Thursday, May 5, 2016

RAHSIA TERBONGKAR JUGA!!!

Selamat menyambut Israj Mikraj semua..

Hari ni kami terpaksa membongkarkan rahsia tentang keramat hidup memandangkan ada yang marayu minta kami kongsikan tentang keramat hidup ni walaupun masih belum cukup 30 like.

Takpe2.. Kalau nak berjaya, biar la berjaya sama2, ye dok???

Okey jom kita mulakan!!

Keramat hidup ni sebenarnya adalah manusia. Sama macam kita.. Tapi beza nya mereka ni ada kuasa yang LUAR BIASA...

Relax2... Dah berkerut2 dah dahi tu. Cube senyum sikit dulu. =) Manis pun...

Okey.. Mari saya perkenalkan siapa KERAMAT HIDUP kita sebenarnya.

=============
Bagi KAUM ADAM, keramat hidupnya adalah.... IBU

Bagi KAUM HAWA pula, keramat hidupnya adalah.... SUAMI
=============

Terkejut??? Mesti anda terkejut kan sebab rata2 kita memang dah tahu tentang ini. Tapi apa yang saya nak tekan kan disini adalah ADAKAH ANDA TELAH MEMPERLAKUKAN  MEREKA DENGAN SEWAJARNYA???

Bagi seorang lelaki, adakah anda telah MENGUTAMAKAN  ibu anda lebih dari isteri anda, mahupun kawan anda?

DAN

Bagi seorang perempuan, adakah anda telah MENGUTAMAKAN suami anda lebih dari anak anda?

Kita sama2 lah muhasabah diri kita dimanakah letaknya keramat hidup kita  dihati kita??

Dengan DOA dan  REDHA mereka. InsyaAllah kita akan menjadi lebih berjaya.

Mahukah anda saya ceritakan satu KISAH BENAR  yang benar2 telah terjadi kepada saya baru2 ini.

*******************
Ceritanya bermula apabila anak saya yang berusia 3 tahun, asyik menangis je (tantrum). Boleh dikatakan dalam satu hari dalam 7-8 kali dia akan tantrum atau orang2 kita panggil mengamuk.

Sampai jiran2 pun tanya saya kenapa anak saya asyik menangis je.

Kebiasannya budak kecil tak macam tu, kecuali kalau dia tak sihat. Tapi anak saya Alhamdulillah sihat.

Jadi... Saya stress sangat. Ditambah pula dengan adiknya yang turut meragam sebab tak sihat dan kerja2 saya yang lain. Lagi2 la saya stress. Rasa susah sangat hidup saya 2-3 hari tu.

Kadang2 tu anak saya menangis tantrum, dengan saya2 sekali menangis jugak sebab tak tahan stess dan tak tahu nak buat apa.

Jadi.. Saya pun berdoa pada Allah, mintak tunjuk kan jalan apa yang patut saya buat. Sebab saya pernah dengar ceramah, kalau anak kita ada yang tak kena, maksudnya ada benda salah yang kita dah buat.

Tiba-tiba, saya teringat tentang keramat hidup ni. So saya pun tanya la suami, ada tak apa2 yang saya buat, yang dia tak redha or dia terasa hati. Pada mulanya, suami saya kata tak de apa2. (maklumla, orang lelaki kan tak suka nak besar2 kan hal kecik)

Tapi, selepas saya tanya lagi dan cerita kan tentang kesusahan hidup saya, akhirnya suami saya bagitahu, ada satu benda yang saya pernah cakap dan buat dia terasa hati...

Saya betul2 menyesal dan malam tu saya betul2 mintak maaf kt suami.

Yang jadi magiknya malam tu dua2 anak saya tak tantrum lagi dah. Peik jugak sebab hatrik, malam2 wajib tantrum, tapi malam tu terus tenang....

Alhamdulillah, suami saya maafkan saya. Hidup saya memang menjadi lebih tenang selepas tu.

********************

Jadi.. Pada anda semua.. Saya harap, anda semua tidak mengulangi kesilapan yang sama seperti saya. HARGAI, HORMATI dan UTAMAKAN keramat hidup anda. Redha Allah, terletak pada Redha mereka.

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

No comments:

Post a Comment