Wednesday, September 27, 2017

ADUH SAKITNYA TERSELIUH!!!!!

Semua orang mesti pernah rasa terseliuh kan?
Ke ada yang belum pernah rasa terseliuh?
Sakit wooo…
.
Hah, jadi apa yang kita perlu buat kalau terseliuh ni??
.
Hari ni kami nak kongsikan teknik RICE. (tapi ni bukan nasi taw, jangan pulak anda pergi letak nasi kat tempat terseliuh tu, kang lain yang jadi)
Teknik ni digunakan untuk merawat terseliuh.
.
Okey, RICE ini adalah singkatan kepada:
.
R- REST : Iaitu rehatkan bahagian yang sakit tu, jangan gatal-gatal nak gerak banyak2.
I- ICE : Tuam dengan ais di bahagian yang sakit tu selama 20 minit. Kalau dapat ais yang jenis macam ais cendol tu lagi bagus, sebab dapat tuam secara menyeluruh kawasan yang sakit tu. (Tapi kalau dapat makan ais cendol tu lagi sedap..=p)
C- COMPRESS: Pastu balut bahagian yang sakit tu untuk elakkan bengkak. Tapi jangan balut ketat sangat, nanti darah tak jalan pulak.
E- ELEVATE: Tinggikan bahagian yang sakit tu supaya darah senang balik ke jantung, tak de lah terkumpul je kat bahagian yang sakit tu, pastu bengkak jadinya.
.
Hah..ni ada pesanan yang paling penting.
Kalau terseliuh tu, tolong lah JANGAN URUT!!!!!
Kalau anda degil jugak, rasakanlah bahagian yang sakit tu akan besar macam gajah sebab makin bengkak. So baik dengar lah cakap mak ni ek…. ðŸ™Š
.
Fisioterapi ke rumah anda
>>>0132935318
>>>0132935318
>>>0132935318

No comments:

Post a Comment