Thursday, July 14, 2016

Jiwa Besar

Seorang isteri tiba2 ingin memberi motivasi kepada suaminya,

*****
Isteri : "Dunia akan menguasai orang yang berjiwa kecil, tetapi dunia akan menjadi hamba kepada orang yang berjiwa besar"

Suami : Apa maksud jiwa besar tu??

Isteri : Ala... Orang yang bercita2 besar la.

Suami : Abes tu, orang yang hasad dengki pun ada cita2 besar jugak.

Isteri : Betul jugak. Kalau cam tu orang yang bertaqwa la (mentang2 baru lepas baca kisah Zulkarnain)

Suami : Abes tu orang bukan islam tak boleh berjiwa besar la

Isteri : Hmm.. Betul jugak lagi. Kalau cam tu orang yang baik la

Suami : ............. (Diam je tak bagi apa2 respond)

******
Akhirnya incik suami memberikan jawapan apa itu jiwa besar.

Katanya, definisi jiwa besar ni terlalu luas dan setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza tentang ni. Tapi konsepnya lebih kurang la..

So.. Dari perspektif incik suami, orang jiwa besar adalah:

1. Orang yang bila ditimpa musibah, dia redha

2. Orang yang sentiasa nampak hikmah bila berlaku apa2 perkara

3. Orang yang berfikir secara holistik, maksudnya tak tengok dari satu sudut je

4. Orang yang selalu memikirkan akhirat

Contoh yang terbaik, pastilah Rasulullah s.a.w. Walaupun dihidangkan dengan pelbagai tawaran, walaupun diperlakukan dengan pelbagai perlakuan jahat tapi baginda tetap teguh dengan jiwa yang besar untuk menyebarkan agama Islam.

Maka, terjawab la persoalan.

Moral of the story, sebelum nak motivasikan orang tu, hadamkan dulu kata2 motivasi tu. Kan da kena, padan muka. Hihi...

p/s: nama BIG HEART PHYSIO tu memang tercetus dari perkataan jiwa besar ni. Sebabnya kami nak membantu ramai orang dengan jiwa yang besar. Doakan kami berjaya ye. Amin....

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

No comments:

Post a Comment