Tuesday, September 12, 2017

3 Cara Elak Sakit Belakang

Okey, hari tu kita dah cakap pasal sakit lutut kan? Hari ni kita nak cakap pasal sakit belakang pulak.

Anda pernah tak rasa sakit belakang? Seksakan kalau kena tu?

So hari ni saya nak share sikit 3 tips untuk elakkan sakit belakang.

1. JANGAN DUDUK TERLALU LAMA

Bila duduk terlalu lama, postur badan pasti akan berubah kepada postur yang salah. Ini akan menyebabkan sakit belakang boleh berulang.

Jadi sebaiknya, selepas setengah jam anda duduk, pastikan anda bangun sekejap dan lakukan sedikit stretching dan baru sambung duduk semula.

2. JANGAN MEMBONGKOK KETIKA MENGAMBIL BARANG DARI LANTAI

Kalau angkat barang berat sambil membongkok, anda akan bagi tekanan yang sangat tinggi pada tulang belakang dan otot.
Jadi seeloknya cangkung dulu baru angkat, macam sukan angkat berat tu..

3. JANGAN TERUS BANGUN DUDUK KETIKA BARING TELENTANG

Sama jugak macam point no 2, bila bangun terus akan bagi tekanan yang tinggi pada tulang dan otot belakang.
Jadi seeloknya, baring mengiring dahulu baru bangun duduk.
.
.
Okey, kalau nak tahu lebih lanjut boleh la pm kami atau whatapps kami di 0132935318


No comments:

Post a Comment