[Kat Tempat Kerja jugak!!!]
Hai semua, dah buat dah tips semalam? Bagus2.. Teruskan
okey.
Hah.. tapi jangan ingat kat rumah je kena jaga kesihatan
tulang belakang, kat tempat kerja pun kena jaga jugak taw. Yela, kita kan 8-5
kat pejabat , lama tu. Jadi kalau tak jaga, memang balik rumah asyik rasa SAKIT
BELAKANG je la kan.
So, hari ni biar saya kongsi sikit apa yang perlu kita buat
bila kat pejabat.
.
#1. Pilih kerusi yang sesuai
Kerusi yang sesuai adalah kerusi yang mempunyai ‘bentuk S’.
Tapi jaga2, kebanyakan pejabat sebenarnya mempunyai kerusi ‘berbentuk
C’, ini menyebabkan tulang belakang kita tertekan dan akhirnya menyebabkan
berlakunya sakit belakang.
Mesti anda tertanya2 macam mana kerusi ‘S’ dan macam mana
pulak yang bentuk ‘C’ tu ye? Okey, anda boleh tengok perbezaan nya di gambar
bawah.
#2. Postur duduk yang betul
Okey, walaupun anda dah pilih kerusi yang betul, tapi kalau
anda tak duduk dengan postur yang betul, anda masih berpotensi untuk merasai
sakit belakang. Jadi..postur duduk di atas kerusi juga sangat penting.
Caranya:
- Bahu direhatkan dan lengan dibiarkan tergantung secara semulajadi.
- Bahagian belakang mesti disandarkan sepenuhnya kepada kerusi
- Sudut belakang lutut mestilah lebih 90 darjah
- Siku dan lengan direhatkan diatas tempat letak lengan kerusi (jika ada)
- Peha mestilah selari dengan lantai dan kedua kaki mestilah mendatar diatas lantai
#3. Rehat dengan Sihat (Health Break)
Luangkan sedikit masa untuk berehat secara sihat. Rehat secara
sihat lebih penting berbanding ‘Coffee break’.
Macam mana ye cara nak rehat secara sihat ni??
- Buat senaman ringkas untuk tulang belakang dan leher
- Elakkan mengangkatkan barang dengan cara yang tidak betul, memusingkan badan secara mengejut dan berdiri atau duduk dalam jangka masa yang lama.
Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)
#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya
No comments:
Post a Comment