Sunday, May 8, 2016

Omega 6

KENA TIPU…???!!!

Betul ke ni kena tipu?

Ada orang kata omega 6 ni baik,tapi betul ke? Iklan pun selau kata produk dia ada omega. Tapi omega berapa yang bagus sebenarnya? Omega 3, 6@ 9?

Baiklah,siapa yang dah baca tentang omega 3 mesti dah tahu dah omega 3 baik untuk kesihatan. Tapi omega 6 dan 9 bagus ke tak?

Kalau sesiapa yang power kimia saya tak perlu terangkan lagi dah. Tapi bagi sesiapa yang tak berapa mahir kimia, begini ceritanya.

Untuk pengetahuan anda omega 3 dan omega 6 ni kongsi rantaian kimia yang sama. Jadi cuba bayangkan ada sebiji kek kena kongsi 2 orang, so mestilah dapat seorang separuh.

Tapi kalau omega 3 cuma ada 1 dan omega 6 ada 2, jadi kek tadi siapa dapat paling banyak? Mestilah omega 6 kan sebab dia lagi banyak.

Jadi dalam pemakanan kita kena seimbangkan omega 3 dan omega 6.

Oklah. sekarang saya terangkan pasal omega 6. Sebenarnya omega 6 ni takdela baik sangat. Ini antara keburukan pengambilan berlebihan omega 6:

1. Menyebabkan kesan aterosklerosis(penyumbatan saluran darah ke jantung).

2. Menyebabkan kesan asma

3. Menyebabkan kesan artritis (sakit sendi terutama di lutut).

4. Menyebabkan kesan trombosis (penyumbatan salur darah, kalau kena pada otak boleh kena strok)

5. Menyebabkan kesan keradangan dan proliferasi tumor.

Fuh..menakutkan!!! kenapa tak ada sesiapa nak bagitahu pasal benda ni?
Kalau orang cuma fikir pasal duit je, semua maklumat yang dia nak share kena bayar dulu baru dia share.

Jadi, mulai sekarang kita kena ambil berat tentang kesihatan kita sendiri.
Nanti saya share pasal omega 9 pulak ye insyaAllah.

No comments:

Post a Comment