*****
# 1: Tak tahu kenapa kena jumpa fisio
Fisio: Kenapa encik datang jumpa saya? Apa masalah encik?
Klien: Doktor suruh saya datang jumpa, jadi saya datanglah, saya pun tak tahu kenapa doktor suruh datang
# 2: Jumpa fisio sebab nak dapat ubat
Fisio: Baik puan, rawatan sudah tamat, nanti balik rumah kena buat senaman yang saya dah ajar ye…
Klien: Eh..takde ubat ke? Kenapa pergi jumpa doktor dapat ubat tapi sini tak dapat?
Fisio: Puan, saya sebagai fisio kita memang tak bagi apa-apa ubat, tugas saya mengajar puan macam mana untuk buat senaman dirumah dan buat modifikasi aktiviti ikut keperluan puan.
Klien: Owh..begitu rupanya, terima kasih terangkan pada saya.
# 3: Mula-mula sakit lain, bila dah jumpa doktor jadi sakit lain. Situasi: Sakit lutut
Fisio: Encik sakit apa ye? Boleh saya bantu?
Klien: Saya sakit Knee osteoarthritis, doktor kata cecair dalam lutut dah kurang
Fisio: Begini encik, Knee osteoarthritis tu sebenarnya nama penyakit, apa yang encik rasa tu yang sakit encik sebenarnya.
Klien: Owh…ha, sebenarnya saya rasa teganglah kat lutut, rasa cucuk2, bila nak solat tak boleh sujud, nak bangun dari sofa pun susah.
Fisio: Ha…itulah masalah encik sebenarnya, nanti saya check ye…
*****
Huh...cam dah panjang je. Lagi dua kita sambung esok ye.
Boleh ke boleh? =)
So kepada yang nak taw sambungan kisah ni tunggu taw esok.
Okey. Selamat bekerja di hari isnin.
Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)
#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya
No comments:
Post a Comment