Monday, April 25, 2016

SYUKUR..

APA BUKTINYA??? BUKTIKAN


Bila bercakap tentang syukur, antara dialog2 yang akan keluar adalah,  "Aku da bersyukur da", "Mestila aku syukur dah dapat....... ", "Syukur selalu, syukur selalu, syukur selalu..."

TAPI!!!!!!

Apa sebenarnya bukti yang kita bersyukur tu??

Macam bercinta la.. Kalau nak taw seseorang tu cinta kan kita, mesti kita nak bukti kan?? Bukan just cakap "aku cinta pada mu" tak pun "i love u so much" tapi tak de pun buat apa2 untuk tunjuk kan kecintaan tu. At least,  nak la dia bg bunga sejambak ke, banglo sebiji ke.. Kan?? Hahaha..

So.. Sekarang ni apa bukti yang kita nak tunjukkan kat pencipta kita yang kita benar-benar bersyukur dengan kesemua nikmat pemberianNya???

Hah... Kat sini kami nak kongsikan dengan anda semua tentang 4 bukti syukur. Sebenarnya banyak lagi. Tapi kami cuma nak huraikan 4 ni saje sebab ianya sangat mudah untuk kita semua lakukan.

1. SOLAT. Jaga solat diawal waktu dan solat secara berjemaah. Ni adalah tiang hidup kita, tanpa tiang, roboh la istana kehidupan kita.

2. SEDEKAH. Tak perlu banyak pun.. At least, 5-10% daripada pendapatan anda. Tak pun sebanyak mana yang anda mampu. Harta kita adalah harta yang disedekahkan, bukan harta yang ada pada kita.

3. SELAWAT.  Banyak kan berselawat setiap hari. Ia bukan sahaja dapat membantu kita didunia, malah di akhirat kelak.

4. SAYANG.  Berkasih sayang adalah perkara yang senang dilakukan dan cepat pulangan nya. Oleh itu,  berkasih sayang lah sesama manusia, insyaAllah Allah akan memberi lebih banyak kasih sayangNya kepada kita.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur dengan nikmatNya. Amin...

Jika anda rasakan post ini bermanfaat untuk orang lain. Sudi2 kan lah untuk share post kami ini. =)

"Ketenangan jiwa anda,  keutamaan kami"

FB: Big Heart Physio

No comments:

Post a Comment