Tuesday, July 19, 2016

Sakit Lutut sebab tak makan

LUTUT PUN MAKAN???

Eyh, bukan mulut je kena makan, lutut pun makan. Hehe.. Sebenarnya hari ni saya nak cerita sikit pasal osteoarthritis, atau nama lain nya radang sendi. Selalunya osteoarthritis ni banyak terjadi pada lutut. Dan orang2 kita biasa akan panggil sakit lutut atau cecair lutut dah habis.


Jadi.. Apa pulak la kena mengena lutut dengan makan ni kan?

Sebenarnya macam ni, bila kita gerak kan lutut kita, kita sebenarnya telah bantu lutut kita mendapatkan nutrien (makanan). Sebab bila otot peha kita bergerak, otot akan mengepam nutrien ke sendi dan memasukkannya kedalam tulang rawan. So bila nutrien cukup dalam tulang rawan ni senang la kita nak gerak kan lutut.

Sebab tu kalau perasan, kalau kita melunjur atau bengkokkan lutut ataupun tak buat apa2 pergerakan lutut dalam tempoh masa yang lama, kita akan rasa tak selesa bila kita nak mula bergerak.



Jadi..pada sesiapa yang biasanya akan sakit lutut bila nak berjalan lepas bangun tidur tu, sebelum turun katil tu, gerak2 kan la sikit dulu kaki tu, bagi lutut makan dulu then baru kita bagi dia kerja. =)

Lagi satu, kalau anda duduk lama, contohnya lebih dari setengah jam, pastikan anda luruskan dan bengkokkan lutut beberapa kali setiap setengah jam tersebut untuk mengelakkan lutut terasa keras bila anda nak mula berjalan nanti.

Okey.. Setakat ini saja perkongsian hari ni. Anda boleh kongsikan kepada kawan2 atau saudara mara yang ada sakit lutut jika anda rasa info ini bermanfaat.

Jika anda mahukan consultation percuma atau ada sebarang persoalan atau cadangan bolehlah hubungi kami di 012-2998620/013-2935318.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

No comments:

Post a Comment