Monday, July 18, 2016

Osteoporosis

Perubahan Gaya hidup yang menyebabkan OSTEOPOROSIS

Seperti yang kita tahu, osteoporosis adalah adalah salah satu proses penuaan yang semulajadi.


Tapi tahukah anda,
Gaya hidup masakini  telah menyebabkan proses ini berlaku awal.

So hari ni saya nak share sikit antara gaya hidup yang mendorong kepada osteoporosis.

1. Kewujudan motokar

Bila wujudnya kenderaan2 ini, kebanyakan dari kita dah tak nak berjalan jauh lagi.
Kalau boleh sedekat yang mungkin kita akan parking, kalau boleh parking depan pintu office tu, kat situ la kita akan parking kan.
So bila perkara ni berlaku, badan kita secara automatik telah mengurangkan aktiviti fizikal.

2. Makanan segara

Makanan ni memang banyak sangat impaknya pada proses osteoporosis ni.
Kita akan cenderung untuk kurang mendapatkan kalsium pada tahap yang sepatutnya untuk mendapatkan tulang yang sihat.
Malahan kandungan lemak yang tinggi juga menyebabkan masalah2 kesihatan lain.

3. Kemajuan teknologi

Salah satu contoh adalah teknologi pembuangan ovari.
Apabila ovari dibuang, hormon semulajadi yang membantu dalam proses pembentukan sel tulang juga turut berkurang.
Maka, seseorang itu adalah berisiko mempunyai tulang yang rapuh dan mudah patah.

Oleh itu, beringat2 la. Bak kata pepatah bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.
Fikir-fikirkan.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

No comments:

Post a Comment