Sunday, April 17, 2016

ADA BERANI KE???

minggu ni anak kami jatuh sakit.umur baru 3bulan ++

dia kena selsema dan batuk2.agak2 boleh ke baby umur 3 bulan nak buang hingus sendiri??

mestilah belum boleh lagi kan.lainlah anak tu super hebat boleh berdikari dari lahir lagi.

nak dijadikan cerita,kami ada alat nak sedut hingus untuk baby,beli di farmasi berdekatan.harga sangatlah mengejutkan.bila beli tu dengan harapan bolehlah selesaikan masalah hingus (efektiflah kiranya).

tapi....

bila setiap kali nak guna,anak kami akan meronta2 tak nak kena sedut.tapi bila dah sedut,sekejap je dah berhingus semula.hmm...sabar jela

so...

kami try 1 petua ni.tapi...kalau kita yang normal ni rasa macam loya tekak.

tapi...(hai,berapa punya banyak tapi da...)

percayalah,betul2 efektif dan kosnya cumalah RM0,yang diperlukan hanyalah keberanian.so..tuan2 dan puan2 dah ready nak tahu?

ok...cut it short cerita ni.kami cuba try test petua yang diajar rakan kami iaitu sedut hingus guna mulut sendiri (macam buat CPR).bila nak sedut hingus,sila pastikan lap dulu kawasan sekeliling hidung sebab maklumlah geli kan bila tengok hingus.ni pun bila cerita pun rasa geli :-P

bila dah bersihkan hidung baby,mulakanlah projek menekapkan mulut kita pada hidung baby.make sure betul2 kedap udara ye supaya usaha kita tak sia2.boleh start sebelah kanan dulu dan diikuti sebelah kiri ataupun tekap dua2 sekali.kalau kita sure hidung mana banyak hingus lagi senang,terus target je hidung tu.

lepas tu apa lagi,sedutlah macam sedut isi sumsum tulang gear box:) tak pun sedut macam minum guna straw minuman.tapi jangan telan ek,nanti hilang selera makan seminggu:-P

nanti tengokkan hasilnya.baby relax je masa kita sedut dan lepas tu tenang je macam tak ada selsema langsung.yang paling bestnya,hasilnya long lasting...adalah dalam sejam ke 3jam baru perlu sedut semula.

hebatkan?yang paling penting perlukan keberanian,so..persoalannya ADA BERANI KE??:)

No comments:

Post a Comment