Friday, April 15, 2016

Ada apa dengan TIDUR??

Bila bercakap tentang tidur, ramai yang merasakan bahawa tidur itu adalah sesuatu yang mudah. Just baring, tutup mata dan terus ke alam mimpi.

Tak dinafikan ramai yang senang tidur macam ni.

Tapi...ada juga yang mempunyai masalah untuk melelapkan mata ni. Contohnya seperti pesakit strok.

So malam ni kami nak kongsikan sikit tips untuk mudahkan tidur.

1. Try buang tabiat suka berfikir or berkhayal ketika baring sebaliknya cuba berzikir sehingga tertidur.

2. Jadikan waktu malam adalah waktu untuk beristirehat. Elakkan melakukan kerja pejabat pada waktu malam.

3.  Elakkan minuman berkafein

4.  Aktifkan diri anda pada waktu petang dengan melakukan riadah atau sebagainya.

5. Mandi sepuasnya sebelum maghrib juga membantu kerana kesegaran tubuh membantu anda tidur dengan nyenyak pada waktu malam.

Sekian saje untuk malam ni. Apa yang penting, baca DOA tidur dulu sebelum lelapkan mata tu. Selamat mencuba. =)

p/s: tidur juga merupakan ibadah jika diniatkan untuk mendapat kesegaran untuk bangun qiamullail. So.. mari berniat..

Selamat malam.. Assalamualaikum

"Ketenagan jiwa anda, Keutamaan kami"

No comments:

Post a Comment