Saturday, April 23, 2016

HUMAN TOUCH 😱

Kalau anda jadi pesakit ni, anda suka yang mane ye??

SITUASI 1:


Perawat: Okey puan, sakit lutut ye. Okey, kita akan letak hotpack.

Pesakit: Okey =)

Kemudian pesakit ditinggalkan sendirian

*****************
Setelah lebih kurang setengah jam, hotpack pun da sejuk..
Perawat datang semula.

Perawat: Okey puan, puan buat exercise macam ni, macam ni,  macam tu (sambil perawat tunjukkan cara buat exercise)

Pesakit: Okey =/

Pesakit sekali lagi ditinggalkan.....

*******************
Setelah pesakit pun sampai da xlarat nak buat exercise perawat datang semula.

Perawat: Okey puan. Itu saje, puan boleh balik nanti datang semula bulan depan.

Pesakit: T_T



SITUASI 2:

Perawat: Selamat pagi puan. Macam mane sakit lutut hari ni? Makin berkurang ke bertambah?

Pesakit: Hari ni rasa sakit sangat lutut.

Perawat: Owh yeke. Okey2. Kalau macam tu kita letak hotpack ni dulu ye untuk kurangkan sakit tu. Hotpack ni kita akan letak kan untuk 15 min.

****************
Sambil2 membuat rawatan hotpack tersebut...

Perawat: Hotpack ni guna nya untuk melancarkan peredaran darah, membantu mengurangkan sakit dan membantu penyembuhan

Pesakit: Owhhhh...

Perawat: So macam mana hotpack ni, panas sangat ke?

Pesakit: Tak lah, selesa je.

Dan macam2 lagi yang dibincangkan bersama sepanjang tempoh 15 min tersebut

****************
Setelah tamat 15 minit..

Perawat: Okey puan. Kita nak buat exercise pulak. Kita start dengan position mcm ni......, pastu kita buat macam ni............, hah betul tu puan. Okey puan tahan untuk 10 saat ye.  Okey jom kira sama-sama 1,2, 3, ..................10. Okey x? Kita ulang lagi 5 kali ye. Exercise ni untuk........................ (panjang lebar penerangan perawat)

Pesakit: Baik =) (pesakit dengan gembira nya membuat exercise bersama-sama kerana telah mengetahui untuk apa aktiviti itu dilakukan)

**********************
Perawat: Kita akan teruskan dengan exercise lain pulak............................

Begitu rancak sekali komunikasi antara perawat dan pesakit sehingga tamat sesi fisioterapi tersebut.


So macam mana?agak2la kan siapa pilih situasi pertama?n then siapa pilih situasi kedua?

Jika kami, sudah pasti kami pilih situasi kedua.

Kita kadang2 tak sedar, kita nak jimat RM jadi kita pilih situasi pertama.. Tapi hakikatnya kita belanja lebih banyak RM bila kita pilih situasi pertama sebabnya....

1. Kita tak tahu pun apa tujuan rawatan diberi.
2. Kita tidak diberitahu jangkaan berapa lama kita akan sembuh.
3. Kita tidak diajar pun apa perlu kita buat selepas rawatan, sama ada kena lakukan senaman atau terus balik dan tunggu next appointment.
4. Kita tak tahu pun apa rancangan rawatan sampai kita sembuh. Umpama kita ni adalah robot hanya perlu ikut arahan.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

No comments:

Post a Comment