Tuesday, April 19, 2016

Eeeiii... Senget!!!

Puan H, berusia 48 tahun. Tiba-tiba mendapat strok selepas pulang dari outstation. Alhamdulillah walaupun ini merupakan strok kali ke 2 tetapi secara fizikalnya beliau hanya lemah tangan dan kaki kanan.

Tetapi, apa yang merisaukan Puan H adalah mulutnya telah menjadi senget sebelah akibat daripada strok ini. Yang lebih menyedihkan, Puan H juga selalu tersedak ketika makan n minum. Semua ini telah menyebabkan Puan H menjadi seorang yang murung dan tidak mahu senyum kepada orang lain kerana malu dengan mukanya yang senget itu.

Setiap masalah pasti akan ada jalan keluarnya. Alhamdulillah Allah telah menemukan Puan H dengan salah seorang staf Big Heart Physio. Selepas 5 kali rawatan, Puan H telah mendapat kembali senyuman manis nya yang dahulu.

Alhamdulillah, tiada lagi senyuman senget seperti dulu dan masalah tersedak ketika makan dan minum juga telah tiada.

Benar lah kata pepatah... Man jadda wa jada (siapa yg bersungguh2 pasti berjaya). =)

No comments:

Post a Comment