Thursday, July 21, 2016

Katakan TAK NAK!!!

TABIAT KITA HARI INI MENENTUKAN MASA HADAPAN ANAK  KITA

Selamat pagi semua, macam mana pagi anda hari ni? Positif tak?

Okey, hari ni kita nak sembang sikit pasal tabiat ataupun kebiasaan. Setiap orang mesti ada tabiat masing2kan. Tu yang bila kita buat something yang lain je orang kata kita buang tabiat.

Tabiat ni ada yang positif, ada yang negatif. Tapi hari ni kita nak cerita pasal yang negatif iaitu tabiat orang yang suka merokok. Tapi bukan dari aspek kesihatan, tapi dari aspek kewangan.

Kita ambil contoh ye, seorang perokok, kalau sehari hisap 1 kotak rokok, 10tahun dah jadi 3650 kotak, harga rokok 1 kotak bersamaan lebih kurang RM10, so kita dah "bakar" duit sebanyak RM36500.

Cuba bayangkan, kalau kita guna duit tu dan invest pada tempat yang dapat bagi  pulangan 8% setiap tahun, kita akan dapat kumpul RM54,384 dalam jangka masa 10 tahun. Tak ke rugi tu? Orang lain buat duit RM50k ++, kita pergi bakar duit.

Tu belum termasuk lagi kos perubatan. Maklum la, bila merokok ni macam2 la penyakit akan datang. So lagi banyak la duit yang perlu diperuntukan untuk berubat pulak.

Lagi satu, kalau perokok ni nak beli insuran/takaful pun kena bayar lebih dari orang yang tak merokok sebab risiko untuk mereka mendapat penyakit berkali ganda lebih tinggi.

Itu bab diri sendiri je. Kalau dah kahwin, dan ada anak ramai, sebenarnya mereka ni dah "korban" dan "bakar" masa depan anak mereka. Duit untuk pelajaran anak, digunakan untuk beli rokok.

Fikir-fikirkan lah dan bertindak.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

No comments:

Post a Comment