam cara berubat yang orang akan cuba. Contohnya mengurut la, bekam la, lintah la dan macam-macam lagi. Tapi hasilnya tak seberapa juga.

Okey.. Hari ni admin nak share 5 tips untuk cepat sembuh daripada strok.( Selalu kita bagi 3 tips je kan, hari ni kita bagi lebih sikit..hehehe)

1. KERAP MANDI

Selalunya pesakit strok ni akan rasa lemah dan tak bertenaga je. Kalau dulu waktu sihat, bila rasa macam tu, lepas mandi mesti akan rasa lebih segar dan bertenaga balik.

Tapi bila dah sakit ni kadang-kadang ada penjaga yang hanya lap-lap je badan pesakit ni guna kain basah. Mungkin ada yang kata, banyak risiko kalau angkat atau alihkan pesakit.

Hakikat sebenarnya, kalau penjaga gunakan teknik yang betul, risiko pesakit jatuh atau penjaga sakit belakang tu dapat dikurangkan. Pesakit pun akan lebih segar dan bersemangat selepas mandi.


2. LAKUKAN SENAMAN FIZIKAL

Selalunya pesakit strok ni walaupun tak de temujanji khas dengan fisioterapi selepas keluar hospital, tapi mesti fisio dah ada ajar senaman ringkas masa dalam wad dulu. Jadi, jangan malas untuk buat senaman tu walaupun anda rasa susah.

Macam bayi kecil yang baru nak belajar berjalan la, asyik jatuh je dan tak balance, tapi selepas usaha dan usaha akhirnya mereka dapat berjalan dengan hebatnya.


3. LAKUKAN SENAMAN MENTAL

Macam mana nak buat tu? Hah..mudah je dengan cara berimaginasi.

Contoh kalau anda rasa susah nak berjalan. Jadi, tutup mata anda dan bayangkan macam mana nak berjalan macam yang fisio ajar tu. InsyaAllah senaman ni pun membantu untuk penyembuhan anda.


4. LAKUKAN AKTIVITI HARIAN TANPA BANTUAN

Cuba sehabis baik, mungkin anda akan rasa susah, tapi..ini lah masa nya untuk anda mencabar diri.

Kecewa pada permulaan tu biasa, tapi jangan putus asa, usaha lagi dan lagi. Usaha anda tu pasti berbaloi, percayalah.


5. AMALKAN PEMAKANAN SIHAT

Jika anda rasa tak berselera, anda kena makan juga untuk dapatkan tenaga untuk lakukan senaman dan aktiviti harian.

Tapi, kalau asyik makan je tu, kena kurangkan sikit, takut nanti berat badan bertambah makin susah pulak nak buat senaman.

Selain tu kena lah rajin-rajinkan diri minum air kosong ye, jangan minum air manis pulak.
.
.
Okey, setakat ni dulu perkongsian pada hari ni, boleh follow kami untuk pelbagai lagi tips-tips yang menarik.

Kalau nak dapatkan rundingan percuma atau buat temujanji boleh hubungi kami di talian 0132935318.

No comments:

Post a Comment