Sunday, May 22, 2016

NIKMAT KESABARAN

Macam mana ye nak mulakan cerita, susah jugak ye nak buat mukadimah cerita ni.

Maaflah ye kalau perkongsian kali ini tak mencapai expectation anda.

Oklah, ceritanya begini…pada zaman dahulu...
hahahaha…taklah, ni bukan cerita zaman dulu2. Ni cerita zaman sekarang.

Baiklah, saya cerita betul2 ye.

Okey... Cuba bayangkan anda tengah syok2 kerja, buat benda yang anda suka, tiba2 anda rasa lemah badan. Bila rehat sekejap, dah okay balik.

TAPI.... Ditakdirkan, bila balik kerja, keesokan harinya anda rasa separuh badan anda tak boleh bergerak lagi. Cuba banyak kali pun tak boleh (rasa macam kena tindih masa tidur, tapi yang ini REAL).

Bila pergi check kat  hospital, rupa2nya anda disahkan kena penyakit strok (lumpuh separuh badan). Yang paling sedihnya anda masih muda dan masih banyak benda anda nak capai.

Itulah kisah benar yang telah terjadi kepada salah seorang pesakit saya. Kini telah genap setahun enam bulan kisah itu berlaku.

Pada mula disahkan kena sakit strok, lelaki tabah ini tidak boleh berbuat apa2. Hanya mampu terbaring diatas katil. Nak jalan tak boleh, nak berdiri tak boleh, nak pusing atas katil pun tak boleh. Pendek cerita, semua benda tak boleh buat.

Tetapi beliau dikurniakan seorang isteri yang penyabar dan anak yang memahami. Mereka bersama—sama mengharungi kesukaran kehidupan. Banyak pengorbanan yang dilakukan lelaki tabah ini, dan juga isteri dan anak beliau.

Alhamdulillah, antara usaha yang mereka lakukan adalah mendapatkan rawatan fisioterapi. Mereka telah memberikan kepercayaan tanpa berbelah bahagi terhadap saya, orang luar yang mereka tidak kenal langsung pun.

Alhamdulillah, kepercayaan yang diberi tidak saya sia2kan. Setelah menjalani latihan yang pelbagai, akhirnya beliau berjaya bangkit dan sekarang beliau berjaya melakukan hampir semua perkara yang beliau mampu  lakukan sebelum jatuh sakit.

Ni antara latihan2 yang pernah beliau jalankan.

rawatan
Latihan menaiki tangga

rawatan
Regangan leher


rawatan
Latihan berjalan menggunakan tongkat

Beliau akhirnya dapat melakukan aktivit harian sedikit demi sedikit, hari demi hari. Dan kini, mampu berjalan tanpa bantuan sesiapa ataupun menggunakan tongkat. Beliau turut mampu menaiki tangga dan bekerja seperti biasa.

Itulah berkat kesabaran yang sangat tinggi yang beliau dan keluarga curahkan setelah terpilih menjadi insan yang diuji oleh Allah.

Secara jujurnya, saya susah sangat nak jumpa insan yang begitu tabah seperti beliau. Selalunya tidak sampai 6 bulan mesti ada yang give up. Saya memang tabik spring pada beliau, orang putih kata double thumbs up.

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik untuk beliau. Amin..

Terima kasih tuan, kerana memberi kepercayaan kepada kami.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

No comments:

Post a Comment