Alhamdulillah baru2 ni kami diberi peluang untuk menginap
secara percuma di Avani Sepang Goldcoast.
|
Lobi hotel |
|
Deretan bilik2 penginapan |
|
Bilik atas air!!
|
Jadi hari ni saya nak share sikit la antara perkara2 yang
menarik di sana.
Firstly kat sana tak de parking kat dalam hotel, so kena
parking kat tempat yang diorang dah prepare pastu angkut semua barang naik
shuttle yang disediakan.
|
Sementara menunggu shuttle |
Pastu lepas check in, lagi sekali kena angkut semua barang
naik buggy pulak untuk pergi ke bilik penginapan. Kalau nak jalan kaki pun
boleh, tapi jenuh la sebab bilik dia jauh2.
|
Gambar atas buggy |
|
Yang kecik tu la buggy
|
Transportation kat dalam ni sama ada kita boleh guna buggy,
tak pun naik basikal. Basikal ni pulak ada yang free, ada yang berbayar. Yang
free tu kita boleh guna pastu bila kita parking nanti, kita datang balik basikal tu dah tak de dah. Orang lain pulak guna. Tapi.. kita pun boleh la
ambil basikal orang lain pulak. Hehehe…
Kami pilih pakai basikal free je. Siap pakai baby carrier lagi sebab budak dua orang ni tak boleh bawak basikal lagi. Nak naik buggy malas nak tunggu, naik basikal cepat sikit. =)
|
Puan isteri dan puteranya |
|
Incik suami dan puterinya
|
|
excited dia naik buggy |
Okey, jom kita view dalam bilik pulak. Sebab kan free, diorang bagi bilik traveller kat kami. Ni bilik yang paling kecil, tapi jangan risau, ada lagi unit2 lain yang lagi besar dan lagi mahal. =)
|
Ni bahagian depan pintu masuk bilik traveller. Ada bawah dan atas. |
|
Ada dua katil single |
|
kat TV pun ada nama. tapi sebab pakai last name, jadi nama ayah la yang keluar. =) |
Tapi pada kami best dah bilik ni, sesuai la untuk kami berempat. Katil betul2 menghadap laut. Nak tidur pandang laut, nanti celik2 pun nampak laut. Best sangat feeling ni!!!!
Ni pulak kat balkoni.. hah, atas air taw bilik dia. =)
Okey, so antara tempat2 yang menarik kat dalam ni. First swimming
pool la kot. Swimming pool ni nampak macam bersambung terus ke laut.
Pastu ada gym. Ni biasa la. Tapi gym kat sini high tech taw,
dia ada motion sensor. So kalau dia tak kesan apa2 pergerakan dalam ni, secara automatic
aircond & lampu semua ditutup. Tapi lupa pulak nak ambil gambar dalam gym ni.
Untuk kanak2 pulak ada Avani Kids, kat Avani Kids ni ada
tempat untuk kanak2 main sambil2 tengok movie.
Hah ni part paling best, acara pantai. Macam2 aktiviti ada
kat pantai dia dan semuanya PERCUMA!!! Siapa tak suka benda free kan. Hehe..
So, jom layan gambar ye..
|
Boleh kayak, wind sailing macam2 la lagi |
|
Ada chess besar, belon besar yang jalan atas air tu |
|
Inflatable ballon |
|
Hammock, bola tampar pantai |
|
incik suami pun nak cuba |
|
semua buai diorang nak try. hihihi |
|
menghayati pemandangan laut |
|
Sunset view dia pun cantik. SubhanaAllah!! |
Selain daripada ni ada jugak aktiviti2 lain macam Go cart,
Paint ball dan macam2 lagi. Tapi ni semua berbayar la. Kami tengok2 je, tak
main pun, gambar pun lupa nak ambil.
Tempat makan pun ada banyak kat dalam ni. Tapi harganya boleh tahan, pening kepala tengok. Tapi sebab kami dapat free voucher RM50 untuk makan, dapat la kami merasa. Alhamdulillah.
|
merasa la makan tepi laut |
|
dapat la order large pizza & air kelapa guna voucher RM50 |
Itu saje cerita pengembaraan kami di Avani Sepang Goldcoast,
so pada sesiapa yang teringin nak bercuti tu, boleh la try kat sini. Dekat je,
kat Bagan Lalang. Apa2 pun kami bagi 5 bintang untuk Avani Sepang Goldcoast. Harap2 ada la rezeki lagi nak datang sini. Amin...
|
dah nak balik dah ni. bye!! |
Love,
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)
#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya
No comments:
Post a Comment