Thursday, July 28, 2016

Tips kesihatan Tulang Belakang

[Laa…. Salah Ke? Tak Tahu pun!!!!]

Ni la antara perkataan yang sering diulang bila seseorang tu merana SAKIT BELAKANG. Sakit belakang ni sakit taw, duduk tak kena, berdiri tak kena, baring tak kena, serba serbi la tak kena.

So kalau ada cara boleh elak, elok lah kita elakkan.

Jadi.. hari ni saya nak kongsikan antara aktiviti harian yang boleh kita betulkan supaya sakit belakang ini boleh dicegah.

#1. Memasak di dapur

Hah.. tak kan tak boleh nak masak kat dapur pulak?? Kang ada pulak suami yang lari. Hehe.

Sebenarnya, bukan tak boleh masak cuma ada perkara yang boleh diubah..
- bila berdiri ketika nak masak, pastikan anda berdiri tegak dan MELETAKKAN SATU KAKI DI ATAS BANGKU KECIL atau apa2 tempat letak kaki yang lebih tinggi.


- duduk semasa memotong bawang, serai, sayur atau apa2 lah. =)

Supaya otot tulang belakang tidak menggunakan otot yang salah ketika berdiri. Sebab, bila otot yang salah digunakan, anda akan mula rasa sakit belakang.

#2. Memandu Kereta

Pulak.. tadi tak boleh memasak, ni tak boleh memandu pulak? Bukan macam tu ye.

Sebenarnya ada cara yang betul untuk memandu ni.
- Duduk dekat dengan steering kereta. (jangan dekat sangat, yang penting kita selesa)
- Letakkan bantal kecil dibelakang pinggul untuk menyokong lengkungan tulang belakang.


- Gunakan cermin pandang belakang dan jangan pusing belakang untuk melihat kereta belakang.
-  Pastikan lutut dibengkok

#3. Mengangkat beg

Hah.. ni special untuk orang yang selalu travel.  Jika anda mempunyai 1 beg yang berat, bahagikan beg anda kepada dua beg yang mempunyai berat yang lebih kurang sama untuk memberikan tekanan yang sama pada kedua2 bahu anda.


Tapi.. adalah lebih baik anda membawa beg yang mempunyai roda. =)

#4. Tilam yang sesuai

Pastikan tilam tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras kerana tilam yang lembut akan membuatkan tulang belakang melendut, manakala tilam yang terlalu keras akan menyebabkan tekanan yang banyak pada tulang belakang.

Seeloknya, letakkan bantal kecil dibawah lutut atau tidur mengiring sambil membengkokkan lutut.

Okey.. diharapkan tips ini dapat la membantu anda menjaga kesihatan tulang belakang.


Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

No comments:

Post a Comment