Pada suatu hari...
Me: Tok B... Jom kita berlatih untuk berdiri. Kita try berdiri 10minit ye.
Tok B: Okey. =)
Sewaktu menemani Tok B berdiri. Ada satu soalan saya yang membuatkan saya berfikir semula.
Me: Tok B muda2 dulu buat kerja apa?
Tok B: Tok B duduk rumah ja. Tok B menjahit telekung. Tapi Tok B buat telekung semua warna putih sebab tak nak ganggu orang lain untuk solat.
Me: Tapi sekarang ni Tok B macam2 warna telekung ada jual.
Tok B: Tu yang tak bagus tu. Nanti orang lain nak solat pun tak senang sebab dok tengok warna telekung kita tu.
Betul jugak cakap Tok B tu. Rasanya dulu pun ada belajar time sekolah biar besederhana ketika solat supaya kita tak mengganggu jemaah lain.
Semoga Tok B diberi kesembuhan dan sentiasa bersemangat untuk setiap latihan selepas ini. Amin....
No comments:
Post a Comment