Wednesday, May 18, 2016

Kenapa perlu FISIOTERAPI

Hai semua.. Dah abes fikir dah uji minda semalam?

Okey hari ni, kami nak kongsikan jawapannya..


1.Apa yang anda tahu tentang FISIOTERAPI??

Fisioterapi ni sebenarnya adalah jurupulih anggota. Maksudnya, tugasnya memulihkan anggota2 yang mempunyai masalah. Dan salah satu teknik yang digunakan adalah urutan. Salah satu je taw.. Ada banyak teknik lagi. Semuanya bergantung kepada kondisi pesakit.


2. FISIOTERAPI kerja dimana ye??

Hehehe.. Soalan ni memang agak 'tricky' sikit sebab fisioterapi ni boleh bertugas di banyak tempat. Tapi tempat yang utama dan ramai ketahui adalah dihospital. Selain tu, ada juga fisioterapi yang bertugas diklinik. Tapi tak semua klinik la.

Daaaaan ada juga fisioterapi yang bertugas di rumah. Contohnya BIG HEART PHYSIO la. Kami menyediakan perkhidmatan fisioterapi terus ke rumah anda. Kalau ada pesakit stroke or patah tulang lagi senang sebab anda tak perlu bersusah payah untuk angkat pesakit masuk dalam kereta, pastu angkat lagi untuk keluarkan. Anda cuma perlu tunggu dirumah je, team kami akan datang dan terus buat rawatan. Hah! Kan da jimatkan tenaga dan masa tu.


3. FISIOTERAPI ni handle kes ape ye??

Lagi sekali soalan 'tricky' sebab semua jawapan tu betul. Hihi. Jangan marah ye, nanti kena jual :p

a) sakit jantung : tapi ni untuk pesakit lepas buat pembedahan jantung la, bukan waktu tengah kena serangan jantung ni buat fisioterapi. Kang tak pasal2 'tutup buku' pulak. Okey, untuk kes macam ni, kami akan meberikan khidmat nasihat dan senaman yang khusus untuk meningkatkan semula ketahanan jantung dan meningkatkan kualiti hidup.

b) sakit paru-paru : hah, ni banyak fisioterapi boleh buat. Kami handle daripada sekecil-kecil bayi sampai la ke seemas-emas warga emas. Faham ke faham? Hehe. Macam2 teknik tepukan, tonggengan, dan senaman pernafasan yang akan di ajarkan mengikut kesesuaian penyakit.

c) kepatahan tulang : jangan ingat kalau cuma patah jari kelingking tak payah buat exercise taw. Kena jugak buat exercise yang sesuai, kang xpasal2 kejung je jari tu tak boleh gerak, dah kena daftar buat kad OKU. :p So, untuk yang patah yang lagi teruk tu, lagi2 la kena jumpa fisioterapi. Kalau malas nak pegi hospital, call je BIG HEART PHYSIO, kami datang ke rumah anda. (Oppss..teriklan pulak)

d) antenatal : Hah..!!!. yang ni ramai yang tak tahu. Mommies2 or bakal mommies tahu tak teknik pernafasan yang betul ketika bersalin? Mesti ramai yang tak tahu kan? N then, ada tak yang sakit pinggang, sakit belakang, sakit kaki time preggy? Mesti ada jugak kan? Tipu la kalau tak de. So, fisioterapi boleh membantu mommies2 semua teknik pernafasan yang betul dan juga mengurangkan sakit2 ni. (Errmmm..Rasa macam nak buat antenatal class la, tapi ada tak yang nak join ek?)


So.. Setakat ni dulu perkongsian kita pada hari ini, sebenarnya banyak lagi kes2 yang fisioterapi boleh handle. Tapi nanti kang cerita semua, 1hari 1 malam pun tak abes.

Jadi... Apa tunggu lagi, boleh la ambil telefon dan dail 012-2998620 / 013-2935318 sekarang!!!!


#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

No comments:

Post a Comment